Sungguh, dunia ini dipenuhi pelbagai jenis manusia dengan pelbagai pemikiran. Lalu akibat perbezaan itulah, wujudnya keperibadian masing-masing.Lantas itu timbullah perasaan keperibadi yang dilaung-laungkan. Lantaran itulah wujudnya sifat kekitaan. Perkara itu diperkatakan ia "wajar"!...dengan cina-cinanya, dengan melayu-melayunya, dengan india-indianya. Atas dasar itulah negera, Malaysia negara yang aman makmur itu mengetengahkan satu ideologi "Perpaduan". Semangat kebersamaan. Ideologi apa itu?Sebenarnya ideologi itu adalah ideologi yang diambil dari ajaran ISLAM yang syumul. Bersama-sama mengukuhkan kesatuan dalam diri kita. Perpaduan dalam kemasyarakat. Perpaduan bersama semanusia. Tiada yang tinggi tiada yang rendah. Kesemuanya tetap syujud pada ALLAH yang satu. Atas kerana itu hingga sahaja sampai sekarangnya, pihak barat sangat mengagung-agungkan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon manusia berpengaruh dalam beberapa abad lamanya. Hingga tercetus dari mulut-mulut busuk mereka berhati kotor itu bahawa mereka ingin memusnahkan Ka'abah. Lanyakan mereka itu tidak pernah kesampaian. Hingga tercatat dalam sejarah, kemusnahan tentara Bergajah Abrahah oleh tentera burung Ababil. Kerana atas dasar iri hati pada falsafah dan ideologi ISLAM yang sangat memberansangkan.Namun, apakan daya, laungan Ukwahfillah itu kedengaran sayup-sayup pada nadi nadi anak muda. Telah wujud sifat kekitaan pada diri inidividu. Pergerakan anak-anak muda ISLAM telah mengamalkan orientasi dakwah yang cukup-cukup menakutkan. Hingga wujudnya 2 puak, iaitu PUAK yang moderate dan PUAK yang agresif. Padahal kedua-dua tadi membawa panji yang sama. Dilaungkannya perkara yang sama... "ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!" Berteriakan mereka dan berantakan antara satu sama lain. Lalu, gugur beberapa orang dari mereka. Akhirnya siapa yang untung? Berketawa syaitan dan puak-puak Musyrik....Sedang peristiwa ini telah diceritakan dalam Sirah Para Sahabat. Bukanlah Sirah Para Sahabat ini hanya buat tatapan umum sahaja. Perlu ada penilaian dan penghayatan kepadanya. Lihat sahaja perang siffin dan perang jamal. Peperangan antara dua tokoh yang mulia. Saidatina Aisyah r.ha dengan Saidina Ali r.a .... hingga yang tersepit di dalam peperangan itu adalah kaum muslimin. Apa yang menjadi penyudahnya, kedua-dua pihak kerugian. Dan yang penamatnya, kaum muslimin yang berantakan. Wallahualam. Tiada niat untuk memperkatakan mengenai kedua-dua sahabat yang begitu MULIA, sesungguhnya mereka golongan yang diredhai ALLAH. Cumanya hendak dinyatakan adalah ada rahmat disebalik peristiwa ini. Maka bersamanya terjadi lagi seumpama ini di abad ini.Begitu juga dengan kedua-dua pihak anak-anak muda. Perlu penelitian yang lebih dalam...sedalamnya. Lihat sahaja pada riadah seharian. Makan ...dan sebagainya. Hingga kadang-kadang ketika riadah, kita tidak mampu menerima orang luar bermain bersama kita. Atau makan semeja. Kadang-kadang hingga pada satu paksinya. HANYA KAMI YANG SELAYAKNYA. Apa kejadah semua ini?Mereka tetap manusia. Mereka tetap juga ada pemikiran.
