Thursday, May 21, 2009

Kaca mata Muallaf



Lama aku berkelana, berbaringan di bantal yang empuk. Berjurai-jurai idea untuk menulis. Namun, semuanya tak berisi. Kali ini, wajar aku ketengahkan cerita tentang Muallaf. Agak sinonim dengan hidupku yang dibesarkan dalam keluarga yang asalnya bukan Islam. Muallaf..



Tak ramai kisah dengan kehidupan Muallaf. Namun, aku kisah. Kenapa aku kisah? Kerana keindahan permata itu tak setanding kilauan permata jualan. Kerana permata keindahan menjadi Muallaf itu secantik2 keindahan di syurga yang tak terbayang dek minda. Ku perhati satu demi satu arah tuju hidup sebagai muallaf. Ramai tak kenali mereka secara totally. Namun, kalau kalian mengenali mereka ini. Pastinya kalian sangat kagum dengan adtaptasi mereka kepada keilmuan Islam. Contoh terdekat dengan diriku adalah ayahku yang tersayang. Ayahku adalah seorang berbangsa cina, memeluk Islam pada usia 20an. Menelesuri ajaran Islam dengan kesungguhan. Sehingga usianya sekarang, Beliau cukup menjaga solatnya seharian. Tak ketinggalan. Malah, terasa malu diulit perasaan ini, Beliaulah yang selalu menegurku Bab Solat. Sedangkan lahirku dari awal adalah Muslim..Di usianya kini juga, Beliau masih tegar untuk belajar menyempurnakan bacaan Al QUrannya.....MasyaALLAH, mana pula kita sebagai Muslim sejak azali ini, ramai tak kelaluan menjaga solat...Malah, lihat sahaja anak-anak muda...yang tegar membakar Al Quran..Menghina AL Quran....Malah mengabaikan solat secara terang-terangan.... Moga ALLAH meletakkan Ayahku bersama-sama orang yang bertaqwa. Perihal kehidupan sebagai seorang muallaf. Cuba kita melihat dari skop kaca mata mereka. Pastinya merasa juga kesengsaraan dan kesulitan di hati yang ditempuhi mereka dengan tabah dan bersemangat.Mulanya hidup mereka ini penuh dengan kemewahan, namun jalan yang dipilih mereka, meletakkan mereka dalam bahana dan bahaya. Hingga ada yang diantara mereka diugut dengan Parang. Diugut dibuang keluarga. Namun, hati mereka tetap memilih dijalan yang benar ini. Nurul Ain...seorang gadis Kenyah kelahiran Marudi. Memeluk Islam ketika belajar bersama di Kolej Matrikulasi Labuan. Beliau menetap di Miri tatkala kakaknya bekerja di Miri. Namun, perhubungan kami terputus setelah beliau menamatkan pengajian di sana. Aku banyak mengikuti kisah-kisahnya, antaranya, beliau pernah direndam dalam sungai oleh ayahnya dan Paderi di Kampungnya sehinggalah beliau mengaku beliau memeluk Islam dan diminta untuk kembali memeluk Agama Asalnya. Namun, beliau tetap berpegang teguh dengan jalan yang HAK ini. Sehinggakan, beliau pernah diugut untuk dibuang keluarga. Namun, itulah hakikatnya. Bukan Nurul Ain sahaja yang menghadapi