Monday, April 7, 2008

ABIM dan JIM temui pemimpin PAS


Abim dan Jim temui pemimpin PAS
KUALA LUMPUR, 4 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan PAS dalam menjalankan kegiatan belia untuk kepentingan Islam di negara ini.
Perkara ini dinyatakan rombongan Abim yang diketuai Presidennya, Yusri Muhamad dalam kunjungan hormat mereka menemui pemimpin PAS Isnin lepas.
Rombongan Abim telah menemui pimpinan PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi Isnin lepas.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyambut dan mengadakan perbincangan dengan pertubuhan belia Islam yang berpengaruh itu.
Pada sebelah petangnya, rombongan Jamaah Islah Malaysia (Jim) pula telah menemui pemimpin PAS di tempat yang sama.
Robongan Jim diketuai sendiri oleh presidennya, Zaid Kamarudin.(Gambar: Abdul Hadi berbincang dengan Zaid sebelum mesyuarat bersama bermula.)
Posted by Siasah ,Thursday, April 3, 2008
Hikmah di sebalik taawdhud jemaah di Malaysia sebenarnya banyak, tapi pada hakikatnya, seharusnya taawdhud jemaah ini dijadikan advantages kepada dakwah Islamiyyah di Malaysia. Tapi sewajarnya jemaah yang lain hendaklah wala' pada jemaah yang paling matang serta mempunyai 5 syarat wajib yang telah digariskan Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya Ciri-ciri Harakah Islamiyyah

No comments:

Post a Comment