Tuesday, December 30, 2008

Hey pengecut!

"Booommm....!!!!!!" Dentuman deras menggegar seluruh kota yang ketandusan. Hampir genap 50 tahun sudah lamanya kota itu ketandusan kegembiran. Hanya sahaja dipenuhi tangisan dan sumpah saranah. Malah yang mengaibkan, kota itu dihiasi Mayat-mayat bergelimpangan. Darah-darah suci tercalit di permukaan jalan dan bangunan. Seolah-olah itulah warna cat yang layak menghiasi kota itu. Merah....agak kelam kota itu. Orang-orangnya kelihatan tandus. Tapi di jiwa mereka berteriak semangat kobar. Mahukan kemerdekaan. Mahukan keamanan. Mahukan kemenangan. Ya...KEMENANGAN itu yang mereka mahukan. Tetapi, mereka berhadapan dengan musuh yang serba serbi dilengkapi Senjata canggih. Sedang mereka hanyalah batu-batu kerikil. Yang ada pada diri mereka adalah semangat kental yang tak terhingga. Dan Visi dan Misi mereka, menyanggah mereka untuk mundur dan putus asa. Mereka adalah bangsa yang MEGAH dan Agung. Mereka adalah bangsa yang mulia. Bangsa yang tidak takut pada mati. Bangsa yang BERANI! Bangsa yang Kental! Bangsa yang tidak mudah berputus asa. Cumanya, mereka tidak cukup kemudahan untuk menghadapi musuh yang keji dan hina itu. Bagaikan batu kerikil berjumpa dengan dinding keras. Dihentam batu kerikil ke dinding keras itu, cumanya habuk sekecil atom sahaja tertepis ke udara. Sedang pertarungan itu telah menjerumus mereka kepada kedaifan dan kemelaratan. Tapi mereka tetap berdiri tegak dan terus mara. Bukan kerana cintakan tanah air. Tapi atas nama mulia. Yakni Maruah Agama. Maruah diri. Kerana berbekalkan kejituan itulah mereka kekal sampai hari ini. Cumanya, mereka tidak dihirau saudara-saudara mereka di sekeliling. Mereka yang di sekeliling hanya sekadar menjenguk-jenguk. Padahal kepayahan ini turut dirasai. Apakah makna semua ini? Hanya kerana musuh si keparat itu yang pengecut kah kalian berdiam diri?


Hey pengecut!

Musuh Yang keji lagi hina. Sampai bila lagi kau bertempur dengan sifat kebacolanmu! Sampai bila???? Kau megah dengan senjata canggihmu! Kau bangga keturunanmu keturunan yang diangkat ALLAH sebagai para nabi-nabil...tapi sifatmu bagaikan Barua syaitan yang hina lagi keji. Yang tidak mengira umur dan waktu. Kau bantai habis-habisan manusia yang kehausan dan kelaparan. Kau bantai anak-anak kecil dan wanita-wanita yang lemah. Apa jenis bangsakah kau? Atau kau itu hanyalah pondan-pondan yang tidak mengerti erti sebenar keberanian???? Kau katakan kau benar tapi kau penipu. Kau katakan pada semua, kau bangsa terpilih, tapi sifatmu itu menyatakan kau itu hina dan keji. Kau perkosa kata-katamu sendiri. Kau katakan kau mahukan kedamaian dan demokrasi. Tapi kau cabuli semua itu. Bila HAMAS menang pilihan raya, kau katakan HAMAS itu pengganas. Walhal KAULAH Sebenarnya Pengganas!


Hey Zionis Laknatullah!

Di Dunia ini hanyalah sementara, keasyikanmu yang dibuai nafsu serakahmu. Satu hari nanti, di akhirat, kau akan terlentang azab neraka bersamamu. Kau gula-gulakan anak-anak muda ISLAM dengan virus-virus hedonisme. Kau gula-gulakan mereka dengan pesta SEKSmu, kau hulurkan tanganmu mengatakan kau cintakan kedamaian, tapi kau sebenarnya merosakkan mereka dan membinasakan mereka. Hingganya kau lahirkan pemikiran sekularisme dalam diri mereka. Layakkah kau digelar bangsa pilihan???? Bukankah bangsa pilihan itu bangsa yang mengagungkan tuhan??? Bukankah Bangsa pilihan itu bangsa yang tunduk atas suruhan Tuhan? Walhal, kau menyuruh kepada mungkar dan membinasakan yang ma'ruf. Kau hidupkan dongenganmu, dongengan syaitan yang telah bersumpah atas nama Tuhan untuk menyesatkan manusia. Kau bersekongkol dengan syaitan yang telah terang-terangan menentang ALLAH Azza Wa Jalla. Kau suruh anak-anak muda itu puas bersama kencing-kencingan syaitan. Kau suruh anak anak muda itu puas dengan hiburan yang melupakan tuhan. Untuk itu juga, supaya setiap waktu itu, mereka lupa pada anak-anak palestin yang mati dibunuh, walhal mereka itu bersaudara! Mereka itu Adik beradik!


Hai orang-orang Mukmin!

Bangsaku yang Gagah dan Megah!

Hari ini sang pengecut itu bercakap besar lagi!

Dia mengucapkan salam yang keji!

Ayuh punahkan mereka atas kelancangan yang bacol itu!

Kita bersama berdiri di Saff Hadapan!


Hai orang-orang Sedunia!

Di kala mata kalian terpandang tirai hitam!

Jangan kalian katakan ia adalah tirau Merah!

Kerana itu kalian akan terpesong ke Barat!

Di Timur itulah kisahnya yang sebenar!


Hai anak-anak Palestin!

Di kala dagingmu diratah hidup hidup!

Kau jangan kaku lagi pilu!

Kau bersamaku!

Aku bersamamu!

Hari itu pastikan tiba!


Tika mereka berteriakkan disebalik batu!

Hanya ALLAH yang maha Mengetahui!

Dan pada hari itu!

Dunia kan mengerti
Rupanya PALESTIN ITU MILIKMU!


Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.Note: sumber : http://www.imemc.org
Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787
Bacaan Lanjutan lain yang amat bermanfaat:

1. Laman Yahudi Pro Palestin: http://ifamericansknew.org/
2. Laman Info Palestinkini: http://palestinkini.info/
3. Laman Aman Palestin: http://amanpalestin.com/
4. Ucapan Dr. Khalil al Haya: Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
5. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin: Antara Ilusi dan Realiti
6. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin Dan Orientalisma
7. Motivasi Mutiara Dr. Danial Zainal ‘Abidin: Untukmu Palestin
8- MuhtarSuhaili : http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/05/18/zionis-semakin-mengganas-umat-semakin-lemas/

Saturday, December 27, 2008

Sang penambang dan misinya


" Dik, nait perauk penambang kitak?" sapa seorang pakcik ketika menunggu di Jeti penambang..

"Auk, nak nait pergi seberang nun..." Jawab saya.

"Jum, nait la..." katanya...yang merupakan seorang Pengendali Perahu Penambang. Tambangnya cuma 30 sen sahaja.


Sang Penambang memulakan misinya, ulang alik dari seberang kota ke seberang kampung. Untuk mengangkut penumpang yang setia bersamanya. Kemudahan yang boleh dikira klasik. Digunakan hingga kini. Ia tidak jemu dengan kerjanya. Ulang Alik bersama perahunya. Kerana ia adalah misinya. Hasilnya, ia mengutip 30 sen dari setiap penumpang. Tetap dia bersyukur dengan hasilnya. Laksana itu, dia sentiasa istiqamah mengangkut penumpangnya. Kerana ia tahu ia tetap mendapat hasilnya. Kadang-kadang ia mendapat rezeki lebih, kadang-kadang kurang. Tapi, ia tahu ia tetap mendapat hasil. Dan dia gembira dengan kerjanya itu.
Begitu juga dengan dakwah, kadang-kadang yang didakwah kita, berjaya mendapat hasilnya. Kadang-kadang ia tidak menampakkan hasil. Tapi semuanya bukan urusan kita. Urusan kita hanyalah berdakwah. Hasilnya juga perlu difikirkan. Dan strateginya juga perlu dipermantapkan. Ia berkaitan dengan perniagaan. Dakwah ini umpama perniagaan. Cumanya, kita berurusan dengan satu client atau BOSS besar. Tapi yang ini BOSS besar pun kalah. Ini adalah urusan kita dengan Maha RAJA segala MahaRaja. Dialah yang akan menampakkan hasilnya. Tapi, yang dimahunya adalah Keikhlasan kita dalam segala perkara.

Tanpa sang penambang, pasti penumpang tadi mengguna jalan yang jauh untuk ke kota. Dan belum tentu jalan yang dilalunya boleh dilalui. Mungkin sahaja di depan itu ada Jammed? Atau Jalan tutup dan sebagainya. Misi Sang Penambang untuk mempermudahkan sang penumpang untuk sampai ke kota dengan masa yang singkat dan selamat. Pasti sang penumpang tadi sangat berterima kasih dengan sang Penambang.
Antara sifat-sifat sang penambang yang wajar diikuti:
1- Tawadhu'
2- Istiqamah
3- Berusaha tanpa jemu
4- Kesetiaan
Wahai Pendakwah, ketahuilah, kita juga diibarat seperti sang penambang, Misi kita mendekatkan masyarakat untuk mengenali ALLAH. Tanpa Pendakwah, pasti perjalanan mereka masyarakat akan lebih jauh dan banyak rintangan. Lagi-lagi yang sudah berpuaka hatinya. Pasti mereka yang dapat mengenali ALLAH itu berterima kasih pada kalian. Maka jangan kita memandang remeh dan enteng terhadap hal dakwah. Bukan bermaksud mahu diterima kasih. Tapi misinya tadi. Mempermudahkan segala urusan. Destinasi yang ditujui adalah jalan menuju ALLAH. Jangan difikirkan ganjaran ya...tapi fikirkan misi kita. Kita ibarat sang penambang dan misinya. Tugas kita di dunia.
Mudah bukan?
Pada teorinya, pada praktikalnya? Siapa yang mahu?
Tepuk dada tanya iman....jangan pula nanti bertanya sang penambang...ye..
1.20 am
Miri

Tuesday, December 23, 2008

Kenapa aku tidak seperti itu???

Kadang-kadang bila melihat orang lain, mahu sahaja ditiru personaliti orang itu. Itu bicara hati. Kadang-kadang bila melihat orang lain, terasa lemah jiwa, menyatakan "kenapa aku tidak seperti itu?" . Itulah bicara dan kata-kata orang yang rasa merendah diri. Hilang perspektif yang positif pada diri. Kenapa ini boleh terjadi?

Bila kita melihat orang lain, kita merasakan kita tidak punya kelebihan tersendiri, maksudnya kita hilang keyakinan pada diri. Sungguh, di dalam ajaran Islam, kita diajar untuk yakin pada diri. Dinyatakan pada kita, Kita adalah manusia sebaik-baik ciptaan, yang membezakan antara kita dan yang lain adalah sifat ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bukannya kelebihan harta, pangkat, rupa dan sebagainya. Itu bukan yang dilihat oleh ALLAH. Sungguh iman dan taqwa itu adalah nilai yang tinggi di sisi ALLAH. Bila iman dan taqwa itu digadai, maka nescaya, nilai diri itu tidak lagi berharga dan tidak dilihat oleh ALLAH.

Ketahuilah, dalam diri kita, kita punya potensi dan keunikan masing-masing. TIPULAH orang itu jika ia menyatakan dialah yang paling hebat. Dialah yang paling popular, dialah yang paling kreatif dan sebagainya. Kerana di akhirnya, dia juga memerlukan orang lain untuk pertolongan. Percaya atau tidak, itu adalah realitinya. Sebab itu, di dalam ajaran Islam, kita tidak dinilai dari sudut itu, tapi di nilai dengan keimanan dan ketaqwaan yang hanya layak dinilai oleh ALLAH yang ESA.

Sebenar-benarnya, realiti kehidupan, HIDUP kita ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk ALLAH. Maka ia bertepatan dengan Ayat Al QUran, " Sesungguhnya hidupku, solatku, ibadahku, dan matiku hanya kepada ALLAH". Sungguh langkah kita menujunya itu tidaklah semudah yang di sangka, Jalan kita menuju ke syurga itu penuh dengan onak dan duri. Maka hadapi dengan tenang dan tabah. Telusuri dengan tarbiyyah ALLAH. Pelajari dengan penuh iltizam. Agar jiwa menjadi tenang.

