Sunday, May 20, 2007

Telus Ku Berbicara

Telus Ku Berbicara
when my heart whispers…

Telus Ku Berbicara
Ana tidak mengimpikan kata-kata yang manis. Apatah lagi sebuah pertemuan. Seharusnya kita hanya menumpukan pada Yang Satu. Kerana padaNya kasih itu akan meluhur dan membajai. Nur CINTA ILAHI.
Seperti puteri-puteri muslimah yang lain, ana telah dididik oleh mama untuk menjaga diri walau di mana saja berada. Mama berpesan, nilai seorang muslimah bukan pada glamournya dia. Kerana glamour hanyalah akan mengundang bencana. Nilai sebenar muslimah adalah apabila ia mampu membentengi dirinya dengan akhlak mahmudah, bertaqwa, dan menjadikan malu sebagai kekuatan.
Keberanian dan kepeloporan adalah pelengkap akhlak dan sifat utama seorang pemuda, sedangkan adab dan sifat malu adalah kecantikan seorang pemudi yang paling utama. (Mustafa Luthfi al-Mantfaluthi)
Ayah pula seorang yang tegas dalam pergaulan, tidak membenarkan lelaki, apatah lagi ajnabi untuk berkenalan rapat dengan puterinya sebelum dia mengenali peribadi ajnabi itu. Alhamdulillah, ana terdidik dalam keadaaan yang terkawal, dalam suasana keluarga mahupun muamalah sekeliling. Pernah sekali ana memang teringin sangat keluar dari sekolah menengah ana yang semuanya adalah puteri, ana mahu ke mrsm bitara pengkalan chepa. Namun bicara ayah membuatkan ana menemui satu jawapan yang pasti dan benar-benar terpahat di qalbu ini. Alhamdulillah. Kakak tinggal di sekolah ni, kakak telah terlepas dari satu dosa iaitu tiadanya pelajar lelaki di sini.
Pemukiman sementara itu langsung menceritakan lanjut kepada ana cara-cara muslimah mengawal diri di khalayak ramai. Sekolah kami juga mempunyai golongan adam iaitu guru-guru lelaki malahan kebanyakan guru yang mengajar ana semasa di upper form kebanyakannya lelaki. Namun, alhamdulillah jawatan ana di sekolah memudahkan urusan ana untuk berurusan lebih rapat dengan ustazah dan guru perempuan. Ustazah banyak menolong ana untuk mengetahui dan mengenali cara-cara muslimah bertingkah di hadapan khalayak umum, menjadi antara dasar utama dalam didikan tarbiyah itu. Seorang ustaz di sekolah ana juga banyak menceritakan pengalamannya di sekolah lama yang membuatkan ana begitu mengagumi sekolah agama. Jauh di sudut hati, ana mengimpikan akhlak seorang muslimah sejati.
Ana belajar untuk menjalinkan ukhwah yang tunjangnya didasari kerana cinta Ilahi. Alhamdulillah kakak senior banyak memberikan kami pendedahan mengenai akhlak muslimah yang sebenar. Walaupun sekolah kami tidak sehebat Kolej Tunku Kursiah, gah SBP terulung, namun ana tetap bersyukur dengan peluang yang ada. Kata ayah, belajar di mana-mana pun sama, kalau Allah dah tetapkan rezeki untuk kita, itulah yang kita akan dapat namun berusaha dengan gigih tetap menjadi rukunnya.
Ketika SPM, kami berganding bahu tolong-menolong sesama sahabat seperjuangan agar kejayaan tidak menjadi milik peribadi. Persoalan lain tidak mengenai akademik tolak tepi dan kami tidak pedulikan agar konsentrasi tidak terganggu. Amanah untuk berjaya lebih diprioritikan.
