Tuesday, December 29, 2009

Hadith mengenai Wanita

Hadis Aisyah r.a katanya: Sebelas orang wanita telah bersepakat dan berjanji untuk menceritakan perihal suami mereka. Wanita pertama berkata: Suamiku seperti daging unta yang busuk yang berada di puncak bukit yang tinggi yang tidak dapat untuk didaki. Beliau tidak berlemak dan mudah untuk bergerak. Wanita kedua berkata: Aku tidak boleh menceritakan mengenai suamiku. Aku takut dan aku tidak boleh memberitahu mengenainya. Sekiranya aku memberitahu mengenainya, bermakna aku membuka aibnya. Wanita ketiga berkata: Suamiku telah membuat syarat, sekiranya aku bercerita, aku akan diceraikan dan sekiranya aku diam, aku akan dikasihi. Wanita ke empat berkata: Suamiku seperti cuaca di Negeri Tihamah, tidak panas dan tidak sejuk (sederhana), tidak menakutkan dan tidak menjemukan. Wanita kelima berkata: Suamiku, ketika memasuki rumah seperti seekor harimau bintang (kerana banyak tidur dan malas bertanya), tetapi apabila beliau keluar seperti seekor singa. Beliau tidak akan bertanya perkara-perkara yang bukan urusannya. Wanita keenam berkata: Suamiku apabila makan, beliau akan menghabiskan makanannya. Sekiranya beliau minum, beliau akan menghabiskan minumannya. Sekiranya beliau tidur, beliau akan berselimut dan tidak memasukkan telapak tangannya kerana beliau tahu akan kesusahannya. Wanita ketujuh berkata: Suamiku adalah seorang yang lemah syahwat. Walaupun telah berubat tetapi belum juga sembuh. Di samping itu beliau mudah menjatuhkan tangannya. Wanita kelapan berkata: Suamiku berbau seperti bau Zarnab (sejenis bauan) dan sentuhannya selembut sentuhan seekor arnab. Wanita kesembilan berkata: Suamiku berkedudukan tinggi, seorang yang berjaya, dermawan dan rumahnya berhampiran dengan tempat permainan. Wanita kesepuluh berkata: Suamiku seorang pembesar dan banyak memiliki harta, sebahagian dari hartanya, beliau memiliki banyak unta. Sebahagian besar unta-untanya pula dibiarkan di halaman rumah, kerana itulah untanya yang hamil sedikit sahaja. Sekiranya unta-unta itu mendengar tiupan seruling mereka mengetahui bahawa mereka akan disembelih. Wanita kesebelas berkata: Suamiku bernama Abu Zar'in. Tahukah kamu siapakah Abu Zar'in? Beliaulah yang memberikan aku anting-anting pada sepasang telingaku. Beliaulah yang memberiku makanan-makanan berzat sehingga aku kelihatan sihat. beliau suka memuji aku, beliau mengambil aku dari keluarga susah dan menjadikan aku salah seorang anggota keluarga yang kaya. Beliau tidak pernah mencaci aku, sehinggakan aku dapat tidur dengan nyenyak sampai ke pagi dan aku dapat minum dengan tenang. Selepas itu bagaimana pula Ummu Abu Zar'in. Tahukah kamu siapa Ummu Abu Zar'in? Beliau memiliki harta simpanan dan rumahnya sangat luas. Maka bagaimana pula Ibnu Abu Zar'in. Tahukah kamu siapakah Ibnu Abu Zar'in. Tempat tidurnya seperti pelepah tamar. Beliau merasa kenyang dengan makan sebelah kaki kambing. Maka bagaimana pula Anak perempuan Abu Zar'in. Tahukah kamu siapakah anak perempuan Abu Zar'in beliau sangat mentaati kedua orang tuanya. Tubuhnya montel dan sering menasihati jirannya. Maka bagaimana pula Jariah Abu Zar'in, tahukah kamu siapakah Jariah Abu Zar'in? Beliau tidak pernah menyebarkan rahsia kami dan sangat jujur sekalipun dalam soal makanan. Beliau Tidak pernah membiarkan rumahku kotor. Setelah itu beliau berkata: Satu hari Abu Zar'in keluar dengan membawa satu bekas daripada kulit yang diisi dengan susu. Beliau bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai dua orang anak. Kedua anaknya itu seperti dua ekor harimau kumbang. Mereka bermain dengan dua biji buah delima di bawah pinggang ibunya. Maka beliau menceraikan aku dan mengahwini wanita itu. Setelah itu aku berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan kaya. Tunggangannya adalah seekor kuda terpilih. Beliau membawa aku ke kandang yang penuh dengan binatang ternakan. Kemudian dia berkata: Makanlah wahai Ummu Zar'in dan berehatlah supaya hilang penat lelah. Beliau berkata: Sekiranya aku kumpulkan pemberiannya dengan pemberian Abu Zar'in, nescaya pemberiannya tidak akan sama dengan pemberian Abu Zar'in yang paling sedikit. Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Perhubungan aku denganmu seperti Abu Zar'in dengan Ummu Zar'in

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4481

Sunday, December 27, 2009

Gula-gula politik~



Sekali sekala, terasa lucu dengan tingkah laku sesetengah individu, mempergandakan propaganda, namun propaganda penipuan itu tetap dapat dibaca. Bak kata perpatah melayu, baling batu sorok tangan, bila orang dibaling batu datang, si pembaling pun berkata:" Bukan aku yang baling batu itu!" ...padahal si mangsa tadi belum pun bertanya:" siapa yang buat?" Kalau orang yang waras, sudah mengetahui, itu kerja siapa. Itulah gula-gula politik. Dengan media pemutar belit, penipu, menggula-gulakan pemikiran orang-orang yang tak mahu berfikir.Berlua-luasalah penipuan yang tak matang.Boleh dikategorikan "kurang genius". Sedangkan anak-anak kecil pun pandai berfikir.

