Monday, July 30, 2007

Di mana kita?


Hari ini jiwa terit kepenatan, kuliah bermula minggu ini, hati tetap sepi...

Sepikan apa?

Lantas sebenarnya hati ini telah jatuh cinta, lantaran cinta itu persisan dari Sifat Maha Penyayang ALLAH Subhanallah..

Sepi..sepi...mencari rindu yang berjauhan...menusuk kalbu hati, pasti di alpakan bisikan syaitan yang bermadah-madah syahwat nafsu..

Kepinginan pelik-pelik bersandiwara dalam diri...

ADuh...

Di mana kita ini?kata hati, dimana kita? DI dunia yang fana? Jiwa yang Lara? Kekarutan ini mengkhayalkan diri?


Nastolgia kelmarin menghantui diri...

AKu bukan lagi anak-anak kecil..

AKu sudah dewasa memikirkan perjalanan hidupku...

Justeru itu, di mana landasanku sebenar?Cair di sebalik kata-kata yang menghangatkan hati..AKu pun lena dalam dakapan syahwat Nafsu..melayari pejalanan yang sia-sia..

Lantas ku letak Nafsu sebagai tuhan?????????
Adakah aku gila????

Tidakkah ku lupa bahawa yang menjadikan aku adalah diriMU? tidakkah aku lupa bahawa sebenarnya aku ini adalah hambaMU?

O..ALLAH!bantulah hambaMU ini, yang lupa dan leka..

Tidakkanku lupa detik-detik saat2 janji setiaku padaMU..

Surah Al A'raaf ,ayat 172 merangkam seribu pasti

Firman ALLAH kepada roh " Oh ROh, siapakah tuhanmu? Jawap ROh" ENgkaulah tuhanku, dan aku bersaksi padaMU"

Saat itulah saat yang paling indah, hati masih suci, dan melihat keindahan dan kebesaran ALLAH yang tiada tandingannya.

Adakah kau lupa???

Di mana kita?


DI mana kita-????

di rumah ALLAH?

di Syurga ALLAH?
di mana kedudukan kita?

neraka???
Munafiq????
kita siapa????


Puisi

Sunday, July 8, 2007

Apalah erti hidup tanpa solat?






"Allahuakhbar"









Suara azan berkumandang memecah keheningan petang itu,di kala mentari terik menyusur tenggelam,bakal diganti dek Bulan mengambang...Sayu sepi...merdu..mengasyikkan..suara itu,milik seorang Muallaf yang baru mengenal apa erti hidup sebenar...sedang yang bernama Muslim sejak azalinya,leka dek kehidupan...lantas dibuai dengan noda noda nafsu.."bola sepak" di tengah padang.....masyaALLAH..terus leka khayal dengan perkara yang lara..sedang dalam Usul Fiq nya, harus untuk kita bersukan,tapi jadi haram jika sampai tinggalkan solat..Saidina Umar Abdul Aziz pernah mengungkapkan kata2 yang bermakna yang berbunyi :" Jangalah kalian dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi di saat tibanya sembahyang.Bersegeralah kepadaNya kerana sesiapa yang melengah-lengahkan sembahyang kerana tugas duniaw,nescaya syariat Islam yang lain akan lebih mudah dicuaikan."Apa erti sebenar kehidupan kita solat?lantaran solat itupun kita tidak peduli...sedang kita tahu kekuasaan ALLAH .Kita mengaku kita Islam.Sedangkan dalam Rukun Islam selepas Syahadah itu adalah melaksanakan Solat 5 waktu sehari semalam.Lantaran,jika tidak kita lepas pun 5 rukun,layakkah kita bergelar Islam?APa sebenarnya yang bermain di hati kita?Kita yakin kita adalah hamba ALLAH dan kita pasti akan kembali kepada Nya.kita tahu ancaman ALLAH itu pasti bagi yang ingkar kepadaNya.



Firman ALLAH dlm Surah Yassin (yang bermaksud): 63. "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).dan kita juga yakin ALLAH itu wujud,lihatlah diri kita sendiri,tanpa KekuasaanNya,pasti kita tidak ada,lihatlah kita dengan mata pemberianNYa,kaki kurniaanNYa,semua nya tanpa bayaran tanpa sewa,tanpa minta apa



2.Cukuplah ALLAH minta hanya Taat dengan perintah dan suruhannya yakni mengerjakan yang diperintah dan mengelak serta mencegah dari melakukan kemungkaranNYa.



Firman ALAH dalam surah Yassin (yang bermaksud) :83. oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.solat adalah tiang agama,barang siapa yang tidak mengerjakan solat,maka ia orang yang meruntuhkan tiang agama,ia sangat dilaknat!dan dikeji!Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: ”Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?”






Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Riwayat at-Tirmidzi)ayuh,kita nilaikan diri kita,solat kita,hidup kita?apa erti sebenar hidup kita tanpa solat?Erti sebenar hidup hanyalah beribadah kepada ALLAH firman ALLAH :"Sesungguhnya solatku,hidupku,matiku semuanya kerana ALLAH"

Ancaman kepada Remaja Islam





CABARAN REMAJA ISLAM











perancangan komunis

Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
Menyebarkan fahaman teori Darwinisme – manusia berasal dari beruk
Menyebarkan fahaman teori Frued – tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
Agama candu masyarakat
China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan
Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh






Perancangan salibiah
(gerakan hancurkan islam)

Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
Gladstone, “Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya.”
Pemerintah Perancis di Algeria, “Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya.”
Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), “Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka.”
Lowrence Brown (paderi), “Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah.”
Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), “Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang.”



Perancangan yahudi





Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion – mungkin secara bulanan )
Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan sebagainya
Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
Suburkan pergaulan bebas – awalnya ‘Rakan Study’, akhirnya …
Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan ‘BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN’ (Skin-Head dan sebagainya)
Serang budaya Islam dengan budaya Barat

AYUH!! SEDAR DIRI!!!...




Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah enta? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:

“Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka.”

Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.


Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri. Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca. Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:

Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)
Bina kekuatan fikir dengan membaca
Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)
Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
Kembali cintakan ibadah
Dampingi golongan alim
Sentiasa mendirikan solat jama`ah
Jernihkan aqidah dari perkara khurafat

Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.

HONESTLY FROM:
MUHAMMAD FAKHRUDDIN AR-RAZI BNU MISNI
SPECIAL DEDICATE TO ALL YOUTH OF ISLAM

Tuesday, July 3, 2007

Perjalanan



Pusing...


Haru Biru...


Badai bergelodak..


apakah itu sanubariku berbicara?




Telus d hati yang alpa...


Aku perlukan ketenangan..


Senak perutku menahan buak kejahatan dalam diri..


Sayu...


Penuh dengan jeritan syaitan mahu bebas..


Adakah ini lumrah?




Tekun..


Teliti panduan hidup..


mencari ketenangan ...ombak melingkari persembahanku..


Penuh sudah coretan di dada..


Bila lagi kian insaf?




Ku telusuri jalan yang lurus,


yang ku tempuh selama ini berlorong dua..


Ku harapkan tercapai matlamatku..


Lorong yang cerah..


sebelum ini..


Hanyalah perjalanan yang gelap gelita..


penuh onak dan duri..


Menyakitkan..


Melukakan..


Inikah yang aku mahu?




Ku melangkah dengan tawakal..


ku serahkan pada Ma'rifahNya..


Moga dpt ku temui..erti kehidupan..


erti sebuah perjalanan..


yang pastinya..punya tujuan..


Matlamat..




Selama ini hanyalah pudar..


Yang ku inginkan..


Perjalanan yang jelas..


Ke arah mardhotillah..MU..


