Monday, September 7, 2009

Aku semakin liar

Aku semakin meliar...
Ku hilang arah tanpa petunjuk Ilahi..
Semakin kelam gusar hati meronta..
Buas serakah berteriakan ganas..
Bagai ombak memecah tebingan..
Berderaian air bersepahan..

Ya ALLAH,
aku rasa aku semakin jauh dariMU,
semakinku kejar semakin kehilangan,
namun hakikatnya,
Engkau sentiasa disisiku..

Engkaulah tempatku berserah,
meratap dosa dan piutang yang bergunungan,
tak keruan,
tak lena,
menusyuk ke jiwa,
selagiku senyap menyepi.

Ya ALLAH,
kembalikan aku ke landasanMU,
aku tidak lagi mampu,
berkhayalan di fantasi,
aku lemah..
aku memerlukanMU

Wednesday, September 2, 2009

Kisah teman-temanku yang hebat

Aku baru sahaja balik ke bilik. Biliku agak bersepah.Akibat ujian Analogue 2 yang mengharung sepanjang minggu, aku tak sempat mengemas. Pagi bangun, malam bangun, tidurku tak terurus. Sedar-sedar, sudah semingguan aku memerap mata yang lesu. Itulah hidup sebagai mahasiswa. Hidup tak pernah dirasai sempurna. Kadang-kadang rehat itu diisi dengan membaca, menelaah, belajar dan menghayati. Namun, itu cuma kata-kataku. Pada orang lain, mungkin lebih lain dari cara hidupku.

Bercerita tentang hidup sebagai mahasiswa, aku punya ramai sahabat yang bergelar mahasiswa. Rata-rata mereka MAHASISWA yang hebat. Bukan kerana HEBAT pada pandanganku kerana "pointer" atau "pangkat" mereka. Namun, padaku, hebat mereka, kerana ketekunan dan penghayatan mereka berikan sepanjang hidup menjadi mahasiswa. Teman-temanku yang hebat ini banyak memberi inspirasi padaku untuk terus meneruskan agenda AKADEMIKku di kampus yang kegersangan ini. Bukan gersangnya kampusnya ini kerana kurangnya air ataupun kekeringan. Namun, padaku, kurangnya MAHASISWA hebat tadi. Ramai sebenarnya, mahasiswa "HEBAT" seperti yang ditakrifkan oleh pihak-pihak universiti. Dengan pengiktirafan sebagai pelajar aktif, pelajar bestari atau pelajar yang memberansang. Namun, tak ramai yang menghayati erti sebagai seorang mahasiswa. Dan kerana gelaran "MAHASISWA" ini, kebanyakan menjadi "Angkuh, bongkak, perasan HEBAT, malas dan dengki mendengki". Na'uzubillah, moga-moga kita bukan dalam kumpulan itu. Bercerita tentang "teman-temanku yang hebat"...Aku sebenarnya bukan hendak bercerita tentang kehebatan teman-temanku MAHASISWA yang "hebat". Namun, apa yang inginku kongsikan adalah "APA YANG HEBAT pada teman-temanku" di mataku ini.

Kawan-kawanku ini, bukannya ada yang keluar dari perut ibunya terus hebat. Seperti Imam Syafi'e yang sememangnya "GENIUS semula jadi". Albert Einstain. Ataupun Rasulallah SAW manusia AGUNG sepanjang zaman. Namun, kawan-kawanku ini adalah orang biasa-biasa sahaja. Sepertiku...punya mata, telinga..mulut..tak da beza melainkan bentuk muka paras yang berbeza. Teman-temanku ini yang membuatnya "HEBAT" dimataku adalah, Semangat Setiakawan mereka. Tolong menolong mereka. Bak kata perpatah Zaman moden " GENG KERAS" yang lahir bukan didasari kesenangan ataupun kemudahan. Ramai yang aku kenal, berkawan denganku kerana mahukan KEMUDAHAN. atau mempergunakan aku. atau sebagainya. Tak ramai yang berkawan dengan aku kerana aku adalah aku. Umpamanya, berkawan kerana ALLAH. Berkawan sebab berkawan itu Sunnah Rasulallah SAW. Yang lebih menyenangkan, kawan-kawan aku ini, berkawan dengan sesiapa sahaja. Tak kira pangkat atau darjat. Tak kira tua atau muda. Tapi "budaya hormat menghormati" itu tetap ada. Tak ramai yang mampu berbuat demikian. Ada yang lebih pentingkan nilai taraf.


Contoh rungutan:
"Ala, apa taraf kawan dengan dia ni?"... "ala...takda class la nak kawan dengan dia..junior tu"..."ala.." "budak tu bukan jemaah, takyah campur sangat...." " ala...dia tu pelik..jangan kawan la"

Itu antara contoh-contoh yang sering kita dengar. Mengambil mudah kata kata bukan dari Rasulallah SAW, kiasan kata ulama' " kawan dengan penjual ikan, dapat bau ikan, kawan dengan penjual minyak wangi, dapat wangian nya"...

Benar, perlu ada kawan yang menarik dan membawa ke arah Islam. Namun, selagi mana, kita tidak cuba membuka ruang untuk berkawan, mana mungkin orang mahu mendengar apa kita kata. Perihal berkawan inilah, senang nilai-nilai kebaikan itu sampai. Kiasan ulama' antaranya, "jadilah kita seperti pokok, dibaling batu, buah kita berikan"...umpama ajaran JESUS(Nabi Isa) "Slap u get, love u give"...


Firman ALLAH dalam surah Al Hujurat: (ayat 12)
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seseorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya ALLAH maha MENGETAHUI lagi Maha MENGENAL."

Budaya kita perlu diubah. Budaya dengki mendengki. Hasut menghasut. Pandang rendah. Sikap Angkuh tak semena-mena. Sikap meninggi diri, rasa hebat. Rasa berkuasa. Rasa memiliki. Kita seolah-olah sudah lupa..DUNIA ini milik ALLAH. Tak LAYAK kita bersikap sedemikian. Malulah kita pada PEMILIK DUNIA ini.

Teman-temanku yang hebat...terima kasih atas kesudian kalian menerimaku sebagai teman. Semoga teman-temanku terus melangkah. InshaALLAh, aku juga akan turut melangkah bersama kamu semua menuju jalan yang Satu.