Tuesday, June 9, 2009

Sungai Miri

Adakala dulu ia berwarna jernih, sekarang ia berwarna hitam pekat. Seolah-olah ia memalitkan tanda-tanda ke"mirian"nya, yakni Bandar Minyak, lantas ia berwarna hitam pekat seperti minyak mentah yang belum diproses.



Dicatatkan dalam website " http://www.1s1rcommunity.net/index.cfm?&menuid=32&parentid=31 ", sungai miri adalah antara sungai yang paling tercemar. Panjang sungai Miri hnya 45km sahaja. Dan saiz nya pula 582Km2. Kenapa isu sungai Miri timbul? Bukan saya ini aktivis alam. Cuma sahaja saya mahu mencetus satu analogi mengenai sungai miri dan masyarakatnya. Aliran sungai Miri ini tidak pernah berubah. Sehala. Tak pernah bertentangan. Melainkan, apabila lautan menjadi melimpah, dan sebagainya. Semakin hari semakin tercemar sungai miri. Hakikat ini tidak pernah berubah. Dari coros mata rambang yang kecil ini, melihat keadaan sungai Miri, yang sentiasa sibuk dengan nelayan-nelayan, kapal-kapal besar yang singgah, keadaannya tak pernah berubah. Sekolah rendah saya dulu juga berdekatan dengan sungai Miri, bersebelahan sahaja. Apatah lagi rumah ini, kira kira 200 Meter sahaj dari sungai Miri. Aliran sungai Miri hanya sehala. Nyata kerana itu juga, antara penyebab kenapa ia mudah tercemar, sebenarnya, bukan sungai Miri sahaja sedemikian, termasuk semua sungai di seluruh dunia. Jika ia mengalir dua hala dalam satu masa, pasti itu satu keajaiban yang tak pernah terlintas di otak manusia.Andailah sungai Miri ini mengalir dua hala, pastinya dunia ini akan berubah. Mungkin, semakin pesat, rutin-rutin para nelayan pun boleh berubah. Kapal pedagang-pedagang pun berubah arah. Dunia pun berubah. Begitu juga dengan soal manusia. Manusia terlalu bergantung dengan rutin seharian. Tidak pernah mahu untuk mencabar pergerakan arus globalisasi. Tidak pernah mahu mencabar diri untuk terjun ke arah pembangunan minda dan akal. Ini lebih sinonim dengan rakyat Miri. Yang sentiasa mengikut kadar aliran sungai Miri. Ke Muara la sungai itu, ke muaralah tujunya mereka. Sampai bila mahu berubah? Dari amatan 4 tahun ini, sistem pentadbiran masjid, surau tak pernah-pernah diperkemas kini. Kadar peningkatan dakwah tak pernah ada, apatah lagi Islah. Kenapa semua ini terjadi? Adakah rakyat Miri ini sudah cukup puas dengan kehidupan sekarang? Dengn Islamnya dicemuh, dengan Islamnya dihina, Islamnya dihad kadar penghayatan. Hak-hak mencari ilmu disekat. Tak risaukah kalian, satu hari nanti, anak-anak Islam di Miri tak semacam anak -anak Islam. Lihat sahaja dengan gaya pakaian sudah jelas tak "ISLAMIC". Belum lagi dengan gaya bahasanya. Mungkin hal ini tak pernah kita amati. Namun, jangan satu hari nanti, Miri ini menjadi "Singapura" yang gersang laungan azan. Jangan nanti Miri ini menjadi kota Cordova, yang masjidnya ditukar menjadi gereja. Jangan dibiar kita terus ditakuk yang lama.
Seharusnya, kita warga Miri, sudah mengambil satu langkah baru, harus mengagahi diri dengan cuba melengkapi diri dengan ilmu. Biar tua mahu muda. Harus digalasi diri dengan ilmu. Ayuh kita kembali menelusuri sirah Nabawi, kisah Nabi Muhammad S.A.W, di antara masyarakat jahiliyyah. Yang berombolan manusia-manusia jahilliyah. Rasul menggagahi diri berhadapan dengan gerombolan ini. Dengan penuh hikmah dan ilmiah. Telah bertahun-tahunan mereka ini berkelana dengan ideologi keBinatangan itu. Malah, Berkurun lama mereka terperangkap dengan ideologi ini. Namun, Rasulallah S.A.W , berbekalkan Amanah dan ilmu, baginda gagahi diri berhadapan dengan puak ini. Kerana baginda mahu untuk mencabar "keselesaan" "kealpaan" "keangkuhan" "ketamakan halobaan" "kebusukan hati" yang berlaku ketika itu. Globalisasi Kejahilliyahan mereka menompokan kedasyatan sikap mereka, sehingga ada di antara mereka, meratah tubuh badan anak anak dara mereka. Merogol isteri orang. Membunuh, membunuh anak anak sendiri. Kadar Jenayah mereka boleh dikatakan mengalah Kadar jenayah yang berlaku di Amerika Syarikat biarpun di Amerika Syarikat sana, adalah kadar jenayah yang paling tinggi di dunia. Cabaran ini dipikul Nabi dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Malah, cabaran ini menggetus tumpah darah. Korban nyawa. Korban harta. jiwa malah, baginda bersumpah "Demi jiwaku di dalam genggaman TuhanKU yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI". Baginda mencabar untuk berubah.