Semalam hasil dari sedikit perkongsian bersama seorang Murabbi. Beliau mengutarakan beberapa bentuk kesilapan yang telah berlaku dalam perjuangan anak-anak muda. Pertama, Anak muda sudah berorientasi pemikirannya yang bertunjangkan akalnya sendiri. Tanpa merujuk golongan veteran yang mempunyai pengalaman yang luas. Kenapa harus perkara ini timbul? Adakah silapnya antara golongan veteran dan golongan junior? Ada dua persepsi yang harus kita renungkan. Yang Pertama, golongan tua ini memang agak pelahan dalam sudut gerak kerjanya, tapi Pengalaman mereka cukup berharga. Kenapa agak pelahan? Tidakkah kita perhatikan bahawa ALLAH telah menarik sedikit sebanyak nikmat-nikmat yang ada ketika muda. Lantas pergerakan mereka terbantas. TAPI! Mereka tetap PEJUANG-PEJUANG agama ALLAH! Yang cukup-cukup berpengalaman. Kenapa harus disingkirkan Pemikiran mereka???? Sedang Pemikiran kita yang setahun jagung belum tentu sahaja mampu menggalas apa yang hendak diperjuangkan? Lihat sahaja sejarah! Adakah sejarah itu dirungkai untuk disimpan dan dibukukan sahaja???? Ia sebenarnya untuk diperhati dan difahami moga-moga mampu membantu dalam pelbagai sudut Perspektif. Jangan kita berjuang membelakangi Orang-orang tua. Sedangkan mereka terdahulu memperjuangkan ISLAM dari kita. Perspektif kedua yang harus direnungi adalah sudut KESEMANGATAN anak-anak Muda. Ya! Darah muda bergeledakan mencurah curah seisian tubuh. Bahkan seumpama nak meledakkan seluruh bandar. Itulah semangat anak-anak muda yang belum sahaja diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang tajam dan keras tujahannya. Kadang-kadang tersemat dalam hati "AKU NAK BUAT INI! AKU NAK BUAT ITU!" dan sebagainya. Tetapi, bila dah diuji dengan pelbagai ancaman dan ujian nafsu, terkakis sedikit demi sedikit Semangat yang bergetaran tadi. Kenapa ini terjadi?
ISLAM adalah agama yang menggalakkan bersederhana. Bersederhanalah kita. Tapi bukannya bersederhana ini bermaksud, menjadi orang yang lemah bersuara! Lemah dalam gerak kerja. Bersederhana ini bermaksud, fahamilah situasi orang lain disekeliling kita. Fahamilah jiwa mereka. Carilah titik persamaan antara kita. Cuba selami masalah mereka. Jangan pulak kita terhendap-hendap mengarah mereka mengikut kita. "SIAPA KITA KEPADA MEREKA?"..KENALKAH KITA KEPADA MEREKA? Sebab itulah ditekankan dalam Kitab-kitab Fiqhul Dakwah, yang pertamanya ialah At Ta'aruf (Fahami Madh'u, kenali Madh'u). Kembali sahaja pada sirah Nabi Muhammad S.A.W, peristiwa Hajar Aswad. Bagaimana Rasulallah S.A.W menyelesaikan masalah pertelingkahan antara Ketua ketua Puak di Mekah mengenai Isu Hajar Aswad. Apa yang Rasul buat sebelum memberi cadangan mengenai cara meletakkan Hajar Aswad itu ke Ka'abah? Yang Pertama yang dilakukan baginda adalah, mengenal apa kemahuan dan apa yang dikehendaki Setiap Kaum itu. Dan Rasulallah SAW sangat mengenali dan memahami sifat-sifat ketua kaum di MEKAH itu dengan sifat KeEgoan mereka. Dan langkah yang diambil Rasulallah SAW untuk menyelesaikan masalah itu adalah cukup menyenangkan mereka. Hingga Puak-puak di Mekah sangat menyanjung baginda sebagai Al AMIN. Tidakkah kita renungi dan fahami apa sebenarnya intipati peristiwa ini? Bahawasanya setiap