Namun, seusai ana menjejak kaki ke negeri kebanggaan Malaysia, akhlak yang selama ini dijunjung rapi, mula dihujani persoalan demi persoalan. Kera sumbang! tak pandai bersosial, ketinggalan zaman, anak pak imam, Macam bagus! Kau ambil medicine lah, takkan selama-lamanya kau tak nak cakap dengan lelaki! menghiasi bibir-bibir mereka yang tidak senang dengan akhlak ini. Ana tinggal bersama dengan mereka yang asing dari suasana membina iman, mengatur kehidupan dalam paksi tarbiyah barat, berzikir membasahi lisan dengan lagu English, memenatkan diri untuk bersedih mencari boyfriend hensem,kacak,macho dan lain-lain, hampir memejamkan mata hati apabila lagu-lagu nasyid ke udara. Sengaja tidur ketika ceramah agama berlangsung setiap malam jumaat, membawa nota ketika menghadiri ceramah agama seakan ketika itulah masanya untuk menelaah pelajaran.
"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. hanya kepadanya aku bertawakal" ( At Taubah:129)
Ana diilhamkan untuk memilih watak diam dalam suasana islah itu. Diam, kerana ia adalah perak (Lukmanul Hakim). Diam kerana ia dapat menyelamatkan diri daripada masalah. Diam yang bersangatan. Sehinggakan muslimin mengeluarkan dalil yang seakan menegur perbuatan ana. Kerana itu, ana cuba menjadikan diam itu diam yang bertempat. Dalam ketika yang sama, ana bersikap aktif mengeluarkan pendapat dalam perbincangan dengan kawan-kawan. Ana berbual mesra dengan pesakit-pesakit ketika mengadakan aktiviti khidmat masyarakat dan ana bergurau senda dengan kanak-kanak. Mereka semua kepelikan. Kerana ana yang selama ini membisu rupa-rupanya mampu bersuara dan bertindak.
Ana menjadi keliru. Terkeliru antara akhlak yang sepatutnya dan desakan jurusan yang diambil. Sangat keliru untuk menyeimbangkan antara tidak terlalu berkomunikasi dengan ajnabi dengan bersikap pro-aktif mengambil peluang. Islam menentang kejumudan. Ya. Sedikit demi sedikit, ana termakan desakan yang menyeru kepada muamalah cross gender. Bercakap dengan ajnabi menjadi mudah walau sebelum ini payah. Batin ana menjerit. Ini bukan dirimu yang sebenar! kembalilah kepada fitrahmu! Muslimahku.. puteri solehah didikan ayah dan mama!
Dalam keadaan kalut mencari cara muamalah yang sewajarnya, timbul suara sumbang mengatakan ana hanya bertopengkan busana muslimah. Akhlak double standard. Mengapa tingkahlaku berlainan apabila berhadapan dengan ajnabi kafir dengan ajnabi muslim?
Ana kecewa. Memang betul hadith Nabi yang mulia. Apabila seorang perempuan keluar dari rumahnya, maka akan mendongaklah syaitan untuk memfitnahnya. Begitu berat menjadi muslimah. Bagaimana harus ana bereaksi untuk semua ini? Takkan harus ku tinggalkan kefardhuan jurusan ini kerana kekeliruan bermuamalah? Pasti ada jalannya yang sebenar. Berikan ana jalan, Ya ALLAH..
Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu adalah apa yang bergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya. (Riwayat Muslim)
Ana uzlah seketika. Oh Tuhan, ana tak berniat untuk tidak bergaul dengan manusia. Cuma keperitan jiwa bersama mereka memaksa ana untuk bersendirian. Menyulam rasa kepadaMU. Membersihkan diri dari karat-karat dosa yang sempat menyinggah kerana mengalah dengan desakan persahabatan bersama mereka. Ampunkan daku Ya ALLAH.
