Hidup ini umpama perlumbaan, setiap kali bermula, pasti ada penamatnya..Kita tahu permulaan hidup kita adalah di LUH MAHFUZ lagi, Firman ALLAH dalam Surah Al A'raaf ayat 172 "Wahai ruh, adakah AKU tuhan pada kamu? Jawap ruh, Ya dan Kami bersaksi padaMU". Itu adalah permulaannya, dan masa speed torque limit starting adalah pada masa kita dilahirkan dan menjadi budak-budak. Masa itu adalah masa pencorakan...dicorak..di didik..di belai..dikasihi..dan itu perumpaan starting dalam perlumbaan. Jika kita perlihatkan dalam perlumbaan, jika awal-awal starting sudah teruk..pasti selepas itu, orang itu akan kalah mahu teruk..katakanlah..Awal-awal anak kecil dah diajar dengan benda yang tidak berlandaskan agama..maka jadinya pun dah besar nanti pun begitu.
Sepanjang perlumbaan itu, kadang-kadang ada yang long distance, ada yang short distance..itu adalah jangka hayat kita..yang pastinya, jika kita mengikut peraturan dan cuba yang terbaik.Maka kita berjaya. Jika kita tidak mengikut peraturan dan buat sambil lewa..kita mungkin tersingkir. Begitu juga dengan kehidupan. Jika kita tidak berlandaskan syariat ALLAH,pasti halatuju kita adalah ke Neraka Azabnya tidak terperi..Nah?pastikan dalam perlumbaan ini kita mesti lebih kental dan bersemangat. Kerana perlumbaan menguji ketahanan kita sebagai seorang Ahli SUkan..uji sudut mental dan fizikal. Begitu juga dengan Ujian Hidup...Menguji ketaqwaan dan sifat hamba kepada Yang Masa Esa.
Sebagai penamat bagi sebarang perlumbaan. Adalah kematian atau pun di hari penghisaban.
Mungkin ada yang menerima trofi Hamba Bertaqwa? mungkin ada yang menerima trofi Neraka jahaman? ATau mati dalam keadaan husnuh Khatima? mahupun mati dalam su' ul khatima?
Nah..bagaimanakah perlumbaan yang kita mahu?
Perlumbaan tetap perlumbaan, itu yang pasti hendak kita hadapi..
Jadi, untuk berjaya dalam perlumbaan ini, sama sama kita berlatih dan berusaha untuk menjadi seorang peserta perlumbaan ini dengan bersungguh-sungguh.
Kerana pastinya, orang yang bersungguh-sungguh itu berjaya mendapat tempat di hatiNYA.
Berdiri di dunia, yang tak mengerti milik siapa sebenarnya dunia ini. Padahal sebenar-benarnya, ia milik ALLAH yang Maha Esa.
Saturday, September 29, 2007
Thursday, September 20, 2007
Diskusi Buku - 20 soalan lazim tentang Islam
Road Show Diskusi buku
Tempat : Depan Unit Kaunseling , Politeknik Kota Kinabalu
Tarikh : 20/9/2007-27/9/2007
Info: -Jualan buku 20 soalan lazim tentang Islam -Dr Zakir Naik
- Jualan produk Halal
- Pameran Informasi Islam, Kesengsaraan Umat Islam di Dunia.
Diskusi Buku
Tempat : Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu Sabah
Tarikh : 27.9.2007
Info : Selepas solat Tarawih
-Penceramah:
- Ustaz Bongsu Aziz - UiTM
- Ustaz ABu Hurairah - USIA
Mari sama-sama kita memeriahkan Majlis dan Program Serta mempertingkatkan Ilmu kita dalam menuju UMMAH CEMERLANG!!!!! ALLAHUAKHBAR!
Tempat : Depan Unit Kaunseling , Politeknik Kota Kinabalu
Tarikh : 20/9/2007-27/9/2007
Info: -Jualan buku 20 soalan lazim tentang Islam -Dr Zakir Naik
- Jualan produk Halal
- Pameran Informasi Islam, Kesengsaraan Umat Islam di Dunia.
Diskusi Buku
Tempat : Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu Sabah
Tarikh : 27.9.2007
Info : Selepas solat Tarawih
-Penceramah:
- Ustaz Bongsu Aziz - UiTM
- Ustaz ABu Hurairah - USIA
Mari sama-sama kita memeriahkan Majlis dan Program Serta mempertingkatkan Ilmu kita dalam menuju UMMAH CEMERLANG!!!!! ALLAHUAKHBAR!
Wednesday, September 5, 2007
Kebenaran atau Pembawaan individu?
