Wednesday, June 30, 2010

Pengalaman dan Ilmu


Orang selalu berhujah atas pengalamannya. Di hujung pangkalnya, cuba membuktikan bahawa dirinya itu hebat dan berpengalaman. Benarkah itu?

Pernah seorang sahabat bercerita dengan saya, tentang kerasulan Nabi Muhammad S.A.W… kalaulah faktor usialah ditekankan, maka bukan Nabi Muhammadlah yang diangkat sebagai “Ketua Kota Madinah” . Itulah antara faktor kenapa pengalaman itu tidak begitu penting jika dibandingkan dengan ilmu.Kerana sedikit pengalaman tidak boleh disamakan dengan sedikit ilmu. Ilmu itu penerang jiwa. Maka pengalaman itu kisah yang lalu untuk dijadikan pengajaran di masa depan.

Kadang-kadang pengalaman seseorang itu hanyalah pengalaman biasa. Melainkan orang itu pernah mencipta sejarah, atau telah melalui sesuatu itu dengan penuh perit hingga ia menjadi peransang kepada pejuang-pejuang yang lain. Maka itu boleh dijadikan sebagai “perkongsian pengalaman”. Namun, perlu diingat, pengalaman itu bukan hujah. Pengalaman itu hanya boleh digunakan untuk perkongsian.

Kenapa Hujah tidak boleh didasari dengan Pengalaman? Pengalaman kehidupan seseorang itu hanya boleh dijadikan pedoman. Bukanlah hujah untuk menentukan sesuatu hukum atau perlaksanaan tugas sebagai seorang Da’ei. Namun, coraknya..pengalaman hanya boleh dijadikan “titik tolak” perlaksanaan. Namun sejauh mana, relevensi pengalaman seseorang itu? Sedangkan pengalaman nya hanyalah pengalaman biasa. Bukanlah pengalaman yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Pernahkah dia Berjaya mencipta sejarah? Pernahkah dia Berjaya melaksanakan sesuatu atas dasar pengalamannya? Sebab itu apa-apa pun, pengalaman seseorang, perlulah kita selidik kebenarannya. Kadang-kadang hanyalah buah-buah kata untuk membuktikan dirinya “HEBAT”.

Sewajarnya sebagai seorang bergelar Mahasiswa, perlu mengetahui titik tolak sesuatu andaian. Mahasiswa dapat menilai dahulu setiap perbuatan sebelum melakukannya. Jadilah Mahasiswa yang matang di dalam beragama. Pastikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan agar hidup kita tidak terjerumus ke dalam perkara yang dimurkai Allah.

Islam membentuk minda yang kritis untuk menilai. Maka setiap penilaian perlu didasari dengan Al Quran dan AS Sunnah. Bukanlah pengalaman. Dan setiap sesuatu itu perlu didasari dengan ilmu. Bukan ilmu yang diceduk begitu sahaja, ia perlu diselangi dengan penyelidikan dan pembacaan yang luas.

Sesungguhnya Perintah Menjauhi Taqlid amat jelas disebut oleh Allah swt dalam Al-Quran (Surah Al-Isra : 36).



"وَلاَ تَقْفُ مَا لَيسَ لَكَ بِهِ عِلْمُ إِنَّ السَّمْعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسئُولاً" (لأسرا: 36)


"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan."

(Surah Al-A'raf:3)

" اِتَّبِعُوْا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُم مِن َّربِكُم " (الأعراف: 3)


" Dan ikutlah apa yang diturunkan oleh tuhan kamu (Allah)"

Sangatlah buruk perbuatan mereka dan sebahagian besar masyarakat yang masih berpegang kepada sangkaan dan keyakinan mereka bahawa mereka benar tanpa penyelidikan, penelitian dan pengkajian bagi mensabitkan apakah selama ini mereka berada dalam kebenaran atau selama ini mereka berada dalam penipuan, kesesatan dan kesilapan. Sesungguhnya sangka-sangka mereka sangatlah tidak bermanfaat dan tidak menyelamatkan mereka sedikitpun.