perkara yang terjadi ada hikmah dan pengajaran yang perlu diteliti. Adakah kita sudah lupa elemen ini???? Elemen ini wajar direnung kembali, hingga tidak timbulnya perkataan PEMUDA HAMASAH! Pemuda yang bersemangat! Tapi tidak mempunyai strategi yang teliti. Ini boleh dirujuk kepada kitab "BINGKISAN UNTUK ANAK MUDA" ustaz Mustafa Masyur.Bagaimana mahu mengatasi masalah ini? Kesefahaman antara kedua-dua golongan muda dan golongan tua? Penyelesaiannya adalah muzakarah dan musyawarah. Perkara ini telahpun dibentangkan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang pada ketika yang lalu. Betapa pentingnya elemen ini. Bicara ini boleh ana kaitkan dengan "POWER GENERATION AND TRANSMISSION" dalam kejuruteraan Elektrik. Boleh jadi Kuasa elektrik yang dijana oleh Penjana tidak akan boleh dihantar(transmission) oleh Talian penghantar jika frekuensinya tidak sama(not syncrhonous). Seperti itu juga dengan Kedudukan golongan tua dan golongan muda tadi. Jika tidak ada perbincangan yang menandakan persetujuan dua pihak. Boleh jadi, tidak ada yang boleh menghubungkan kedua-duanya. Masing-masing bertelagah dengan apa yang dimahunya. Atas kerana itu, mesej dakwah tak pernah sampai kepada madh'u-madh'u. Kerana apa? Tidak ada perbincangan dan kesefahaman yang dibina antara kedua-dua pihak. Lalu apa terjadi?"Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu dan apabila mereka telah berazam maka bertawakallah pada ALLAH" (Surah Ali' Imran ayat 159 -Sila Rujuk Tafsir Ibnu Kathir dan "Kitab Memahami Prinsip-prinsip Amal Islami" tulisan Al Ustaz Sa'id Hawwa.Secara kesimpulannya di sini,Kedua pihak ada hak menyatakan kemahuan dan pendirian sendiri. Malah perkara ini telah ditafsirkan Al Ustaz Said Hawwa dalam kitab karangannya iaitu Memahami prinsip-prinsip Amal Islami. Prinsip-prinsip Syura. Dan keterbukaan Rasulallah SAW kepada puak Ansar mengenai Perang Badar. Dan dibukakan ruang bicara untuk mereka memberi pandangan. Malah dalam peristiwa perang Khandak sendiri. Diraikan sahabat yang baru memeluk ISLAM yaitu Salman Al Farsi r.a (Ahlul Bait) mengenai ideanya menggali parit sebagai benteng pertahanan. Kerana apa Rasulallah S.A.W berbuat demikian? Kerana minda kita itu berbeda dan cara pemikiran kita berbeda. Namun itulah kerahmatan untuk kita sepakati bersama untuk titik yang sama. Yakni MENGANGKAT Ke'IZZAHAN ISLAM!Antara kita dan orang lain..pasti ada berbedanya. Namun tetap ada kesamaannya. Tetap jelas kesamaanya itu dan tetap ada jua titik persamaannya. Maka carilah titik persamaan
" Berpegang teguhlah kalian pada tali ALLAH, janganlah kalian berpecah belah. Janganlah kalian ikut jejak langkah syaitan!". ( Surah Ali Imran Ayat 103)
Janji kita yang sama kepada ALLAH, tidak pernah berlainan dengan orang lain. Biarpun ia orang eropah, ia orang afrika, orang Asia mahupun segala-segalanya. Ia tetap bersaksi dan berjanji dengan ALLAH di luh Mahfuz dengan janji yang sama. Tiada yang lebih istimewa. Tiada yang lebih cantik ayatnya. PADAHAL! TETAP SAMA!
(Surah Al Hujurat , ayat 107)
"Maka ALLAH berfirman kepada Ruh! Maka jawab Ruh," Ya ALLAH!, ENGKAUlah tuhanku, dan aku bersaksi kepadaMU!"
Wallahualam...
Dunia ini MILIK ALLAH
No comments:
Post a Comment