perjalanan yang sukar ini. Ramai di kalangan mereka menempuh cabaran ini dengan seenak rasa di hati yang ditelan pahitnya tersekat di kerongkong. AL kisah ini tak tamat sebegitu sahaja. Kebetulan ketika di Perak ini, aku bersua dengan seorang Doktor budiman. Sebangsa ayahku. Kisahnya cukup tragis. Banyak dugaan dan halangan. Mana tidaknya, kalau orang Melayu nusantara ini mengerti apa yang mereka perlakukan. Maka bersegeralah mereka bertaubat. Antara perilaku mereka yang menyiatkan perasaan saudara baru kita. "Kenapa kamu masuk masjid ini?" ...."Cina, jangan masuk masjid!". Inilah apabila analogi yang dipakai tak serupa dengan ajaran Islam yang sebenar. Islam adalah untuk semua. Tidak kira bangsa atau rumpun. Masuk Islam bukanlah masuk melayu. Masuk Islam bermakna menyertai Liga Antarabangsa. Liga yang menyatukan Ummah. Menyatukan Kesefahaman. Menyatukan aliran pemikiran. Menyatukan tenaga dan kekuatan. Satu arah satu Kiblat. Satu "Syahadah".....yang apabila kalian melihat seseorang yang baru mengangkat saksinya bahawa Tiada tuhan Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH, pastinya kalian menangis yang bercampur baur perasaan. Dan aku pernah merasainya. Bukan mudah cabaran mereka. Belum lagi ditambah dengan cabaran dari JAKIM, cabaran dari Sanak Saudara, cabaran dari kawan-kawan...apatahlagi orang tua yang disayangi. Perjalanan mereka ini ibarat meniti jabatan yang sebesar lidi. Namun, mereka tetap tegar merentasi hidup dengan berani dan berstrategi. Mereka mengambil ibrah kisah-kisah Sahabat...Keluarga Al-Yasir yang dibunuh kejam oleh Puak Kafir Quraisy. Sumayyah yang dicucuk kemaluannya dengan tobak tanpa belas kasihan. Kerana Sumayyah tetap dengan pendirian nya kepada Islam. Bilal bin Rabbah yang dihempap batu, diseksa dengan cemeti kerana mempertahankan Aqidahnya. Nilai Islam bagi mereka itu lebih berharga dari nilai nyawa yang tak seberapa. Namun, di abad ini, manusia tegar melelongkan agamanya. ROSAK dengan pemikiran yang berhalwakan nafsu sarakah. Tak kering-kering bersama maksiat yang bertunjangkan syaitan. Sanggup menggadaikan maruah dan keizzahan sebagai ISLAM. Sedang mereka ini sejak azalinya ISLAM....seperti Aisyah...Lina Joy...Benjamin Stephen.... Barangkali mereka ini lupa bahawa dunia ini sebenarnya milik ALLAH.Sedang mereka itu cuma menumpang dan meminjam..Tak malukah mereka kepada saudara baru ini? Yang tegar memilih jalan yang lurus ini untuk diharunginya sebagai balasan syurga? Mahalnya syurga tak terbeli dek harta dan emas yang kalian dapat. Tak terbeli dek kebahagiaan kalian bersama nafsu nafsu sarakah kalian. Apa yang kalian kejarkan di dunia ini? Tiada kebahagiaan selain bersama ISLAM.