Permainan politik "Geng-geng makan duit haram" semakin hari semakin kelihatan bodohnya. Kenapa bermain politik seperti orang pra-matang? Ketahuilah "geng-geng makan duit haram" ini adalah geng-geng yang hanya ceduk ilmu di tepi jalan. Bukannya menuntut ilmu untuk memajukan bangsa dengan seikhlas hati. Sebab itulah sandiwara permainan politik mereka kelihatan umpama cacing panas tak keruan. Sekali-sekala seperti "hangat-hangat taik ayam". Kejap dengan isu itu, kejap dengan isu ini. Nak katakan berbentuk ilmiah, tak juga, pasal isu yang dibangkitkan isu remeh temeh. Walhal, mereka itulah pak turut pak turut syaitan laknatullah. Cintakan duit, cintakan maksiat. Katanya untuk bangsa, tapi sebenarnya untuk perut sendiri. Lihat sahaja dah bertahun lama memerintah, konon-kononnya itulah pembangunan yang diberi, walhal itu adalah separa darinya. Hasilnya 50%, 50% lagi masuk dalam kocek. Sebab itu, banyak kerahsian. Kalau-kalau bersuara, ada yang datang membunuh. Paling tidak, masuk penjara. Tapi, mereka sudah lupa....

mereka sudah lupa....

Pasti satu hari nanti, mulut-mulut mereka yang busuk itu, bila berbicara orang terhidu jua. Namun, paling wajar diperingatkan adalah, DUNIA INI MILIK ALLAH. Bukan semudah itu mereka menipu, wal hal, ada MATA yang memerhati.

Sudah-sudahlah dengan propaganda palsu itu....
Kita pasti akan kembali kepadanya, lihatlah jani ALLAH dalam surah Yassin
Surah Yassin ayat ke 83 yang bermaksud:
"Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

Bercakaplah BENAR!!!!

Surah An Nisa' ayat ke 9:
"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar. "

Tuesday, December 8, 2009

Titipan sejarah 1999



Titipan sejarah 1999, “Black Malaysia” kata setengah pihak. Adalah cacatan sejarah dimana, berlakunya peristiwa pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Untuk lebih memahami apa sebenarnya terjadi masa itu, saya pun membaca buku bertajuk, "Anwar, skandal seks atau konspirasi Politik", tulisan Ketua Pengarang Kumpulan harakah, Ahmad Lutfi Othman yang diterbitkan pada 1999.
Di dalam buku tersebut, banyak menceritakan tentang tuduhan serta disertai sanggahan dan beberapa bukti yang menunjukkan tuduhan tersebut adalah tidak benar belaka. Dan pada tahun 2008 sendiri, kita menyaksikan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri dibebaskan dari segala tuduhan palsu yang telah dibuat.


Namun, apa yang hendak ditekankan adalah permainan politik tidaklah semudah disangka. Setiap penipuan memerlukan satu gagasan konspirasi yang kuat dan kukuh. Jika mangsanya hanyalah seorang, dan tidak mempunyai kadar sokongan yang padu dari segelintir yang berpengaruh, belum tentu akan Berjaya. Namun apa silapnya Dato’ Seri Anwar ketika itu? Jawapan nya sudah pun dinyatakan pelbagai pihak. Mungkin, sahabat-sahabiah boleh sahaja merujuk pada buku bertajuk “SHIT” yang ditulis oleh Prof Dr Dato’ Hj Shanon Ahmad. Buku yang penuh dengan kontraktiviti, menunjukkan permainan politik itu umpama “ lubang keramat” yang kotor dan jijik. Kemahuan untuk bersama “politik kotor” itu perlulah mempunyai satu kelengkapan Pembersih yang lengkap. Untuk membersih korupsi yang menjijikan, tidak mampu dicuci secara berkala secara berseorangan, namun perlu dibersih secara besar-besaran yakni satu gagasan yang berkesefahaman. Kerana rata-rata tahi-tahi itu mempunyai kadar bakteria yang pesat membanyak yang bila mana menjangkit, menyebabkan kerosakan pada minda, pada tubuh badan dan boleh jadi keseluruhan sistem. Dalam novel “Shit” menyatakan lebih kurang bermaksud, “kalau mahu masuk lubang tahi, tanpa mampu lagi mengelak dari terpalit dengan tahi-tahi yang mengotorkan. Sekali terpalit, pasti ada palitan yang kedua, dan lama kelamaan seluruh tubuh kotor dengan tahi”. Lubang Keramat itu tidak pasti nya bersih. Tidak ada hero dalam gerakan.
Peringatan buat kita bersama yang berada jalan ALLAH.
Mahu tidak mahu, perkasakanlah Saff Jemaah. Seperti yang difirmankan oleh ALLAH dalam surah As Shaff yang bermaksud
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”