Jangan berasa rendah diri. Jangan berasa mahu menjadi orang lain. Yakinlah pada diri. ALLAH telah mencipta dirimu dengan sebaik-baik ciptaan. Yang membezakan, hanyalah iman dan taqwa.

Hayati syair buat kalian

Hai rupa,
di cermin lantunan,
mengorak seribu persoalan
Yang mana satu indah?
Kalbu membuak menjodoh perasa..

Hai hati..
Sebalik selindungan pawana
secerah mata menjerumus ke angkasa..
Onak dan duri tercucuk terasa
Menggambar keasyikan
Syahdu bunyi..
Kecewa

Bersyukurlah atas nikmat
Tak terperi merasa
Anugerah yang Esa
Belum sahaja terasa
Zatnya yang Maha Karya
Padu dan jitu
untuk dirimu...
dan diriku...

Wallahualam-
MIRI, 1.17 am 24 Dec 2008

Friday, December 19, 2008

Pekida menyatukan umat Melayu?


Petang panas yang terit,Ketika itu aku menulis di meja belajar, datang seorang kawan mengetuk pintu bilik. Membawa sebuah cerita yang "Hangat". Tidak ada yang menghangatkan melainkan isu "PEKIDA" . Si anu tu budak pekida.. si anu sana tu budak pekida gak...seram..seram..


"Kenapa seram?" ...Pekida..selendang merah..Three red line..bla..bla..bla...


Itulah kali terakhir aku mendengar cerita mengenai pekida. Dan di salah sebuah motorsikal kawanku ada sticker logo PEKIDA. keris dengan 3 warna yang berbeza..hijau merah dan kuning. Ku tanya padanya..."ini logo PEKIDA ka?" Dia senyum-senyum kambing...alahai...


Selesai semester pertama, aku balik ke rumah. Untuk menunaikan misi berjasa pada keluarga. Kesempatan yang ada, aku gunakan bertemu dengan sahabat handai yang lama tak bersua. Bila bersua, isu PEKIDA mula bertandang. Dia menyatakan PEKIDA sudah menular di MIRI. "Apa guna PEKIDA?"kataku...Jawabnya " Untuk menyatukan kaum Melayu". Aku tersenyum. Ya memang, aku akui. Melayu di Miri telah berpecah dan bersikap Assobiyyah. Kampung hidupnya dengan kampung itu. Kampung ini dengan kampung ini. Assobiyyah! Dan datangnya PEKIDA untuk menyatukan mereka. Katanya..


AKu tersenyum... Mungkin benar mungkin tidak. Tapi di sebalik cerita..aku dengar.. Kisah PEKIDA. Satu hari, seorang lelaki cina mengundur keretanya ke belakang dan terkena kereta seorang pemuda melayu. Dengan marahnya pemuda cina itu memaki pemuda melayu walaupun pemuda melayu tadi meminta maaf. Akibat ditumbuk, pemuda melayu menelefon PEKIDA, kerana pemuda itu juga PEKIDA. Dan akhirnya pemuda cina itu dibalas. kerana PEKIDA tidak mahu pemuda Melayu tadi dibuli.


Itu ceritanya PEKIDA. Yang dilaungnya "KESATUAN" dan "KEPADUAN"

Omong-omongan mereka, disebaliknya adalah menaruh kepada backup power yang sebenarnya. Banyak ku lihat, anak-anak muda bernaung di bawah PEKIDA hanya untuk mendapat pengaruh kekuatan. Kerana anak-anak muda ini mungkin selalu melakukan kejahatan. Kenapa perlu menaruh kekuasaan begitu? Apa kalian lupa, kalian perlu menaruh sepenuh jiwa dan tenaga kalian untuk ISLAM? ISLAM lah menyatukan umat, Islamlah yang memberi keizzahan UMMAH ISLAM.
Pertubuhan PEKIDA yang kalian nyatakan itu bukan ISLAM ka?
Ya Islam, tapi ku lihat ahli-ahlinya bukan di kalangan ahli ibadat. Ada juga yang ahli maksiat. Tapi apa erti laungan "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ITU?Rupanya ada udang di sebalik batu. Di sebalik penyertaan adalah untuk meraih pengaruh kuasa dan kekuatan.

Jelas ini bercanggah dengan apa yang aku iktikad selama ini.

CUKUPLAH ISLAM untuk MENYATUKAN KITA! CUKUPLAH ALLAH untuk mendapat kekuasaan sebagai Khalifah yang dilantik.

Firman ALLAH dalam Al QUran

" Sesungguhnya seluruh Umat Islam itu adalah bersaudara".


Ya, memang di akui, tujuan PEKIDA ditubuhkan adalah kepada AMAR MA'RUF dan NAHI MUNGKAR. Tapi jika kerana hanya untuk meraih pengaruh dan kuasa. Maka disitulah silapnya. Maka Bersedialah menghadapi pertanyaan ALLAH di akhirat kelak. Bersedialah...


"Aku beriktikad segala kekuataan adalah Milik ALLAH AZZA WA JALLA, aku serahkan DIA sebagai penjagaku...sesungguhnya DIALAH SEBAIK-BAIK Penjaga. DIALAH YANG MAHA AMANAH LAGI MAHA MENGUASAI"
"Aku beriktikad ISLAM lah segala penyelesaian Masalah untuk manusia. Maka aku bersaksi dengan nama TUHANKU yang mana pemurah lagi maha penyayang. ISLAM adalah agamaku!"


isu pekida ini boleh di click di bawah:

Sunday, December 14, 2008

Bila semboyan telah berbunyi

Duduk di bangku di pagi hari, berbicara dengan pemuda yang kacak berkopiah putih, dia tersenyum..."Apa perlu aku melakukannya?"katanya dengan nadanya yang lemah. Jawabku.."YA! Kau perlu melakukannya!Kerana kau telah meniup semboyan itu!"

Apa semboyan itu?


Semboyan itu adalah syahadah Tainmu..9 kali sehari kau meniup semboyan...bila semboyan telah berbunyi, maka bersedialah kamu di medan peperangan!


"Ash hadu..."

Aku bersaksi tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi Muhammad itu Utusan ALLAH


"Ash Hadu"

Aku naik saksi tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku naik saksi Muhammad itu Utusan ALLAH!