Jaringan blogger mullaf yang boleh kalian jenguk-jenguk:






























Ayuh, sertai misi kami dari Yayasan Amal Cawangan Sarawak bersama Jabatan Pembangunan Belia dan Sukan untuk meringankan beban dan mempermudahkan perjalanan hidup sahabat-sahabat saudara baru kita ini untuk menuju Jalan Ilahi ini.







Ayuh perkasakan Misi Dakwah di Sarawak!

Jangan sampai ketinggalan!

KERM REMAJA ISLAM 2009
Mengembalikan keizzahan ISLAM dalam diri anak-anak muda!


Kolej tunku Hj Bujang

29 Mei- 1 jun 2009

Mohamad Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon
Pengarah Kem Remaja Islam 2009



Tuesday, May 19, 2009

AMAL Sarawak Lancar Dana Saudara Kita

Mari memperhebatkan MISI DAKWAH di bumi Kenyalang!!!!!

AYUH! AYuh! AYuh! Jangan ketinggalan~!

« Pembangunan Belia dan Sukan AMAL Sarawak
AMAL Sarawak Ziarah Institut Tahfiz Bintulu »
AMAL Sarawak Lancar Dana Saudara Kita

AMAL Sarawak, Bintulu, 6 Rabi’ul Thani 1430H: Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bersama Jawatankuasa Pembelaan Masyarakat Islam Ulu Kota Pakan, Bintulu Iqra’ Center (BIC), Masjid Darul Hidayah dan Masjid As-Syakirin Bintulu telah melancarkan Dana Saudara Kita pada Khamis, 2 April 2009 bertempat di Masjid Darul Hidayah, Kidurong, Bintulu. Fokus utama dana ini ialah sebagai Tabung Pembinaan Surau Al-Azhar, Komuniti Saudara Kita Ulu Kota, Pakan, Sarikei selain insya Allah akan turut dikembangkan bagi membantu Saudara Kita (Mu’allaf) di tempat-tempat lain di seluruh pelusuk negeri Sarawak.

Allah SWT berfirman di dalam Surah An-Nahl, ayat 97:

“Barangsiapa yang berbuat kebaikan sama ada lelaki atau perempuan sedang dia seorang yang beriman, maka Kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik.”

Sila salurkan sedekah jariah anda ke Akaun Agro Bank berikut:


Atau ke Akaun Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak berikut:
[Harap sms ke 016-8909717 selepas di bank-in untuk penyelarasan]


Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:



Yayasan Amal Malaysia Cawangan SarawakLot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, SarawakNo. Telefon: 016-8909717Email: amalsarawak@yahoo.com.my
Sebarang maklumbalas dan persoalan, sila hubungi:
Saudara Muhtar Suhaili: 016-8909717
Ustaz Ibrahim Mat Isa: 019-4535119
Ustaz Salehuddin Abu Samah: 019-4823755
Ustaz Mohd Amir Ridhwan Abdullah: 019-8643076

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber’amal Kerana Allah”.



Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru...

Attribute to My Vector Calculus Lecturer ( Allahyarham Dr Mohamed Asif Sadiff) May ALLAH place you with the Muttaqin.






"Life is simple, if you make it simple..life will be hard, if you make it hard". Quote from the ALLAHYARHAM during the last lecture of the vector calculus.





Rest in Peace 11.5.09





To all my belove Teachers and Lecturers...





Thank you so much for your(all) guidance and sharing knowledge. May ALLAH give you(all) the bless and good deed. All of your contribution and sharing knowledge cannot be pay but only HIM can pay you equally.





Hidup ini tidak semudah disangka. Malah hidup ini memerlukan kepahitan dan kemasinan yang perlu ditelan dengan kesabaran. Apatahlagi hidup sebagai seorang Guru. Penuh dengan cabaran dan ilusi yang memeningkan. Tatkala pancaroba keanak-anakan dikalangan pelajar, mampu mengheret serakah minda berputar dan memualkan. Namun, cabaran tetap cabaran. Gaya tetap gaya. Noktahnya tidak ada penamat. Sehinggalah kiamat. Kerana Ilmu itu adalah sebahagian dari Amal Jariah. Ilmu yang bermanfaat. Mulianya hidup sebagai guru. Tidak dinafikan, ada yang "guru" cuma makan gaji, namun saya percaya, mereka tetap mahukan terbaik untuk "anak-anak" murid mereka. Sebab itulah mereka memilih jalan ini. Tidak dinafikan, ramai "anak-anak" murid mereka ini adalah di antara yang "sengal-sengal" perangainya. Namun, jika diteliti baik-baik, hidup itu ibarat putaran tayar . Kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Tidak ada yang baik secara totalnya dan tidak ada yang jahat selama-lamanya. Warna-warna itu tetap sentiasa ada. Kerana itu perlunya ada paksi. Untuk menyempurnakan kehidupan yang penuh dengan jalan yang berliku. Guru, merekalah antara yang mencorak paksi itu.

Anak muridmu yang nakal ini.
Percayalah, ramai guru2 tidak melupu diriku yang nakal ini.
Namun, terima Kasih Guruku..




TERIMA KASIH BUAT GURUKU~!


Maafkan daku guruku seandainya aku bukan manusia yang sempurna,


Bukan muridmu yang sebaik-baiknya,


Namun, di hatiku...


