Sesekali kita manusia, terfikir mahu mengecapi impian dalam hidup yang berteraskan nafsu dan kemahuan yang berbeza dari apa yang ada. Kadang-kadang semua itu hanyalah khayalan, terus dituai rasa sakit hati dan dengki yang berterusan.
Pada Hakikatnya, itu adalah pengajaran dan hikmah yang terdapat pada diri.
Aku, kau dan dia...cukup-cukup sangat berbeza, kadang-kadang manusia beranggapan manusia punya akal yang sama. Padahal manusia melalui sesuatu itu berbeza dengan apa yang dilaluinya. Masing-masing punya ragam dan pengalaman yang sangat-sangat berbeza. Inilah keunikan yang sangat-sangat perlu kita fikirkan. Kerana ia lambang kebesaran ALLAH. Sebagai analoginya tadi, manusia sebenarnya perlu mewujudkan satu sistem tolong menolong, bantu membantu, sokong menyokong dan bulat membulat. Tindakan ini umpama refleksi enzim-enzim di dalam badan-badan bersama dengan sel-sel yang terdapat dalam badan. Saling sokong menyokong, bantu membantu antara satu sama lain. Biarpun ia mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Semua ini akan menjadi satu sistem yang stabil dan membolehkan pergerakan dalam badan sempurna. Jadi, bila ada virus atau bakteria yang datang menyerang, ia boleh melumpuhkan sistem badan manusia yang stabil tadi. Bahkan, boleh melumpuhkan keadaan manusia itu. Ini sebenarnya hakikat kehidupan kita sebagai manusia, umpama sel-sel dan enzim-ezim tadi yang boleh bekerja bersama-sama dengan tujuan dan matlamat yang sama dengan arahan dari Otak. Otak ini bertujuan untuk mengawal segala pergolakan dalam tubuh badan. Tanpa otak, manusia buntu dan hilang fungsi. Manusia yang mempunyai matlamat yang berbeza akan menggapai sesuatu itu berdasarkan matlamatnya. Dan sebagai natijahnya, pelbagai cara untuk menggapai sesuatu itu.
Jika direnungkan kembali, MATLAMAT Kehidupan kita adalah untuk MATI! kerana dalam matlamat sesuatu perkara adalah untuk SELESAI. Jadi, sepatutnya matlamat kita adalah diletakkan dengan gerak kerja bermatlamatkan bersedia menghadapi KEMATIAN dengan BEKALAN YANG SEWAJARNYA! Barulah kita boleh bekerja dengan sistematik dengan berteraskan rukun-rukun persediaan yang telah diciptakan oleh PENCIPTA KITA!
Sebagaimana kita tahu, ALLAH telah menjadikan kita manusia dengan tanah. Dan Tanah ini pasti akan menjadi lebih banyak jika kita akan berserap menjadi tanah nanti. Jadi jika mahu tidak mahu, segala-galanya akan tinggal kenangan. ISLAM adalah agama yang memelihara fitrah manusia. Fitrah manusia yang berkehendakkan dunia sewajarnya disalurkan melalui methode ISLAM. Barulah persediaan kita yang bakal kembali ke tanah Itu, mendapat keredhaan ALLAH.
JUM BERSEDIA!
Berdiri di dunia, yang tak mengerti milik siapa sebenarnya dunia ini. Padahal sebenar-benarnya, ia milik ALLAH yang Maha Esa.
Sunday, March 30, 2008
Thursday, March 20, 2008
Sesi Muzakarah di atas pentas
Iman umpama gelombang, kerana manusia zaman sekarang ini kadang-kadang lupa siapa dirinya, di mana asalnya dan kenapa harus dia berada di muka bumi ini?
Tuesday, March 11, 2008
Jangan menipu..
Lumrah manusia sentiasa tidak jelak melakukan kesilapan...inilah padahnya apabila kita terlalu menipu dan akhirnya terjadilah seperti kisah seorang pengembala kambing dengan orang kampungnya...
Suatu hari, kerana terlalu bosan, pengembala ingin mewujudkan mood gembira dalam dirinya, dia pun bertindak menipu orang kampung...
" SERIGALA!!!" "SERIGALA!!!" "SERIGALA!" teriak pengembala muda itu ke seluruh kampung.
Orang kampung kepingan terkejut, lantas berlarian menuju ke ladang ternakan. Bila mereka sampai, mereka dapati tidak ada seekor pun serigala malah anak kucing pun tidak kedapatan di sana. Lantas mereka balik dengan hampa dan marah.
Keesokan harinya lagi, pengembala ini berbuat demikian. Orang kampung terkejut dan pergi ke lokasi seperti sediakala dan mengalami masalah seperti biasa. Atas sifat yang jelak dengan perangai pemuda pengembala itu. Mereka pun tidak menghiraukannya lagi.
Suatu hari, kelibatan serigala muncul di ladang ternakan itu. Pemuda itu terkejut dan kali ini adalah benar belaka. Akibat dari itu, pemuda itu berlarian ke kampung dan meminta tolong orang kampung agar menolongnya. Tapi, semuanya bagaikan mencacak dahan di dalam air. Sia-sia belaka. Akhirnya, semua ternakan di ladang itu habis dimakan serigala itu. Inilah padahnya bila kita selalu menipu, hingga satu hari nanti kita pasti dikecam dan dilontar penghinaan yang tidak seorangpun mahu percaya pada kita. PRU12 ini telah menunjuk dan mengajar Kita, jangan kita menipu masyarakat! Kerana masyarakat sudah pandai memilih dan menilai siapa menipu dan siapa benar. Atas dasar keberanian itulah, munculnya pergolakan yang mahu merubah fenomena menipu dalam masyarakat. Masing-masing menyekat suara-suara kebenaran. Lantas merobek kejujuran dan kebenaran yang harus dihebah pada masyarakat. Media diperolok-olok dan dijadikan bahan tunggangan bagi memuaskan nafsu sarakah yang mahukan DUNIA yang jelek itu.
DUHAI INSAN, ingatlah....Jika Dunia yang kau kejar..pasti kau tidak mampu menggapainya...kerana DUNIA INI MILIK ALLAH!
Subscribe to:
Posts (Atom)