Inilah yang wajar diambil orang rakyat Miri, langkah untuk berubah. Caraban untuk berubah dari fahaman sekular kepada fahaman Islamisasi. Mungkin ramai tidak mahu mengubah, kerana lama sudah berkelana dan ditanam ideologi sekularnya. Lihat sahaja pemimpinnya.
Hadith riwayat ibu Majah " Islam ini umpama ikatan tali, ikatan pertamanya adalah pimpinan, ikatan terakhirnya adalah solat, jika ikatan pertama terurai, nescaya ikatan lain juga terurai"

Ayuh! Umat Islam Sarawak khasnya orang-orang Miri.Biarkan sahaja sungai Miri mengalir sehala, jangan dibiar kita ditelan kerana mengikut arus sungai yang tak pernah berubah. Kita wajar mencabar. untuk berubah perlu mencabar. Kalau bukan diri, siapa lagi?

Sungai Miri terus saja mengalir,
Di tepian tebing,
Memperlihat si pemancing,
berkelumit jiwanya,
rasa terperuk,
melihat aliran sungai sehala,
tak pernah mahu berubah,
Anak watan,
terus terjun ke sungai,
gagahi diri,
mencabar arus,
untuk mencapai hilir sungai,
jgn ke muara ke lautan.

Syukrani,
Sungai Miri

Friday, June 5, 2009

KRIS 2009(Kem Remaja Islam 2009)



Alhamdulillah, tiada pengharapan melainkan kepada ALLAH yang maha esa lagi maha kuasa.Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua AJK Pelaksana,Yayasan Amal Malaysia, keluarga saudari Izzati, Pihak Koleh TUn Dato Tuanku Hj Bujang dan pihak2 yang berkaitan..

"Ini bukan satu mimpi' itulah antara ungkapan saya yang diucapkan kepada AJK Pelaksana ketika bersua pada malam hari pertama POSTMORTEM. Mana tidak diucapkan "mimpi", usai dahulu, AJK Pelaksana tidak pernah bermesyuarat bersemuka.Namun semuanya kebanyakan di alam maya sahaja. Itupun penuh dengan cabaran "internet down" dan sebagainya. Hakikat perjuangan. Perlu "Hadirkan hati" dalam perjuangan barulah Zouq perjuangan terasa. Sebab itulah dalam Solatpun ditekankan tentang 'Hati perlu dihadirkan' boleh rujuk pada Buku "Khusyuk Solat" karangan Tuan Guru Nik Aziz. Saya sangat percaya, bahawa hati hati sahabat yang lain cukup cukup terasa sepanjangan program KRIS ini berlansung. Ada yang bekerja disebalik tabir, mula-mula merasa hatinya berbisik:" Agak2nya, bagaimanalah keadaan Program ini ya?' ...


Sahabat-Sahabiah, kita serahkan pada ALLAH untuk menilaikannya. Namun, hasil dari KRIS bukan serta merta. Ini perlu disusuli dengan tindakan yang seterusnya. Jangan dibiarkan adik-adik keciciran mencari halatuju setelah di"shape" sepanjangan Program. Natijahnya, kita serahkan pada ALLAH. Yang penting adalah teruskan istiqamah dalam mendidik.




Seorang "adik" menghantar sms malam ke2 setelah program, "Ya akhi, rindu dengan KEM, rasa nak kembali". Sungguh, adik ini terasa rindu dengan KEM, maka itulah yang ingin kita bentuk. Kecintaan kepada program2 tarbiyyah. Betapa ramai yang membenci program2 tarbiyyah, lebih ramai yang menyukai program hiburan. Namun, tidak pernah diendah kaedah penyampai kita. Qiyadah dakwah perlu diperkemaskini. Seorang Ustaz yang cukup saya kagum ustaz Akhwan Afandi menyatakan "Dakwah perlu kreatif dan inovatif'. Benar kata beliau, jika dakwah streotype, sampai bila pendakwah nak maju". Salah satu hasil kerja yang saya nampak memberansangkan ketika Ustaz Akhwan di Sabah adalah ketika di pasar Filipin, beliau dengan selamba mengambil rebana dan mengetuknya sambil bernasyid. Usai sahaja Nasyid, beliau selitkan dengan unsur2 nasihat dan tazkirah. Namun, berapa ramai yang berkebolehan sedemikian. Ramai yang hanya boleh berceramah. Tapi tak ramai seperti itu. Sebab itu perlu kita lahirkan sesuatu yang unik dalam proses tarbiyyah ini. KRIS 2009 diharap mampu melahirkan Jundullah yang bersemangat padu. Berjiwa Besar. Berhendak kepada Kejayaan ISLAM. lebih penting Menegakkan Kalimah Agung di bumi Sarawak ini. Tiada pengharapan yang lebih besar melainkan kepada ALLAH.



Adik2ku, dikau adalah permata yang berharga.

Yang ramai tak nampak harganya.
Perlu digilap sedikit sahaja.

Pasti berkilauan menarik hati ramai...



Syukrani
MIRI

pautan:

http://amalsarawak.net/?p=847#more-847

http://myfikrah89sbs.wordpress.com/2009/04/16/kris09/#comment-613

http://close-schistosomiasis.blogspot.com/2009/06/pasca-kris-09.html

http://kris-09.blogspot.com/