Monday, July 2, 2007

Khutbah JumaatPengusahaan Teknologi


Sidang Jumaat yang berbahagia,Pada kesempatan yang penuh dengan keberkatan ini, marilah kita sama-sama bersyukur dan bertakwa kepada allah s.w.t, mudah-mudahan dengan segala kurniaan nikmat dari allah akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepadanya, serta menjadikan kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Hadirin sidang jumaat yang dirahmati Allah, Al-quran diturunkan sebagai petunjuk dan hadiah kepada manusia serta membawa rahmat bagi seluruh alam. Allah s.w.t menjadikan langit,bumi dan diantara keduanya untuk kemudahan manusia menjalani kehidupan disamping untuk beribadat kepadanya. Firman allah dalam surah Ibrahim ayat 32: Maksudnya :" Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu, dan ia memberi kemudahan bagi kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar dilautan dengan perintahnya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)".Dalam masa yang sama juga, allah s.w.t menyeru agar manusia mengkaji, meneroka dan menyelidik rahsia alam ciptaannya secara sistematik.Sebagaimana firmannya dalam surah Al-Ghaasyiyah ayat 17-20:Maksudnya : "Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan?. Dan keadaan langit, bagaimana ia ditinggikan binaannya?. Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?. Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?."Berdasarkan ayat tersebut sememangnya menjadi tugas dan tanggungjawab manusia mengkaji rahsia alam ciptaan Allah selaras dengan matlamatnya menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Allah s.w.t juga telah memuliakan golongan mukmin yang suka mengkaji ciptaannya dengan menggelarkan mereka sebagai Ulul Albab.Hadirin sidang Jumaat yang dimuliakan,Jika kita meneliti kandungan al-quran, kita dapati bilangan ayat-ayat yang membicarakan tentang sains dan teknologi melebihi 750 ayat, manakala ayat-ayat yang berkaitan hukum-hakam tidak melebihi 150 ayat. Tetapi alangkah ruginya umat islam diakhir zaman ini kerana mereka tidak lagi mengambil berat tentang kepentingan menguasai sains dan teknologi. Dimana silapnya?.Sedangkan para ulamak islam terawal mereka merupakan tokoh-tokoh terbilang dalam menguasai ilmu sains dan teknologi. Contohnya nama-nama seperti al-asma'i,al-jahid dan al-jawakili merupakan pakar dalam bidang zoologi dan biologi. Manakala dalam bidang botani pula dipelopori oleh al-nabati, seterusnya dalam bidang mineralogi tokohnya ialah muhamad zakaria al-rozi, bidang kimia pula tokohnya kholid ibnu yazid dan jabar ibnu khayan serta dalam bidang kejuruteraan dan teknologi tokohnya seperti ibnu musa, ibnu ar-rozaz al-jazari,taqiyuddin dan lain-lain.Tetapi malangnya, apa yang berlaku kepada umat islam masa kini mereka ketinggalan jauh dalam semua bidang keilmuan, tidak berkemampuan dalam penguasaan kepakaran teknologi, sebaliknya umat islam dijajah,ditindas,dihina malah dilabel sebagai pengganas dan pelbagai tohmahan negetif.Justeru, selaku sebuah negara merdeka marilah kita mendidik serta melatih generasi muda agar menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuklah kepakaran dalam bidang sains dan teknologi kerana kita tidak mahu semata-mata bergantung kepada kuasa asing yang sudah tentu mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri seperti menjajah pemikiran umat islam dan lain-lain. Hal ini sesuai dengan kata-kata pujangga muslim:Maksudnya: "Kebijaksanaan (Hikmah) itu, adalah barang kehilangan kaum muslim. Justeru dimana sahaja kamu berusahalah mengambilnya kembali".Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia,Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita melihat al-quran dari sudut ilmu sains iaitu satu bidang ilmu yang sangat penting untuk kejayaan manusia didunia dan diakhirat. Perlu diingatkan disini negara-negara maju seperti Jerman,Perancis,Amerika,Jepun,Rusia dan sebagainya, mempunyai saintis yang ramai.Mereka ini berperanan membuat pelbagai kajian dan penyelidikan-penyelidikan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat umum.Justeru, sekiranya kita mahu masyarakat khususnya umat islam menjadi maju, maka kita perlulah melipat gandakan usaha untuk menambahkan lagi bilangan para saintis dinegara ini. Oleh itu, mimbar jumaat menyeru kaum muslimin khususnya ibu bapa mengambil berat dengan memberi kefahaman dan memupuk minat anak-anak mempelajari ilmu sains dan teknologi kerana mereka adalah aset negara dimasa hadapan. Ini adalah selaras dengan gesaan allah s.w.t, dalam surah al-ankabut ayat 20:Maksudnya : "Katakanlah : Mengembaralah kamu dimuka bumi, serta lihatlah bagaimana allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya, kemudian allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam kejadian yang baru. Sesungguhnya allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu".Sidang Jumaat yang berbahagia,Pada masa ini kerajaan amat menekankan soal pembangunan modal insan supaya rakyat negara kita memiliki minda kelas pertama berdaya saing diperingkat global. Ini bertepatan dengan prinsip ke-4 islam Hadhori iaitu penguasaan ilmu pengetahuan. Merialisasikan hasrat kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan prasarana pendidikan berupa universiti-universiti dan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta mengadakan kempen-kempen kearah memupuk minat generasi muda mencintai sains dan teknologi.Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan kemudahan dan peluang keemasan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi amat diperlukan untuk maju dalam kehidupan pada masa kini dan akan datang. Bangsa melayu khususnya umat islam perlu mengubah cara berfikir terhadap konsep ilmu sains dan teknologi kerana ia adalah salah satu cabang ilmu dalam islam. Menguasainya merupakan satu kefardhuan kerana ia dilihat berfungsi sebagai alat yang mampu berperanan memelihara Maqhoshid syariat.Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,Menyedari kepentingan penguasaan sains dan teknologi dalam kehidupan masa kini, maka dapatlah kita rumuskan khutbah pada hari ini seperti berikut :1. Penguasaan terhadap ilmu sains dan teknologi adalah suatu kefardhuan bagi umat islam supaya umat islam menjadi umat contoh dan teladan serta pemimpin kepada umat lain didunia.2. Kita hendaklah menguasai ilmu sains dan teknologi kerana asalnya ia adalah harta intelek umat islam yang perlu dimiliki dan diambil kembali.3.Penguasaan terhadap ilmu sains dan teknologi akan menjadikan kita bangsa yang bermaruah,dihormati,mampu berdikari dan berdaya saing dalam semua bidang.5. Sains dan teknologi berperanan sebagai pemudah cara kepada sebarang aktiviti dan kegiatan hidup serta penyelesai kepada sebarang permasalahan dari semasa ke-semasa.Maksudnya: "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan kawasan rahmat allah) bagi orang-orang yang berakal". (Surah Ali-Imran ayat 190)