Kita di dunia peperangan minda. (Ghawzul fiqr). Maka tiada alasan untuk kita mempertahankan aqidah perjuangan kita. Jangan kita menafikan dan jangan kita menyatakan alasan bahawa kita belum bersedia. Bahawasanya sesungguhnya, jiwa dan raga kita telah kita serahkan pada ALLAH. Matlamat kita dan masa depan kita kita serahkan pada ALLAH. Bila mana semboyan tadi dibunyikan. (dengan penuh keyakinan dan kesungguhnya kita melafazkan saksi kita Syahadah Tain). Maka disitu kita telah berikrar sepenuh jiwa dan raga untuk berjuang menegak Kalimah Cinta Agung..Kalimah Maha Karya...yang melimpah ruah segenap pelosok dunia..mewah raya Dunia dengan kalimat itu. Syahdu hati...Berjuang di sebalik tembok penghalang yakni TAKUT DAN MALAS! Maka dengan sesungguhnya jiwa dan raga itu yang tiada kalimat berputus asa, bermalas-malas dan bersahaja.

AYuh....semboyan telah berbunyi..

Jangan sampai ketinggalan..

Jangan sampai kita dikira malas..

Jangan sampai air mata berdarah mengalir..

Jangan sampai hati busuk menular ke jiwa..

Jangan...

Jangan...

Jangan...


AYuh! SEMBOYAN TELAH BERBUNYI


Pemuda bersyahadah...Pemudi Bersyahadah...bila mana dia betul betul memperakui KEESAAN ALLAH YANG MAHA PERKASA...betul betul memperakui KEBENARAN RASULNYA NABI MUHAMMAD S.A.W...maka dia memang betul-betul telah bersedia mengharungi perjalanan yang berduri itu. Biar lautan api...biar ombak menggila...Dihamburnya semua...UNTUK membuktikan SEMBOYAN YANG TELAH BERBUNYI itu benar-benar berbunyi.


Jiwa yang mekar

Syukrani

Friday, November 28, 2008

Pendekar

"Dinginnya!" desis hatinya, Kedengaran hujan merintik, jatuh ke muka bumi. Di situlah bermulanya satu titik pertemuan antara air dan bumi. Molekul Hidrogen karbon dioksida bertetesan jatuh membasahi alam. Dari kering jadi basah. Untuk mekarkan seisian bumi. Akan menjadi saksi, dunia ini punya misi dan visi. Laksana pedang yang tajam menelusi dada yang milus. Terkubur berjurai segala niat yang keji... "Madah mentara apa berkelumat di jiwa ini?" bicaranya kepada hati lagi. Seolah-olah dingin yang menyapa tadi menyebabkan gelora di hatinya terus berkecamuk. Kacau bilau jadinya. Dia menggapai selimut. Menutup seluruh tubuhnya. Masih terasa urat-urat dingin. Seolah-olah jarum-jarum halus menusuk ke tubuhnya. "Berdosakah diriku ini?" bicaranya lagi.





Gunug Armaga, 994 hijriah





Dari jauh, kelihatan seorang lembaga lelaki, bentuk badannya, gagah perkasa, bak pohon beringin, berjurai-jurai rambutnya ditiup angin, ia melangkah menuju ke dirinya. "Husin!" Kedengaran teriakan menghambur ke dirinya. "Husin!" Sekali lagi bunyi teriakan itu, ditempik dari arah lembaga lelaki tadi. Deras bunyinya, seolah-olah bunyi itu mahu sahaja menerkam dirinya. Bagai singa yang lapar mengaum membunuh mangsa. Sombong dan angkuh bunyinya. Tiada sopan santun.





Lembaga tadi kelihatan semakin dekat, lama-lama semakin cepat, kelihatan kilauan sinaran dikeluar dari arah poket lembaga lelaki tadi. Silaunya itu menggambarkan dirinya dalam keadaan bahaya. Dia berdiri, dan membetulkan kekudanya. Ia tahu, ia akan berhadapan dengan seorang pendekar. Pendekar ini bukan pendekar yang sebarangan. Telus sahaja dari perwatakan tubuh badannya, suaranya. Jelas ia adalah pendekar yang gagah dan perkasa, bengis dan kejam. "HUSIN!" tempik lembaga lelaki tadi, pendekar Gagah dan Perkasa. Ia terhidu aura membunuh...





Ia diam dan memerhati. Mukanya tenang dan bersahaja. Jiwanya berzikir. "YA ALLAH, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, berikan daku segala kekuatan minda dan tubuh badan, untuk menegak agamamu yang tercinta." Ia berdoa kepada ALLAH. Kemudian, dia melangkah dengan padu. Kakinya yang memijak alam terus dipercepatkan. Dengan tangkas ia meluru ke hadapan. Seolah-olah di hadapan itu punya emas dan berlian untuk digapai. "AYUH!" lemparnya kata-kata yang cukup tegas bunyinya. Mereka berdiri berhadapan masing-masing. Di ganggaman pemuda bengis tadi ada keris. Kelihatan cukup tajam dan berbahaya. Manakala pada tangan ia kosong sahaja. Ia berdiri tenang dan memerhati. Lalu dia membuka mulutnya,: " Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, wahai tuan hamba, apa gerangan padah dan madah yang tuan hamba mahu dari hamba ini?" Suaranya jelas, menampakkan ia sudah matang dan dewasa. Cukup teruja pemuda bengis tadi. "AKU MAHUKAN KAU TUNDUK KEPADAKU!" teriak pemuda bengis tadi." Selama ini, kau sebarkan ajaranmu itu. Tapi ajaranmu itu telah membuah bencana buatku.Aku dah tak tahan! Aku mahu ajar KAU!" suaranya bergema di puncak gunung itu. Suaranya menggambarkan betapa bencinya dia pada husin. Maka Husin menjawab " Ajaranku adalah mengajar kita mentauhidkan ALLAH yang satu. Mengikut Ajaran Rasulallah SAW, junjungan yang mulia. Tidak sesekali membinasakan manusia. Malah membawakan kebahagiaan di dunia dan akhirat..mana mungkin membawa bencana kepadamu!"