Benarlah kalam Allah swt :

"إِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الحَّقِِ شَيئًا (يونس :36)"

" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36).

Konklusinya di sini, perluaskan pembacaan kita dengan bergurukan guru yang mursyid. Banyakkan bermuzakarah dengan yang berilmu, malah rapatkanlah silaturahim dengan yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Berpegang teguhlah kita pada tali ALLAH. Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi.

Hamba ALLAH.

Friday, June 11, 2010

“there are so many colour in the rainbow…”


“there are so many colour in the rainbow…” nasyid zain bikha yang bertajuk flowers are red dialunkan. Aku cuba menghayatinya. Indah kalimat itu bagaikan melihat mentari terbenam di ufuk. Namun tak ramai menghayatinya dengan kesungguhan. Namun aku cuba mencari makna inti tersurat dari kalimat-kalimat itu agar aku menjadi seorang yang yang berfikir . Seperti mana firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah ayat ke 219

“ Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”

Kalimat “there are so many colour in the rainbow…” membuat aku mengimbau kembali peristiwa yang lalu dan sekarang. Aku adalah anak peranakan cina, melayu dan keturunan asia tengah. Namun, aku hidup sebati dengan budaya Melayu. Lahir di kampung Melayu, membesar di kampung Melayu. Makan makanan Melayu…membuat aku hidup sebati seperti orang Melayu. Namun, aku cukup hairan, di kalangan warga cina di sekelilingku. Mungkin kerana faktor budaya dan masyarakat yang kurang berinteraksi secara ligat,ada di antara kita gagal menilai entiti bangsa dan agama. Maksud aku, bangsa adalah bangsa. Bangsa tidak mewakili agama. Manakala Agama adalah untuk semua. Ada persepsi masyarakat yang aku rasa kurang enak adalah, asal cina, pasti ditakrifkan sebagai “kafir” yakni bukan beragama Islam. Padahal, bangsa cina lebih banyak keislamannya berbanding melayu di bumi Malaysia. Seperti mana firman ALLAH dalam surah Al Hujaraat Ayat ke 13:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”


Alunan nasyid terus bermundang di laptopku….“there are so many colour in the rainbow,so many colour in the morning sun, so many colour in the morning sun and I see everyone” …suara seorang budak kecil itu cukup enak didengar ia memperingatkan pada kita bahawa kita wajar bersatu biar berlainan rupa, bangsa, ciri-ciri dan pelbagai bahasa. Ia tetap menjadi satu adalah satu pandangan anak kecil.
Sebenarnya alunan nasyid ini berkisarkan kisah seorang budak lelaki yang berpindah-pindah sekolah, ketika itu dia mewarna bunga dan segala-galanya pelbagai warna. Namun cikgunya tak bersetuju. Tapi anak kecil bijak ini menyatakan….
“ Flowers are red, Green Leaves are green”…they are only one way to see flower that is they are always been seen…but
“there are colour in the rainbow, so many colour in morning sun, so many colour in the flower and I see everyone”

*apa-apa yang diamalkan dalam budaya melayu, tidak semestinya ajaran Islam, apa-apa yang diamalkan dalam budaya cina tidak semestinya bukan ajaran Islam. Ini bukan bermaksud pluralism, tapi Islam mengajar ke arah kebaikan seperti mana dalam budaya cina yang sentiasa menekankan penghormatan kepada orang biar tua mahupun muda, biar miskin ataupun kaya - itu adalah di antara ajaran Islam yang syumul. Namun, ada di antara yang mengaku Da’ei gagal menerap nilai menghormati orang lain. Lebih gah, ia melihat dirinya mulia dari orang lain, sehingga sanggup melakukan penghinaan dan merendah-rendahkan kreadibiliti dan kemampuan orang lain. Adakah ini ciri Da’ei yang ditarbiyyah secara professional? Kita berbeza, namun kita perlu membina sifat “penghormatan” di antara satu sama lain.
Saya syorkan kepada adik-adik di Kampus, janganlah memanggil yang lebih tua usianya dengan panggilan nama,ia menunjukkan ketidaksopanan. Apatah lagi “membelek-belek” nametag orang yang lebih tua, seperti memperanjingkan, sebab nametag tergantung itu ada tali. Hati-hati dengan sikap yang nampak tak “sengaja”. Sesungguhnya orang-orang beriman ini berhati-hati dalam tingkah lakunya.