Ana buntu mencari kekuatan. Mengharapkan sahabat yang membantu mendekatkan diri kepadaNya. Bukan yang menyesarkan dan melalaikan diri ini dari mengingatiNya. Alangkah sakitnya kalau setiap masa terpaksa memendam perasaan. Berbicara tapi hilang seperti angin, mencurahkan rasa tetapi seperti dituang ke dedaunan. Mujur hijab panjang yang melindungi dapat ana pertahankan dari dulu sehingga sekarang. Sekurang-kurang hijab itu menjadi perisai untuk ana bentengi akhlak muslimah solehah yang sentiasa menjadi impian.
Dalam keadaan hiruk pikuk iman di kolej persediaan itu, ALLAH menyahut doa untuk dipertemukan mereka yang ingin kepada islam. Seorang demi seorang bertukar menjadi sahabiyah solehah wa muslehah. Akhlak islam kembali kita sanjung. Bersama. Seiringan. Alangkah indahnya hadirmu teman-teman. Kita bersama dalam apa jua keadaan. Mujurlah ada sahabat seperjuangan dibentuk dengan ikatan ukhwah fi Al Islam. Ukhwah fillah is the sweetest sering kita ungkapkan. Manisnya!
"Kamu akan melihat orang-orang yang beriman saling berkasih sayang, saling mencintai, saling mengasihi iaitu bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota sahaja sakit, maka tertariklah bahagian anggota yang lain ikut sakit dengan tidak dapat tidur dan badan panas" (HR. Bukhari Muslim).
Kehadiran kakak senior dari overseas ke kolej membina semangat baru dalam diri. Alhamdulillah, Syukur ke hadratMU atas pertemuan indah ini. Ana ingin pertahankan apa yang telah ana pegang selama ini. Kakak-kakak meniupkan semangat, berkongsi suka-duka perjuangan menegakkan perjuangan membela agama ALLAH ini. Hati terusik. Ana dan sahabat seperjuangan tabah hati. Ya ALLAH, tunjukkan kami jalan kebenaran. Tetapkanlah hati kami pada jalanMU yang sebenar. Kurniakan kami kemesraan dalam meniti segala cabaran yang bakal mendatang. Penuhkan piala hati kami dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap. Hidup suburkan hati kami dengan pengetahuan makrifat yang sebenar tentangMU Ya ALLAH. Ameen.
Ana kekal membawa perwatakan sekolah lama. Jiwa dapat mengecap kembali nikmat izzah islam. Fikiran difokuskan agar selari dengan dakwah. Agar tidak lagi terkeliru dengan orang-orang yang ‘keliru’. ALLAH menguji lagi. Ana dihujani surat dan emel dan segala macam teknologi yang ada dari ajnabi dan kawan-kawan. ‘Sekolah lama’ dan ‘pernah mengenali’ serta ‘nak mengenali’ menjadi dalil untuk mereka berkenalan lanjut dan mahu mengenali. Subhanallah. Istigfar. Ana membina kekuatan, mencari ketenangan dalam kekalutan qalbu. Ana mengawasi diri dengan mencipta satu watak di dalam diri. Itulah watak him yang bergelar suami.
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, iaitu ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." (Qaaf 50: 16-18)
Watak him yang sebenarnya telah diciptakan jauh lebih awal dari penciptaan jasad kita di bumi ini. Jodoh seiringan dengan maut telah dituliskan di Luh Mahfuz sebelum kita dilahirkan ke dunia. Sesungguhnya ana tidak nanar memikirkan adakah ana akan punyai him pada usia ini. Pertemuan dengan him pastinya tidak perlu disulami apa-apa kemanisan kerana him telah tersurat untukku. Him tidak pernah ku kenal di bumi nyata, masakan ana bisa mengenalimu? Ana tidak mahu tersilap memilih dirimu.
Setiap kali berhadapan dengan situasi syubhah pada perkiraan ana, ana akan mengingati akan kewujudan him. Ana tidak mahu bait muslim yang akan dibina bersama him membawa bersamanya kelodak jahiliyah. Hanya kerana ana khuatirkan tidak menjumpai him. Atau kerana ana keliru mengenali siapakah him.