Sunyi sepi..kedengaran angin bertiupan, kencang, seakan akan menemani sengketa antara dua manusia ini. Guruh berdentum-dentum. Bagaikan paluan Gong perlawanan. Di selang seli dengan bunyi tetesan hujan. Iramanya bagaikan tandus kedamaian. Cukup membawa kerunsingan dijiwa yang penuh gundah dan kelana. Apatahlagi jiwa yang keji lagi jijik. Yang berlingkaran dengan najis najis syaitan. Berzina,memeperkosa dan macam -macam perkara yang membawa kerosakan. Yang ia hanya tahu, memuaskan nafsu nasfsu sarakahnya. Ia rela dengan semuanya. Biarlah manusia lain tertindas. Biarlah manusia lain sengsara. Biarlah manusia lain tercemar. Biarlah manusia lain berkubur bahagia. Asal dirinya terus BAHAGIA DENGAN ALAM FANANYA! Ia rela...Ia rela..



"Wahai Hizam, dikau tahu, perbuatanmu itu adalah salah! dikau tahu! dikau tahu! Apa yang kau mahu dariku hanyalah buakan nafsu sarakanmu, Janganlah kau ikuti jejak langkah syaitan! Jangan! Jangan! "kata Husin dengan penuh ketegasan. Nadanya seolah-olah mengancam keras terhadap Hizam. Hizam berdiam sahaj, kemudian ia ketawa. Sinis bunyinya. " Apa yang kau bicarakan itu? Ha??? HHAHAHHAHhahahahah....kau tau apa?" katanya dengan bongkah.
"BoooomMMMMM!!!" guruh berdentuman di angkasa. Dasyat bunyinya bagaikan membicara betapa maha hebat penciptanya. Tiup angin semakin merancak. Bagaikan menghibur persengketaan tadi. "ZAAAppppppp" libasan pukulan Hizam menuju ke arah Husin. Husin mengelak dengan mudah. Dia sempat senyum sambil berkata ," Sungguh, demi Jiwaku dalam genggamanNYA, sungguh jasadku amanahNYA, sungguh DUNIA INI MILIKNYA!..dikau takkan mampu menyentuhku..." Bicara Husin menggambarkan betapa dia yakin dengan kekuasaan ALLAH. Sungguh, sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa perlu ada sifat yakin pada ALLAH. Apatahlagi, ALLAH lah yang menjadikan alam. ALLAH lah yang menjadikan diri ini. ALLAH lah mengaturkan segala perjalanan alam. ALLAH lah yang memberi rezeki kepada kita. Firman ALLAH dalam surah Yassin ayat 84 " Maha suci ALLAH, yang memiliki segqla sesuatu, kepadaNYA jua kita akan dikembalikan ".

Keyakinan Husin tadi mencetus rasa kagum pada Hizam. Hizam terdiam. Ia sedar selama ini jiwanya telah diperkosa oleh nafsunya yang menggila. Dasar dirinya itu adalah dasar SYAITAN! yang tak pernah kenal erti DOSA. Tak pernah kenal erti bencana dan bala. Yang ia tahu, bertepat dengan syarat nafsunya. Ia bantai sehabis-habisan. Biar luluh hancur piluh. Keluh-keluhan sahaja yang mendatang. Tetap ia tidak menghirau. Ia tidak pedulu dengan semuanya. Tapi, apabila Husin menunjuk kehandalannya, dengan membicarakan tentang kebenaran. Hatinya cukup terasa terpukul. Segala kejahatan dalam dirinya rasa diperkecilkan. Bagai ombak yang menggila bertembungan dengan tebing, pecah berderai. Kalah mati. Ia terdiam seketika. Tiba-tiba, matanya terasa berair. Terasa kehangatan air menitis ke pipinya yang bergurutu itu. Sungguh dirinya terkenal dengan kebengisan, sungguh dirinya terkenal dengan kekejaman, sungguh dirinya terkenal dengan kezaliman, tapi ia menangis bagaikan anak-anak kecil kehausan susu. Merengek bagaikan kelaparan. " AAAAAAAAAAAAAAARRGGGGHHH!!!! Apa yang aku telah lakukan????? Arghhhhh!!!!!" teriaknya pada diri. Husin hanya memerhati dengan mata yang pilu dan kaku. Di dalam dirinya, ia bersyukur dengan nikmat ini. Nikmat hidayah menyapa jiwa. Sungguh batu yang keras mampu membentuk likuk dengan titisan air yang lembut tapi berjuta-juta ia menitis. Pasti kalah jua si batu itu. Kerana kesungguhan titisan air itu. Husin telah lama menasihati Hizam. Cumanya, baru kali ini berhasil. Itupun bila bermulanya pertarungan. Itu baru permulaan pertarungan. Sungguh, hidayah ALLAH itu tidak mengira tempat. Bila-bila sahaja ia menyapa dengan kemahuan DIRINYA. Kudrat yang besar itu tetap dikalah ZAT YANG AGUNG. "Zaaaaaaaappppppppppp!" Sebatang tombak kelihatan menerobosi tubuh Hizam. Tepat ke arah jantung. "ALLAHUAKHBAR!" teriak Hizam. Ia terpana. Husin terpana. "MENGUCAP HIZAM!" teriak Husin sambil berlari menuju ke Hizam. "HIZAMMM...mengucap, La...Illaha...Il ALLAH..Muhammad Rasulallah..." diajarnya Hizam mengucap. Darah yang keluar dari dada Hizam bagaikan sungai mengalir. Basah seluruh tanah kemerah-merahan. "La..Illaha..IL ALLAH ...Muhammad Rasulallah..." Hizam menutup matanya. Ia baring...kemudian terus rebah. Kelihatan hujan mula merintik. Titisan hujan mual menyerikan lagi kematian Hizam. Bagai menyambut syuhadah dengan keberkatan. Dari jauh, kelihatan segerombolan manusia menuju ke arah Husin. Mereka datang dengan bersenjata. Mereka memerhati Husin yang mendekati Hizam. Mereka berdiam. Husin hanya memerhati mayat Hizam. Husin bersyukur Hizam meninggalkan dunia ini dengan keadaan beriman. Husin terus bangun dan dibawanya mayat Hizam. Lalu diserahkannya kepada kumpulan manusia tadi. "Wahai orang-orang yang tertaqwa, uruskanlah jenazah Hizam. Sungguh dia musuhmu, tapi Umar Al Khattab R.A pernah menyatakan " Bila mana kamu mampu membalas, maka janganlah kamu membalasnya." Maka kebumikanlah ia dengan sebaik-baiknya. Ia mati dengan keadaan beriman, sungguh akan tiba masanya kita nanti, belum tentu...sahaja..semuanya dengan ketentuan ALLAH" . Husin terus menlangkah. Sedikit demi sedikit, bayang-bayangannya pun terus tenggelam di sebalik kegelapan. Ia tidak mahu lagi ada persengketaan, cukuplah persengketaan yang ada. Yang lalu sudah berlalu, yang mendatang adalah masa depan. Demi masa depan, ia mahu membina sesuatu yang lebih nyata dan jitu. Ia mahu anak watan yang datang akan lebih persis zaman para Sahabat dan zaman para Nabi-nabi. Masa depan adalah terletak pada tangan pejuang agama. Tanpa pejuang-pejuang agama. Belum tentu dunia ini lunas dengan syarat-syarat ditetapkan oleh ALLAH.

