Sunday, July 8, 2007

Apalah erti hidup tanpa solat?






"Allahuakhbar"









Suara azan berkumandang memecah keheningan petang itu,di kala mentari terik menyusur tenggelam,bakal diganti dek Bulan mengambang...Sayu sepi...merdu..mengasyikkan..suara itu,milik seorang Muallaf yang baru mengenal apa erti hidup sebenar...sedang yang bernama Muslim sejak azalinya,leka dek kehidupan...lantas dibuai dengan noda noda nafsu.."bola sepak" di tengah padang.....masyaALLAH..terus leka khayal dengan perkara yang lara..sedang dalam Usul Fiq nya, harus untuk kita bersukan,tapi jadi haram jika sampai tinggalkan solat..Saidina Umar Abdul Aziz pernah mengungkapkan kata2 yang bermakna yang berbunyi :" Jangalah kalian dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi di saat tibanya sembahyang.Bersegeralah kepadaNya kerana sesiapa yang melengah-lengahkan sembahyang kerana tugas duniaw,nescaya syariat Islam yang lain akan lebih mudah dicuaikan."Apa erti sebenar kehidupan kita solat?lantaran solat itupun kita tidak peduli...sedang kita tahu kekuasaan ALLAH .Kita mengaku kita Islam.Sedangkan dalam Rukun Islam selepas Syahadah itu adalah melaksanakan Solat 5 waktu sehari semalam.Lantaran,jika tidak kita lepas pun 5 rukun,layakkah kita bergelar Islam?APa sebenarnya yang bermain di hati kita?Kita yakin kita adalah hamba ALLAH dan kita pasti akan kembali kepada Nya.kita tahu ancaman ALLAH itu pasti bagi yang ingkar kepadaNya.



Firman ALLAH dlm Surah Yassin (yang bermaksud): 63. "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).dan kita juga yakin ALLAH itu wujud,lihatlah diri kita sendiri,tanpa KekuasaanNya,pasti kita tidak ada,lihatlah kita dengan mata pemberianNYa,kaki kurniaanNYa,semua nya tanpa bayaran tanpa sewa,tanpa minta apa



2.Cukuplah ALLAH minta hanya Taat dengan perintah dan suruhannya yakni mengerjakan yang diperintah dan mengelak serta mencegah dari melakukan kemungkaranNYa.



Firman ALAH dalam surah Yassin (yang bermaksud) :83. oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.solat adalah tiang agama,barang siapa yang tidak mengerjakan solat,maka ia orang yang meruntuhkan tiang agama,ia sangat dilaknat!dan dikeji!Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: ”Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?”






Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Riwayat at-Tirmidzi)ayuh,kita nilaikan diri kita,solat kita,hidup kita?apa erti sebenar hidup kita tanpa solat?Erti sebenar hidup hanyalah beribadah kepada ALLAH firman ALLAH :"Sesungguhnya solatku,hidupku,matiku semuanya kerana ALLAH"

4 comments:

  1. Betul tu Syukran, solat tiang agama. Amalan ni membezakan kita dengan orang bukan Islam. Bersama kita memperbaiki solat kita.

    ReplyDelete
  2. Inilah akibatnya, apabila Islam dianggap sebagai sebagai warisan adat dan budaya..
    Padahal Islam itu adalah AGama dan kepercayaan...

    Adakah dinyatakan jika anda percaya, cukuplah percaya>?Jika anta percaya..turuti,taati dan patuh..
    Jangan kelak,bila di bawa ke muka pengadilan..
    Ya ALLAH,sesunggunya AKu telah Nampak, AKu telah dengar, Aku akan taat dan Patuh...
    Maka itu telahpun terlewat..

    ReplyDelete