Justeru, ana bercita-cita memberikan yang terbaik kepada him. Ana melarikan diri untuk mengenali mereka yang ana rasa bukan him. Ana palingkan wajah daripada mereka. Ana cuba mengeraskan suara bermuamalah dengan mereka dan mengucapkan kata-kata yang baik agar tidak timbul fitnah. Ana cuba mengawal diri apabila berhadapan dengan mereka. Lembut dalam tegas. Ada batas yang perlu dijaga. Bertindak mengikut keadaan. Ana pantulkan riak expressionless dengan kehadiran mereka. Mereka semakin mengerti. Kehadiran sahabat seperjuangan, melangkah bersama-sama meniti arus yang mencabar. Nasyid Jalan Dakwah meniupkan kekuatan. Seperti kata teman ana, ditujukan khas untuk kalian, semacam ada roh. Tegarlah selalu wahai hati-hati ini. Ameen Ya Rabbi.
Kerana itu, ana memohon sesungguhnya, agar him tidak menyulami perhubungan ini dengan wewangian dan gurau senda sebelum tiba waktunya. Kerana yang ku impikan daripada him hanyalah kecintaan Rabb yang hakiki. Kecintaan yang akan menolak kita untuk meneruskan impian mensucikan bumi ALLAH dengan kalimahNYA. Kecintaan yang akan menghangatkan perasaan kehambaan kita dan memegang hati kita dalam limpahan kasih sayangNYA. Kecintaan yang mengukuhkan cinta kepadaNYA dan mendapatkan keredhaanNYA.
Kerana itu, ana berdoa agar ALLAH terus mengenalkan kita sebelum sempat ada terwujudnya apa-apa antara kita, memudahkan segalanya untuk melindungi ana dari fitnah bermusafir sendirian di bumi asing, muslim menjadi golongan minoriti. Sehingga ana mengetahui siapakah him dengan pasti petunjuk dariNYA, selama itulah ana akan kekal bersama watak ini. Ameen. Bi iznillah Ya Rabbi. Yassir Wala Tu ’assir Ya ALLAH. Irhamna Ya ALLAH. Faghfirlana Ya Allah..
" apa yang ada di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (An Nahl: 96)
My Dear ALLAH swt…
Doaku kepada
yang bakal
memiliki diriku
Sudah lama ku tanam
dan ku baja hati ini
Dengan Doa
sentiasa mengiringinya,
sesungguhnya aku sudah
lama jatuh cinta dengannya
Kerana dialah ketentuanNya untukku
I was made for him,And he was made for me
~*Ku dambakan cinta ILAHI..*~>
~*RedhaNya kujejaki..*~
ALLAH is always there,
~*Wardatul Syauki*~

1 comment:

  1. SyukraNs said...

    Assalamualaikum wrh bkth,
    jangan kita dibelenggu oleh pemikiran yang dicelup dr pemikiran Minda dan otak2..lantaran kita sendiri tahu,otak dan pemikiran kita ini terhad..tidak sempurna,
    Kesempurnaan itu milik yang Maha Esa.
    Yakni diturunkan kita Al Quran dan As Sunnah itu sebagai rujukan...
    Untuk mengimbangi pemikiran akal logikal kita serta membuahkan banyak cita rasa...

    June 1, 2007 11:00 AM

    Fathi Aris Omar said...
    Syukrans,

    Setiap kali muncul persoalan seumpama ini, daripada mereka yang terlibat dengan usrah, saya hanya bertambah yakin bahawa "usrah tidak memberi sumbangan apa-apa". Ia menjadikan hujah dan kritikan saya terhadap usrah bertambah relevan, bahawa "usrah melemahkan fikiran dan keilmuan anggota-anggotanya."

    Apa yang dinamakan "tarbiyyah" atau lebih canggih disebut "tarbiyyah ruhiyyah" itu sekadar madat dalam perayaan hedonis!

    June 1, 2007 2:51 PM

    ReplyDelete