"Realiti perjuangan bukanlah berdasarkan ketegasan atau kelembutan, tapi berdasarkan kemahuan. Hidayah itu datang bukan kerana ketegasan atau kelembutan tapi mendatang atas izin ALLAH, maka dengan sesekalinya, berdakwah dengan bertunjangkan Aqidah yang jelas, pasti ALLAH bersamamu."

12.22 p.m 2 Dec 2008
Mohd Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon
Miri , Sarawak



Sunday, November 23, 2008

HATI yang tersihir


Contribute to Arwahyarham Abang Azrul Abang Said
kenangan bersama arwah anjang abang azrul

Hati yang tersihir




Air mata menitis ke riba. Terasa kehangatannya. Hiba hati dan sedikit terkilan. Hatiku celaru mendengar khabar kematiannya. Sungguh dialah antara salah seorang yang mewarnai halatuju hidupku. Dialah “asbab” aku berubah. Aku cukup bersyukur pada ALLAH atas sapaan hidayah ke hatiku. Aku akan rindu pada dia…..




“ Sayang, jum..pi KK kita?” Tanya Alexander kepadaku. Ku jawab SMSnya : “Baik, jam brapa kita pg?” Alexander membalas kepadaku: “Jam 11, amcm? Mau ka?Sayang..rindu ba sama kamu”. SMS nya pelat-pelat bahasa Sabah, biarpun ringkas tidak lari juga bahasanya itu. Rata-rata warga Sabah mempraktikan bahasa Malaysia yang baku. Aku pun menjawab : “ Baik…aku pun rindu sama kamu, sayang.” Hatiku girang dengan SMS dari Alexander. Alexander merupakan rakan sekelasku dulu di sekolah, sekarang dia melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah bersama-samaku.Kami berada di kursus yang berbeza. Tapi, kerana berbekalkan cinta yang sejemput itu, perhubungan kami tetap mekar hingga sekarang. Tak terputus-putus bagai angin laut bertiupan menyapa tebingan. Berpinar-pinar jiwaku dengan desakan cinta itu. Sungguh Alexander adalah pemuda yang kacak, mukanya persis Pelakon Cantonese. Almaklum, Alexander ini keturunan Sino Kadazan. Padahal aku, hanyalah bajau laut. Kami berbeza bangsa dan agama. Alexander kristian, aku Islam. Aku berpegang pada konsep pemikiran Nasionalisma. Intergriti penyatuan bangsa. Seingat aku, itulah kata-kata yang selalu diulangi oleh menteri-menteri dan orang-orang politik ini. Hahaha..hatiku tersihir juga dengan kata-kata itu.




“Sayang, biar aku jemput kamu di rumah, lepas itu sama-sama kita pg KK?” Alexander menelefonku sebentar tadi. Sayang sungguh Alexander padaku. Terasa tersentuh hatiku atas kebudiman dirinya. Aku terpegun dengan keromantikannya. Siapalah aku ini yang hendak dibuatnya seperti Puteri Kayangan. Bagaikan mimpi sahaja. Aku terasa sangat dihargai. Dah 2 tahun kami berpasangan. Sepanjangan 2 tahun itu, aku dijaga dengan baik sekali. “Oh Alexander, betapa Gahnya dirimu di sana, bila di sisiku…dikau sangat ayu…” bisik hatiku.




Hari ini merupakan hari ulangtahun kami berpasangan. Sungguh, semakin hari semakin saying aku pada Alexander. Begitu juga dengan Alexander, dia menyatakan padaku “ Murni, semakin hari semakin sayang aku pada kamu. Mau ka kamu kawin sama aku bila aku sudah ada kerja nanti?” Fuh.. hatiku menjadi cair padanya. Mana mungkin aku ini diajak kawin. Siapalah aku ini. Sepanjangan hari, kami membiarkan masa kami bersama di restaurant sekitar KK, selepas itu kami pun menonton wayang, bermain bowling. Sekitar jam 6, baru aku pulang. Itupun dihantar Alexander. Baik sungguh Alexander. Sebelum pulang, Alexander mengucup tanganku. Diucapnya perasaan cinta kepadaku. Aku tersihir…




Keesokannya, seperti biasa, aku pergi ke Universiti. Cuaca hari ini agak indah, biar menteri terik menyinari. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapaku. Terasa sejuk dipipi, bias mengguris perasaan yang lesu menjadi sayu, dari sayu menjadi mekar. Bergetar seluruh jiwaku. Aduhai, Pencipta Agung, betapa hebatnya dikau, mencipta sesuatu yang tidak mampu dinampak, tanpa mampu dirasai. Malah enak sahaja bila dirasai. Aku teringat kisah Ulama’ besar Imam Hanafi, ketika ditanya seorang lelaki yang tidak percaya kewujudan tuhan, “ Kau katakan ada tuhan, tapi aku tidak Nampak di mana tuhan. Boleh kau terangkan?” Ketika itu, usia imam hanafi hanyalah satu angka lebih. Dia mampu menjawabnya dengan mudah , “ Ambilkan aku susu” “Minum susu itu” “Maniskan?” Lelaki itu menjawab “ Ya, manis, jadi apa kaitan ini dengan tuhan tadi? Jawab Imam Hanafi , “ Tunjukkan aku mana manisnya itu?” Jawab lelaki itu lagi “ Aku tidak tahu mana manisnya, tapi aku dapat rasa manisnya “ Imam Hanafi pun meneruskan hujahnya “ Sungguh kau tidak Nampak manisnya tapi kau dapat merasai manisnya, begitu juga dengan tuhan, sungguh kau tidak Nampak TUHAN, tapi TUHAN ITU TETAP ADA ”. Lelaki itu termati hujahnya, dia kagum dengan kebijaksanaan Imam Hanafi. Sungguh kisah ini seperti sahaja apa yang ku rasa, sungguh angin itu sedap menyapa, ia tidak kelihatan. Begitu juga dengan ALLAH, aku tidak mampu melihatnya dengan mindaku yang sejengkal depa ini, dibanding dengan diriNYA yang MAHA PERKASA LAGI MAHA SUCI , hinanya mindaku ini untuk membayangkan dia sebagai makhluk yang banyak cacat cela. MasyaALLAH…