Guruku....banyak membantuku untuk mencari jalan yang jitu...


hinggaku temu jalan yang satu...


untuk menyempurnakan hidupku...


hamba kepada YANG SATU..


Guruku..


Tidak mampuku luahkan dengan kata-kata,


Namun, di hatiku..


Berdoa..


Agar Yang Maha ESA sentiasa memberkatimu..


Semoga engkau sentiasa berkelana dan tenang bersama makrifatNYA..


Kerana pengorbanmu tidak mampu dibayar dengan harta..


terlalu besar buatku..





Beneath in my Heart....


I decleare that
Rasulallah the Teacher of UMMAH.


(the most influence people of the AGES) quote form the TIMEs.

Anak Muridmu..

Wednesday, May 6, 2009

Angin Bayu menyapa kenangan

"FUH~!...sejuknya," desis Anak muda di sisi saya ketika di Kundasang, bumi Bawah Bayu. Imbauan yang lampau mencoret pelbagai nostalgia di kalbu yang merintih kasih Ilahi. Bumi Sabah...bumi yang kaya....kaya dengan tarbiyyah...kaya dengan mineralnya...kaya dengan hasil buminya...lebih kurang 4 tahun saya menjadi tetamu di bumi yang indah itu. Di pagi-paginya, kelihatan Gunung Kinabalu mencakari Awan-awanan...kelihatan seolah-olah bayang-bayangnya itu tegap dan kukuh seolah-olah sedang memberitahu bahawa "aku adalah hamba ALLAH yang taat, bagaimana pula kamu???".

Alhamdulillah, sedikit sebanyak...masih tetap juga berhubungan dengan sahabat2 perjuangan di sabah. Muktamar baru baru ini pun mencatat satu anjakan pradigma. Sang Murabbi mengundur diri...katanya...memberi peluang pada anak muda. Ya...memberi peluang pada anak muda. Anak tempatan. Anak watan Bumi Sabah.
Ramai yang melihat sosok Ustaz Anwar sebagai satu simbolik perjuangan yang untuh. Istiqamah! Berani! Mantap! Dan kami adalah antara yang ditarbiyyah beliau.

Dari Warga Borneo, mengucapkan Sekalung penghargaan tidak terhingga. Semoga ALLAH membalas segala jasa baik tuan.

"Indah perjuangan ini kerana kepahitan yang terpalit itu adalah kemanisan yang hanya dapat dirasai oleh yang berjuang....."

Bicara Murabbi,
"Ya Ayuhal Walad!!!!!!!!!!!!! Wahai anak2Ku!!!!!!!! Berjuanglah kamu dengan jiwa ragamu di dalam genggaman tuhanMU yang maha pemurah lagi maha mengasihi!" Kuliah Maghrib...yang sentiasa bergema di seluruh kampus. Membicarakan tentang hak ALLAH kepada hambaNYA. Kelihatan, ramai si hamba berduyun-duyun mendatang bersama memperdengarkan dendangan Kuliah yang intipatinya gah dan bersemangat wancaranya. Itulah sentuhan Murabbi. Yang akan kembali ke bumi watannya.
Pada ALLAH sahaja kami serahkan budi baikmu.

Bait-bait buat perkongsian bersama:

Jauh merasa mata melihat
Dekat merasa hati tersentuh..
Mekar indah nan bisa...
Kelam jua terpelihara...
Jiwa yang meronta..
Mengeluh kerinduan syahid..

Sang pujangga..
Berbicara perjuangan..
Rapuh..
Kikir...
Sempit...
Dayus...
Sifat Jahilliyah...
Yang tak terperi sakitnya..
Payah dirasa...
Payah jiwa di kikirkan..
Namun tetap digagahi dengan semangat parajurit..
Yang tak diselam dengan nama..
Namun dengan jiwa..

link berkaitan:
http://kembarasanghamba.blogspot.com/2009/05/terima-kasih-budi.html