Friday, April 19, 2013

Askara diketuk setelah tidur lama

Alhamdulillah..
Bersyukur kita ke atas nikmat kehidupan yang ALLAH berikan kepada kita yang tidak dapat satupun kita balasi melainkan ketaatan kepadaNYA.

Sebagai manusia, kita seringkali diuji dengan pelbagai cabaran dan kesenangan untuk menilai dan menguji keteguhan serta keimanan kita kepada ALLAH.

Sudah lama, saya berehat dari laman sesawang ini. Bukan kerana berehat untuk mengumpul idea dan tenaga. Namun, cuma ingin mengimbangi kehidupan yang telah lama mekar dek kerjaya dan keluarga.

Kini, saya sudahpun berusia 26 tahun, sedikit lagi bulannya, saya akan berusia 27 tahun. Begitulah kebatasan masa yang telah menjadikan kita semakin hari semakin tua dan semakin menghampiri kematian. Kita begitu sibuk dengan halangan kerjaya, masa bersuka ria, serta nilai-nilai keduniaan yang menyebabkan kita leka dengan amalan dan ilmu yang dituntut kita mempelajarinya.

_________________________________________________________________________________
Cukuplah saya bercerita tentang nikmat dan hidup, berbaliklah kepada point utama saya dalam artikel kali ini adalah berkaitan dengan Ilmu Al Quran yang semakin hari semakin menghilang dek dunia yang rakus dengan kekayaan dan teknologi. Sehingga tidak ada seorangpun yang sudi mempelajari Al Quran. Begitu jua dengan golongan beliawan, yang sibuk dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah kepada kehidupannya. Sibuk dengan perkembangan teknologi menyebabkan ramai yang tersisih dari mempelajari Al Quran. Ketahuilah Al Quran diturunkan ke alam ini adalah bertujuan untuk keberkatan dan memangkin ketamadunan Manusia. Tidaklah ia diturunkan untuk sia-sia, malah membawa kejayaan kepada umat Manusia.

Ideologi zionis berfirasatkan syaitan. Bertujuan untuk menyesatkan manusia ke jalan neraka. Menyelewang anak muda ke destinasi melalaikan. Semuanya dibuat dengan terancang dan strategik. Ideologi itu telahpun berjaya secara maktum. Walaupun tidak menyeluruh, namun idea zionis dan freemanson dikira berjaya.

Salah satu dari ideologi zionis/freemanson  adalah melahirkan "generasi yang buta pada Al Quran". Dengan menjaja pelbagai nikmat dunia : "sukan, seks, fesyen, hiburan" , mereka berjaya melalaikan umat Islam segenap dunia. Ramai tertipu dengan perkara yang melalaikan. Peratus beliawan yang mengunjungi Masjid untuk Solat berjemaah, boleh dikira dengan jari. Walhal ia adalah satu tuntutan. Apatah lagi, betapa ramai juga yang tidak mengerjakan solat. Adakah mereka lupa bahawa, di dunia ini tugas utama kita adalah untuk beribadah kepada ALLAH.
_________________________________________________________________________________

Begitu jua dengan keseronokan sesetengah manusia yang tanduskan kuasa. Mengerja kuasa untuk kemegahan dan kegilaan sendiri, tanpa mengira ia adalah amanah yang diberikan oleh ALLAH S.W.T, rakus dalam kegilaan ini. Ini juga berlaku dalam dunia Islam. Dan, akhirnya yang rugi hanyalah umat Islam seantero dunia. Kita masih tercari-cari kepimpinan yang sebenar. Ini sebenarnya adalah akibat pertembungan ideologi di antara fahaman-fahaman yang berlua-luasa. Masing-masing bertelagah tanpa mahu berlapang dada. Masing-masing mahukan pengaruh dan kekuasaan. Ada yang sanggup mengkafirkan satu sama lain. Ada yang sanggup menjatuhkan aib orang lain. Yang dasyatnya, masing-masing kegilaan meraih sokongan tanpa berfikir jauh akan akibat dan peritnya umat di dalam ketenatan.


_________________________________________________________________________________

Kita adalah umat di ambang kehancuran. Namun, kita adalah umat yang disebut Nabi Muhammad S.A.W, umat yang dirindui baginda walaupun kita tidak pernah bersua dengan baginda. Umat yang merasa kasih cinta kepada baginda S.A.W. Yang mengerjakan suruhan baginda, mempraktikan ajarannya, yang menghidup Sunnah baginda S.A.W. Marilah kita mengangkat Sunnah sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda S.A.W. Berkasih sayang, berukhuwwah sesama insan.


Jauhi dengki, elakkan maksiat, tingkatkan Iman, langkahlah ke hadapan. Senyumlah, kerana hidup ini hanyalah persinggahan. Di sana menanti, jauh kekal selamanya. Namun, atas bekalan ibadah dan iman yang kita pelihara.



Aliya Sara