Tuesday, April 8, 2008

Hidup sukar diramal..

Hidup..memang sukar diramal..kadang-kadang perit sahaja yang datang,tidak semestinya indah,tidak semewangi kasturi..kadang-kadang membusuk ke hati..

Banyak yang cuba menjadi peramal kehidupan, menganalisa kehidupan dengan cara masing-masing. Malah lebih teruk, ada yang berjumpa dengan Bomoh, Peramal Masa Depan. Siapa tidak kenal siapa itu Nostradamus, peramal Masa depan...pakar strategi perang kepada Italy, yang melakarkan sebuah buku yang tidak asing di kalangan ahli falsafah barat, The Prophecies, adalah mengenai masa depan Dunia. Tapi sejauh manakah kebenaran ini? Sejauh mana betul ramalannya?



Hakikatnya, dunia ini sukar diramal. Kerana DUNIA ADALAH MILIK ALLAH. Bahasawanya, terbaik untuk melihat dunia ini adalah dari kaca mata Penciptanya sendiri. Al Baqarah ayat 1 dan 2 yang bermaksud " ALif Lam Min(hanya ALLAH sahaja yang mengetahui maksudnya), Diturunkan Al Kitab (Al Quran) sebagai panduan hidup seorang Mukmin".

Ramalan yang telah dibuat oleh Nostradamus tidak semena-menanya tepat, baru-baru ini, ahli falsafah barat mengemukakan ramalan Nostradamus mengenai Kiamat dunia. Nostradamus meramalkan dunia kiamat pada tahun 2005. Pada hakikatnya, pengiraan beliau adalah salah. Keterangan dalam AL Quran menyatakan, kiamat ini berlaku, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Ini relevan sekali, kerana ALLAH itu Pencipta Bumi, dan semuanya atas kehendakNya bila kiamat berlaku. Semua ini telah dinyatakan dalam Al Quran.



Hidup ini memang sukar diramal. Kadang-kadang peramal kaji cuaca, cukup-cukup bengang dengan hakikat ini. Kembali kepada peristiwa Acheh, betapa sukarnya meramal sesuatu di luar dugaan kita. Inilah hidup, tanpa dugaan, hidup ini tidak "HIDUP".
Peristiwa Tsunami Politik di Malaysia juga, suatu diluar jangkaan. Hakikatnya, manusia merancang. ALLAH YANG MENENTUKAN! Kerana pastinya, ALLAH memberi yang terbaik lagi "suitable" kepada hambaNYA. Pastinya, apa yang datang kepada kita dalam apa jua bentuk adalah dugaan dan ujian kepada kita. Hendaklah kita hadapinya dengan penuh sabar dan ketaatan. Barulah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baik kehidupan.

Jika hidup senang diramal, tentu sahaja,tidak berlaku kemalangan. tidak berlaku rompakan, rogol, kecurian dan macam-macam. Di sangkakan cerah di petang, rupa-rupanya hujan di Pagi lagi.Hakikatnya, hidup sememangnya sukar diramal.

Kehidupan yang sukar diramal, sewajarnya dialurkan pada satu panduan yang sudahpun dinilai terbaik ramalannya. Malah tepat lagi bersepadu, yaitu Al Quran dan As Sunnah. Semestinya, bila mana kita merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah,hidup ini pasti warna warni indah, tenang dan aman, serta Berkat mendapat keredhaan NYA.Al Quran meramalkan, Kejatuhan empayar byzantine. Benar sekali dan tepat. AL Hadith meramalkan, di hujung zaman, Besi-besi berterbangan di Langit. Benar sekali dan tepat. Kapal terbang yang berterbangan. Dan banyak lagi ramalan-ramalan yang tidak diketahui di dalam AL Quran dan Al Hadith itu. Yang perlu dikaji dan diteliti.

"Marilah kembali pada asalan hidup, Kembali mengabdi diri kepada ALLAH, surah al A'raaf ayat 172 :" Firman ALLAH kepada roh, Wahai roh, siapakah tuhanmu? Jawab roh :" Ya ALLAH, Engkaulah TuhanKu dan aku bersaksi kepadaMu". Janji seorang hambarNya kepada Tuhannya....

"wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu"





Monday, April 7, 2008

ABIM dan JIM temui pemimpin PAS


Abim dan Jim temui pemimpin PAS
KUALA LUMPUR, 4 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan PAS dalam menjalankan kegiatan belia untuk kepentingan Islam di negara ini.
Perkara ini dinyatakan rombongan Abim yang diketuai Presidennya, Yusri Muhamad dalam kunjungan hormat mereka menemui pemimpin PAS Isnin lepas.
Rombongan Abim telah menemui pimpinan PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi Isnin lepas.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyambut dan mengadakan perbincangan dengan pertubuhan belia Islam yang berpengaruh itu.
Pada sebelah petangnya, rombongan Jamaah Islah Malaysia (Jim) pula telah menemui pemimpin PAS di tempat yang sama.
Robongan Jim diketuai sendiri oleh presidennya, Zaid Kamarudin.(Gambar: Abdul Hadi berbincang dengan Zaid sebelum mesyuarat bersama bermula.)
Posted by Siasah ,Thursday, April 3, 2008
Hikmah di sebalik taawdhud jemaah di Malaysia sebenarnya banyak, tapi pada hakikatnya, seharusnya taawdhud jemaah ini dijadikan advantages kepada dakwah Islamiyyah di Malaysia. Tapi sewajarnya jemaah yang lain hendaklah wala' pada jemaah yang paling matang serta mempunyai 5 syarat wajib yang telah digariskan Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya Ciri-ciri Harakah Islamiyyah

Sunday, April 6, 2008

Temu ramah khas mengenai Pergaulan Bebas di kampus Politeknik Kota Kinabalu

Video clip ini telah diusahakan oleh Lujnah ICT Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu. Ia diusahakan bersempena diskusi buku Adab pergaulan antara lelaki dan perempuan tulisan ustazah Hamidah Mat, Sarjana University Al Bayt,Jordan, sekarang menuntut di UM, Phd.