Kebenaran Atau Pembawaan Individu ??Akhir-akhir ini wujud kekeliruan dikalangan adik-adik yang baru berkecimpung di medan dakwah, sama ada berdakwah perlu pada nama atau tidak perlu pada nama? Mereka menganggap berdakwah menggunakan nama itu seperti satu bid’ah atau penyelewengan. Kata mereka kita sepatutnya berdakwah kepada Islam bukan kepada nama-nama pertubuhan tertentu. Nampak seperti benar ….tetapi sebenarnya satu kekeliruan.Isu ini sudah lama saya dengar dan rasa terpanggil untuk menjelaskan hakikat sebenarnya supaya adik-adik dapat pemahaman yang lebih baik dan sihat. Namun saya sentiasa dikejar masa. Jadi maafkanlah saya jika tulisan ini pun dibuat dalam keadaan nak cepat. Sebab kalau lagi saya tangguh…. kefahaman makin berkembang dan juga akan tambah mengelirukan.Sangat membimbangkan saya dalam isu ini ialah jika wujud sindrom “pembawaan individu” dalam uslub tarbiah dan pemahaman dakwah. Perkara yang sepatutnya murni dari sirah Nabi ini mungkin dicemari pembawaan individu pendakwah yang tentunya memiliki kelemahan tertentu walau hebat mana sekali pun dia pada pandangan kita. Khususnya apabila dia bergerak secara terasing dan bersendirian.Dalam isu yang kita bincangkan ini umpamanya, boleh jadi datang dari seorang yang mempunyai karakter tertentu yang tidak mampu berkerja secara berkumpulan. Untuk menjustifikasikan cara kerjanya itu dia mencipta fahaman bahawa kerja dakwah tidak perlu kepada wadah atau nama kumpulan. Katanya dakwah kepada kumpulan adalah salah kerana telah dari dari maksud asal iaitu dakwah kepada Islam. Dia tidak sedar bahawa dalam keadaan tidak bernama dia membentuk kumpulan atas namanya sendiri, dan dia juga akan mengajak orang mengikut dirinya. Bagaimana dia boleh dakwa apabila mengajak orang mengikut dirinya sebagai betul dan bila diajak kepada kumpulan mejadi salah?……Persoalannya, adakah jamaah yang terbentuk atas nama Ustaz Fulan itu lebih baik dari nama kumpulan yang diputuskan bersama secara syura jama’ei?. Adakah dakwah kumpulan Ustaz Fulan itu lebih asli dari dakwah organisasi tertentu yang berdaftar, mempunyai perlembagaan, manhaj amal yang jelas dan disepakati bersama?Adik-adik yang saya kasihi sekelian,Apa yang kita perlu bezakan ialah topik dakwah dan wasilah dakwah. Kita sepakat bahawa dakwah kita ialah Islam. Kita menyeru kepada Islam sama ada secara individu atau secara kumpulan. Tidak ada kontradiksi antara dakwah kepada Islam dengan dakwah secara berorganisasi yang bernama. Dakwah melalui organisasi yang menggariskan matlamat yang jelas, memiliki manhaj amal yang jelas, berdaftar dan mempunyai perlembagaan yang mengawal dan memandu lebih terjamin berbanding dakwah berlegar sekitar seorang individu.Kita juga harus dapat membezakan antara fahaman asal dakwah yang diishtiharkan (mu’lan) dengan tuntutan marhalah berahsia (dipermulaan) sebagai satu tempoh pengecualian. Mungkin individu pendakwah yang membawa fahaman itu (dakwah kepada Islam tidak perlu pada nama) terperangkap dengan pemikiran dakwah marhalah sirriah/permulaan. Secara lumrahnya di marhalah sirriah (rahsia/permulaan) gerakan dakwah melambatkan pengenalan nama organisasi kepada ahli-ahli baru sehingga meyakini keikhlasan dan kesungguhan penglibatannya. Ini mungkin memakan masa sehingga beberapa tahun.Dalam tempoh itu mereka diperteguhkan dengan kefahaman dan penghayatan Islam yang merupakan manhaj amal dan objek dakwah kepada kumpulan dakwah tersebut. Tidak faham hakikat marhaliah ini menyebabkan seseorang terperangkap dengan pendekatan dakwah yang salah. Ya, amat salah sekali jika dia membuat kesimpulan berdasarkan tuntutan marhalan permulaan itu, bahawa berdakwah tidak perlu pada nama dan harus kekal begitu dengan bentuk yang sama. Dan itu menjadi gaya kerjanya selamanya. Musibahhhh.Sebenarnya kedudukan marhalah dan suasana persekitaran banyak mempengaruhi cara kerja dan bentuk amal. Setelah meyakini kekuatan dan dalam realiti yang membenarkan dakwah secara terbuka dan menggunakan nama rasmi, kekal dengan fahaman marhalah awalan/sirriah suatu yang sangat ganjil.Adik-adik yang saya kasihi sekelian,Berdakwah dibawah organisasi bernama tidak bermakna kita berdakwah kepada kumpulan yang menyebabkan kita melakukan bid’ah. Anggapan seperti itu merupakan satu kesilapan yang nyata. Kita menyeru orang bergabung dengan kita untuk sama-sama memikul tanggunjawab dakwah yang sangat besar yang mustahil dipikul oleh seorang individu tanpa perencanaan dan organisasi yang mantap. Ia tidak merubah hakikat dakwah kita ialah Islam dan manhaj kita ialah Islam. Pada pandangan saya berdakwah secara beroganisasi secara rasmi memberi impak lebih besar berbanding berdakwah secara menyelinap tanpa bendera dan identiti rasmi.Banyak lagi fanomena pembawaan individu yang mempengaruhi fahaman dan uslub dakwah yang perlu disingkap kerana bahayanya yang tersendiri. Dalam ketergesaan ini tidak mungkin saya menyingkap aspek-aspek kelemahan lain. Cukuplah lontaran ringkas ini untuk menunjukkan betapa silap dan keterbekangannya fahaman yang mengatakan bahawa dakwah kepada Islam tidak perlu pada nama, atau menganggap berdakwah secara organisasi satu yang menyeleweng.Saya menasihatkan, jika fahaman itu sudah menjadi pengangan, ia perlulah diubah dengan segera sebelum menjadi masalah dan membawa kerumitan yang lebih berat. Cita kami..hidup mulia..serta Syahid mendapat Syurga..
“kakak tak sempat nak komen artikel ni.. cubalah fikirkan bagaimana.. mungkin boleh kita muzakarahkan”
“kakak tak sempat nak komen artikel ni.. cubalah fikirkan bagaimana.. mungkin boleh kita muzakarahkan”
-harap artikel ni xdisebar2kan ya.. bimbang byk lagi org y berpenyakit hati, ada y menyokong, ada y tidak, nnt jadi bergaduh pulak..
-Uhkti Emanina
Subscribe to:
Posts (Atom)