Sedar tak sedar, setiap manusia tidak lari dari kemarahan. Apatah lagi aku, seorang insan yang cepat marah. "Naik Angin" kata orang di serantauan. Aku cuba merenung jauh ke dalam diriku. Dalam renungan itu, aku melihat aku sendiri duduk di bawah sinaran. Sekelilingnya semuanya gelap gelita. Jiwaku gundah gelana. Apalah nasib aku di masa depan?
Aku marah sebenarnya. Dalam diriku, penuh dengan kemarahan. Aku tidak tahu kenapa? Mungkin kerana aku orang yang gagal? Atau kerana aku orang yang tidak berguna? Di mataku, aku jijik dengan diriku. Aku kesal dengan diriku. Aku hampir sahaja menggapai sesuatu itu. Ya, aku hampir-hampir menggapainya! Namun, aku melepaskannya. Dan arah tujuanku mula susut. Aku tersekat di pertengahan jalan. Mungkin kerana itu aku marah?
Atau adakah aku orang yang tidak bersyukur? Bukankah kita dituntut untuk bersyukur? Aku telah banyak diberi peluang, namun sekali lagi aku gagal menggapai peluang itu.Benarlah, manusia ini tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberikan. Malah mensia-siakannya. Termasuklah diriku.
Namun, aku tertanya jua dalam diriku. Apa sebenarnya yang ku cari dalam hidup ini? Kepuasan apa yang aku cari-cari? Aku lihat, ramai anak muda mudi, bersenangan di luar sana. Berpacaran, berenak-enakan, bergembira di kadar hari seperti dunia ini tidak sesekali kiamat. Hati aku seolah menjerit jerit mahu menuntun bersama. Namun, ada sesuatu yang menghalangnya. Tiba-tiba aku berasa marah pada diriku. Adakah aku tidak bersyukur dengan nikmat yang telah ALLAH diberikan padaku?
Ayuh, cuba kita tanya diri kita sendiri.
Apakah kita sudah lali dengan sesuana ini? Sedangkan jiwa aku terseksa menanti hari. Ingin sahaja aku tamatkan noktah ini, agar dapatku jumpa ALLAH di syurga nanti. Namun, jalan itu tidak semudah seperti berkata mahupun tindakan. Ia adalah jalan yang penuh dengan cabaran. Onak dan Duri sentiasa menanti. Apatah lagi di depan sana, halangan bertalu-talu.
Sekali lagi, ku dongakkan kepalaku ke langit. Kelihatan awan menutupi purnama. Cahayanya mengusik jiwaku. Terpana sekejap jiwaku. Cantiknya.............
Oh, Syurga. Tunggulah aku...