Hari ini, senarai peserta Kem Ibadah dipaparkan , nama aku tersenarai sebagai peserta yang bakal menyertai KEM IBADAH 2007, insyaALLAH akan diadakan di Karambunai. Hatiku cukup tertarik kerana aku memang lama mengimpikan untuk mempelajari ilmu-ilmu ISLAM yang selama ini aku abaikan sahaja. Selesai sahaja aku membacanya, aku bertembung dengan seorang pemuda, di sisinya juga ada seorang pemuda. Kacak orangnya, yang di sisinya pun tidak kurang kacaknya. Dia bernama Asyraf, pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan. Manakala di sisinya Izzudin juga pelajar tahun akhir jurusan Pengurusan. Mereka ini cukup terkenal di Universiti ini. Asyraf adalah presiden Majlis Perwakilan Pelajar, manakal Izzudin pula sebagai majlis Exco. Aku cukup kagum dengan dirinya Asyraf, beliau cukup berketerampilan, berwawasan, beriman ,berilmu, berkarisma serta bermotivasi. Ramai yang menaruh harapan kepadanya. Tapi tak ada seorangpun diberinya ruang dan kesempatan, kerana Asyraf hanya mencintai ALLAH yang satu. Ia takut dengan seksaan neraka. Ia takut mengundang bencana dan bala. Sedang aku?




Dipendekkan cerita, selesai sahaja KEM IBADAH itu, aku cukup-cukup TERBAKAR! Asyraflah yang menjadi KEM Komandan. ALLAHUAKHBAR! Tak tertahan hatiku dengan bicara MINDA nya. Penuh dengan fakta, penuh dengan gelora, penuh dengan kesaktian yang bisa menghancurkan seluruh keegoan dan kebongkakan dalam diriku. Baru aku sedar, banyak telah aku tertinggalkan dalam ISLAM. AKU LUPA bahawa ISLAM ini adalah satu agama yang menyeluruh, agama yang membina, agama yang memupuk Kekuatan. AKU LUPA….. Surah Al Baqarah “ Wahai Orang-orang yang beriman, hendaklah kamu mengambil Islam secara menyeluruh, janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan..” Baru aku sedar, apa yang aku bina bersama ALEXANDER itu HARAM disisi ALLAH. Satu BIDAAH BESAR buat ISLAM. AKu mencemarkan nama ISLAM. Aku termenung seketika…..aku sangat cinta pada Alexander….




Hujung Minggu ini, Alexander telah berjanji kepadaku untuk membawa aku bersiar-siar. Nafsuku menuruti tapi jiwaku terseksa. Aku jadi keliru tapi nafsuku membuak-buak membiarkan seluruh jiwaku kekotoran. “Argh, pedulilah!” bentak kata hatiku. Perpatah melayu menyatakan, “ Turut hati mati, turut nafsu binasa!” Benar sahaja kata-kata itu, pada hari yang dikatakan, Alexander membawaku ke suatu tempat yang cukup asing bagiku. TEMPAT itu adalah tempat sembahyang dia. Alexander memdesakku untuk masuk ke gereja. Katanya “ Jika kamu tidak mahu masuk, aku akan marah!” Biarpun aku tahu bercouple itu berdosa, tapi aku lalai dengannya. Tapi bagiku INI LEBIH DASYAT lagi dari bercouple! AAAAA…..aku keliru…aku keliru….Aku berpura-pura, “ Sayang, kejap ya, aku mau pergi tandas.” Aku pun meluru ke tandas. Aku menguncikan diriku dalam tandas. Lamaku termenung. Aku tidak percaya, sampai begitu nekadnya Alexander. Apa semua ini???? Dalam keadaan yang penuh dengan kelam kabut itu, aku mencapai Handphone…baru aku teringat, Asyraf….ya…Asyraf, barangkali si Asyraf ini mampu menolongku. AKu menekan bunat telephone itu, SMS “ Salam, tolong, aku dibawa ke gereja oleh teman lelakiku, boleh kamu bantu aku? AKu dipaksa…aku ISLAM”. Belum sahaja 20 saat, satu SMS bertandang ke handphoneku , “ Salam,Kamu di mana sekarang,Kami bertiga di dalam kereta ini, biar kami ambil kamu sekarang, boleh?” Melihat perkataan “bertiga”, aku membatalkan niatku. Aku membiarkan diriku berkurung di dalam tandas, biarlah busuk tandas itu, asalkan aku tidak sesekali mencemarkan diriku. Aku tidak mahu dipaksa sebegini. Walaupun aku bercouple, aku tetap tahu bahawa ALLAHlah selayaknya disembah. Kenapa harus ku menjejak kaki ku ke sini? Alexander mengetuk pintu tandas, “ MURNI! Kenapa kamu tidak mahu masuk????” Kamu bilang kamu cinta sama aku! Tapi apa ini???Kluar sekarang! Mari aku hantar kamu pulang!” bentasnya dengan penuh kebencian dan marah.




Bermula dari hari itu, Alexander telah menunjuk belangnya, rupanya dia mahu aku menukar agamaku. Benarlah kata-kata Asyraf sesame member tazkirah petang itu, pihak Kristian ini menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang lebih baiknya dimana, untuk mengorat selain dari agamanya untuk dibawa kepada agamanya. Baru aku sedar, semua ini perangkap dan muslimat yang jitu lagi padu. Rupanya, selama ini, Alexander menggunakan duit yang diberi Persatuan Pemuda Kristian untuk membelanjaku. “YA ALLAH! Betapa lemahnya aku sebagai hambaMU!” Dari apa maklumat aku dapat dari Asyraf, PPK ini adalah KYC(Kristian Youth Community). Mereka ini cukup kukuh dari sudut kewangan, kerana ramai di antara penyalur dananya adalah orang ternama dan kaya. Ada diantara orang Islam telah dimurtadkan dengan menggunakan dana yang diberi. Selalunya mereka ini akan mendekati ibu-ibu tunggal, orang-orang miskin yang beragama Islam, dan akhirnya dimurtadkan. Di mana perginya duit baitul MAL? Duit-duit zakat? Kebanyakkan telah dikebas dan dilahap menteri-menteri atau orang atasan??? Tidakkan mereka tahu itu adalah amanah? Yang lebih hinanya, satu peristiwa melandai sahabatku, Mira. Dia bercouple dengan pemuda kristian. Pemuda ini menggodanya, hingga membawanya ke ranjang. Akibat ketelanjuran ini, Mira mengandung. Dan pemuda itu member kata dua kepada nya.” Antara 2 sahaja…Antara kau masuk Kristian atau Anak itu aku tidak akan bertanggung jawab!” Kejinya perancangan mereka ini. Kejinya. Aku tak sangka, aku antara mangsanya. Tapi aku bersyukur pada ALLAH kerana aku terselamat dari perangkap musuk ALLAH. Aku tetap bersamaMU oh Tuhanku. Selama ini,ucapan cinta cinta Alexander itu rupanya SIHIR yang keji. Alhamdulillah, hatiku diberi penawar. ALLAH telah memilihku ke jalanNYA. Tak rugi aku ke KEM IBADAH itu. Penawar-penawar hatiku itu mampu menyekat buak-buak nafsu serta bentakan hati ini agar tunduk kepada yang MAHA ESA. RABBUL ALAMIN!




Sungguh hati ini kecewa dan hambar dengan perbuatan Alexander, tapi jiwa ini tetap mahu untuk counter balik serangan pada pihak musuh. Mula dari saat itulah, aku berjinak-jinak dengan persatuan Islam. Aku mengikuti Usrah-usrah. Membuatkan jiwaku mekar kembali. Mahu mengembali keIZZAHAN roh ISLAM dalam diri ini. Banyak yang aku tinggalkan aku berpaut kembali. Banyak yang aku tidak tahu, aku mulai tahu. Selama ini feminis di Malaysia menyatakan ISLAM ini menindas perempuan, padahal ISLAM itu membangkitkan Maruah Perempuan dari diinjak-injak. Dan dulunya, aku percaya feminis Malaysia ini adalah benar, menyatakan Equality antara lelaki dan perempuan perlu ada, hingga adanya IMAM perempuan. Rupa-rupanya, semua ini adalah kepercayaan yang karut marut. Yang bisa merosakkan Aqidahku. Bukankah ISLAM itu mengangkat martabat perempuan. Dahulunya di Yunani, perempuan tidak layak mewarisi harta. Dahulunya di ROM, perempuan itu hanya sekadar pemuas nafsu. Dahulunya di Arab Jahiliah, anak-anak perempuan dibunuh hidup hidup. Bila ISLAM datang, Maruah wanita dijaga. Wanita menjadi simbolik keagungan. Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim “ Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki IBu”. Ibu itu adalah wanita. Sebenarnya feminis Malaysia ini terhasut dengan ideologi barat yang banyak menyimpang. Di barat sendiri, ibu-ibu diperkosa, ada yang berzina dengan ibunya. Lebih menyedihkan, ada yang sanggup menjual ibunya sebagai hamba seks. Malah dasyatnya lagi, ada yang menjadikan ibunya hamba abdi! Bukan sekadar ibu, baru baru ini gempar lagi satu akhbar di barat, Bapak menjadikan anaknya hamba seks selama 30 lebih tahun. Gila apa yang melanda barat ini? Adakah pemikiran itu yang hendak diketengahkan oleh Feminis Malaysia ini? Tidakkah mereka ini membawa satu kegilaan ke tengah-tengah masyarakat yang punya maruah ini? Malah dalam ISLAM itu sendiri menjaga hak-hak wanita, hinggakan bila dicerai sekalipun, wanita tetap ditanggung. Berlainan dengan agama yang selain dari ISLAM. MasyaALLAH, rupa-rupanya banyak yang aku tidak tahu. Indahnya ISLAM.




Sepanjang satu semester itu, aku banyak melalui perubahan. Aku bersyukur pada ALLAH kerana diberi petunjuk dariNYA. Bersyukur juga, kerana dipertemukan dengan Asyraf yang memimpin persatuan ini hingga melahirkan keyakinan dan keuntuhan Aqidah dalam diri ahli-ahli persatuan Islam ini. Kami sangat menyayangi diri Asyraf seperti mana kami menyayangi diri kami. Firman ALLAH dalam Al Quran “ Setiap orang Muslim itu adalah bersaudara”. Kata-kata Umar Al Khattab R.A “ Tidak ada satupun lebih berharga oleh seorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh, apabilan kamu mendapati kewujudan kasih sayang dalam dirinya, peganglah ia bersungguh-sungguh ”
Petang itu, kami menunggu ketibaan Asyraf untuk slot bersama Presiden, cuaca agak mendung, hujan merintis seolah-olah kesedihan menangis. Mentari sipu-sipu terlindung disebalik awam, seolah-olah malu dengan diriku. Aku berbicara dengan sahabatku Izzati , “ Ukhti, bagaimana kalau….” Belum sempat aku berbicara lebih panjang, tiba-tiba Salam kedengaran.. “Assalamualaikum wrh bkth” dari pihak Muslimin. “ Ana ada satu berita yang sangat penting!” katanya dengan raut muka yang sedih..airmatanya jatuh setitik demi setitik.. “Minta semua antum-antumna bersabar dan tenang… Akhi Asyraf telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi…accident bersama Akhi Izzudin..tapi Akhi Izzudin patah kaki dan sekarang masih dirawat di wad kecemasan..perjumpaan kita batal…” Gemuruh seluruh saff tadi…siapa sangka, dia begitu awal pergi. Bertemu dengan kekasih yang abadi…




“Maha Suci ALLAH, yang memiliki segala sesuatu dan menguasai tiap-tiap sesuatu , kepadanya juga kita akan dikembalikan” (Surah Yassin, ayat 83)




*Cerpen ini hanyalah rekaan semata-mata tapi berkisarkan kisah yang benar, segala watak dalam itu tidak merujuk kepada sesiapa yang masih hidup mahupun yang mati. Semoga kisah ini member sedikit sebanyak nasihat dan tunjuk ajar.


Di karang oleh

Mohamad Syukrani bin Addi Saiful Rizal Voon
(Mantan Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu (sesi 2007/2008) )

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS