Monday, June 30, 2008

GAGAL!


Subuh muncul dikala sepi malam. Sejuk hingga menyusuk ke tulung rusuk. Pemuda itu bangun.Melangkah perlahan-lahan menuju ke bilik air, lalu dicapainya pili...dibukanya "tap....tap...." air menerjah membasahai lantai...
Sejuk...sejuk mendatari kulitnya...Ia bersiwak..dan berwuduk.
Perlahan-lahan dia mengambil wuduk....Di hatinya cukup bersyukur atas kurniaan ALLAH yang memberinya deria rasa yang cukup hebat. Jiwanya bertasbih.
Selesai wuduk, ia pun menuju ke bilik muazin. Masa lebih kurang dua minit lagi untuk azan. Dia bertasbih sambil menunggu. Di jiwanya sentiasa mengagungkan kebesaran ALLAH.
(Firman ALLAH :"Barangsiapa yang berjalan kepadaKU, AKU akan berlari kepadanya, Barangsiapa yang berlari kepadaKU, maka AKU akan terbang kepadanya.") hadith Qudsi

Masa mudanya ini, ia cuba pergunakan secukupnya untuk mendekati diri kepada ALLAH. Kerana ia tahu, bila-bila sahaja ia akan dipanggil oleh ALLAH. Firman ALLAH " Setiap yang Hidup pastikan merasa Mati"(Al Quran). Dia teringat peristiwa yang terjadi kepada Pakciknya, yang meninggal dikala muda lagi akibat kemalangan jalan. Hatinya begitu hiba melihat jenazah pakciknya, terbaring kaku di atas strecthcer kecemasan. Berkelodak jiwanya menatap jenazah itu. Ia menitis airmata...memandang muka yang telah kaku...Itulah muka yang sentiasa menceriakan jiwanya. Memberikan motivasi kepadanya..di kala ia gagal masuk ke Universiti. Ya, dialah yang di antara yang tidak berputus-putus memberi galakan dan motivasi kepada dirinya. Sejak gagal masuk Universiti, akibat kegagalannya meraih pointer yang tinggi, lalu ia dicemuh oleh keluarga terdekat,dicemuh oleh kawan-kawan yang rapat dengannya. Ia dicemuh oleh masyarakat. Itukah pemuda ISLAM? GAGAL? ITUKAH ANAK MUDA YANG MEMBAWA WADAH ISLAM? GAGAL? suara-suara sumbang yang menerjah ke telinganya. Pedih hatinya mendengar kata-kata yang cukup menusuk ke jiwa itu. Hatinya pilu dan kecut...seakan-akan di tembusi pedang di hulu hati. Ia berbisik kepada dirinya, " Adakah benar menghayati Islam itu membawa kegagalan?" Lalu kedengaran suara menjawab, " ALLAH tidak akan membebani hambaNya, melainkan dengan kemampuan hambaNya, ALLAH itu maha adil, ALLAH pasti akan menguji keimanan hambaNya untuk beriman."

Sejak hari itu, dia telah menanamkan satu keazaman dalam dirinya.Untuk membuktikan kepada meraka, ANAK MUDA yang menjiwai Islam pasti akan berjaya dunia dan akhirat. Bisikan hatinya berdengung ..kedengaran sendiri..."AKU adalah Anak Muda Islam, AKU akan buat terbaik!"ANak muda adalah harapan Ummah!" Sabda Rasulallah S.A.W " Kebanyakan yang mengikutku adalah anak muda, dan kebanyakan yang menentangku adalah orang tua" (Hadith riwayat Muslim).

"ALLAHUAKHBAR!.......ALLLAHUAKHBAR!"....suara azan menerjah ke alam yang sunyi....memukul keheningan subuh dengan kemerduan suara...mengajak kepada kejayaan. "MARI MENUJU KEJAYAAN!".
Anak muda itu mengalunkan azan di Pusat Islam yang terletak di dalam Universiti Sains Malaysia. Suara itu kedengaran di seluruh kampus. Warga Muslim kampus yang tertidur terjaga dengan kemerduan suara itu. Zakaria yang berada di Kamsis terjaga, "ALhamdulillah.....ini suara zamri, erm...tak lama Gradela dia...insyaALLAH, semester ini, dia bakal merangkul anugerah dekan lagi seperti sebelumnya...,syukur dapat Naqib seperti dia..moga ALLAH mempermudahkan segala urusan kami" bisik zakaria di hati.

Sesungguhnya, kegagalan sekali bukan bermaksud kegagalan selama-lamanya. Setiap kegagalan yang dihayati dan dipelajari,pasti membuah kejayaan yang tidak disangka-sangkakan.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment