Sunday, June 29, 2008

China..oh China

Kerajaan China Memusnahkan Masjid Kerana Imam Tak Sokong Olimpik

at 11:23 AM

On photo: Mosque in Kashgar, yang dirobohkan kerana imamnya enggan meletakkan tanda sokongan kepada sukan Olimpik di Beijing. Majlis larian obor itu telah melintasi berdekatan masjid tersebut pada 18 Jun 2008.


Di dalam usaha menghapuskan Islam, pihak berkuasa China telah mengeluarkan arahan untuk memusnahkan sebuah masjid di Timur Turkestan, hanya kerana imamnya enggan menunjukkan sokongan kepada sukan Olimpik di Beijing.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit menyatakan di dalam emelnya: "Pihak China memaksa masjid-masjid di Timur Turkistan untuk mempromosi sukan Olimpik di Beijing untuk mendapatkan sokongan penduduk Uighur kepada sukan tersebut, akan tetapi ia tidak diendahkah oleh masyarakat Uighur."
Reuters melaporkan bahawa komuniti umat Islam telah memfailkan aduan kepada beberapa pertubuhan hak asasi manusia.

Dilxat Raxit menambah bahawa masjid tersebut yang telah diubah suai pada 1998 telah dituduh mengubah struktur bangunan tanpa kebenaran, menjalankan kegiatan agama secara haram serta menimpan salinan al-Quran secara haram.

"Kesemua al-Quran di dalam masjid telah dirampas oleh pihak kerajaan dan ramai penduduk telah ditahan." Beliau menambah lagi: "Tahanan Uighur telah diseksa".
Reuters melaporkan arahan rasmi untuk memusnahkanmasjid itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa di kawasan Xinjiang.

Musa Stone,
Kavkaz Center


terjemahan: Abu Usamah

No comments:

Post a Comment