Sunday, June 6, 2010

Keluhan Isian hati

Keluhan isian hati , adalah sajak pertama saya nukilkan untuk majalah sekolah(the Queen). Namun, ada kisah di sebalik karya saya ini. Ada yang tidak percaya ia adalah karya saya, seolah-olah saya meniru..sedih, namun itu saya tidak akan terhenti begitu sahaja. Saya kongsikan dengan anda...terimalah:



Keluhan isian hati
Penuh duka melandai jiwa rohani
Meneroka segentian kandungan isi hati
Penuh sengsara menahan muatan yang terperap di dalam
Dikeluh satu persatu
Nasi habis menjadi basi
Mengelamun memikirkan keperitan naluri jiwa
Yang sengsara
Ditimpa oleh suara dari segilintir mulut yang membusukkan.

Kata-kata kesat melobori seisian ruang halaman
Sarat dengan kekotoran dunia yang menjijikan
Memualkan fikiran yang dilema kekeliruan
Menyebabkan sekumpulan lalat hinggap
Lalu melayang nyawa mereka
Inikan kuman sekecil habuk
Batapa kejinya anjing pelopor di pentas dunia

Detik demi detik
Kian menghantui seisian jantung
Yang bertahtakan duka dan kecewa
Mengakhiri segala kata-kata kesenian
Pengakhir zaman kegemilangan sulat melaka yang penuh
syahdu
Lalu mengekstrakkan seisian muntah
Yang keluar dari rahang mulut si pengkhianat
Meloyakan satu dunia seni manusia
Yang berjiwakan mahkota naluri hati

Sejenak
Keperitan mula melandai arus gelombang
Menyeksakan hati yang lembut,ikhlas,harmoni
Hinggakan tiada apa apa yang mampu meringankan
Inikan mengakhirkannya.

Denyutan kian ketara
Mendatarkan segenap jiwa
Kata-kata mahupun bisikan
Kian kedengaran di merata-rata
Yang bisa lagi pedih rasanya
Melaratkan sebuah hidup yang penuh berirama

Sedegup impian kian berkecai
Mengakhiri hidupan yang kian meliar
Tiada penghujung di akhir kata
tiada semangat kental yang mampu menentang
Hanya mampu membuka mata

lihatlah betapa besarnya komplot ini
Seinci ruang pun tiada diberi
Bahkan semuanya terisi
SEgala kejian dan hinaan
Kesat sungguh rancangan ini
Keji betul pengotor pentas agung ini
Hinggakan menjadi semangat luntur begitu sahaja

Sejenak isian hati pun mulai runtuh
Satu persatu
Perlahan-perlahan
Lama-kelamaan tiada lagi harapan
Maka punahlah impian
Dan akhirlah zaman
Pelopor pentas dunia
Kiamatlah hidup
Si Duka Sengsara


_____________________________________________________________________________________
karya 2002

Thursday, June 3, 2010

Perjalanan..


Lepas Ujian sahaja, sahabatku hafizul ajak keluar makan...aku pun jalan terus ambil kesempatan untuk beli tiket BUS..rm20.80 *tronoh-kl

tadi dalam bus, sempat aku menitip sedikit Nota untuk "entry" baru..moga2 aku terus istiqamah dalam dunia Blogging.

Hari tu, aku berkesempatan duduk dalam seminar "muzakarah ulamak dan cendiakawan"..Topik banyak berkisar tentang dunia Maya yang tanpa sempadana. Banyak intipati nak dikongsikan. InshaALLAH ada peluang, akan ditulis jua, untuk dikongsi bersama. Moga-moga aku terus "ikhlas" bersama dunia Blog.

Sama-sama kita berdoa moga-moga ALLAH menisbatkan kita di kalangan yang bertaqwa dan beriman kepadaNYA.

-KL SENTRAL-