Monday, July 5, 2010

BerMusafir ke Ulu Kota


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat yang telah diberikan yang tidak terhingga nilainya, hanya mereka yang benar-benar bersyukur merasai kenikmatan yang tidak terhingga ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W atas usaha dan keringat baginda yang tidak terputus-putus dalam mendaulatkan ketamadunan manusia di alam sejagat ini, beruntunglah umat Muhammad yang benar-benar bersama baginda, tidak lupa kita doakan kepada para keluarga baginda, para sahabat, para tabi, para tabi' tabi'in, para shuhadah perjuangan agama yang mulia ini.

Alhamdulillah

Langkah awal ke ulu kota, Pakan Serikei bermula pada malam hari Jumaat(2/7/2010) bersama dengan orang kuat Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak yakni Pengerusinya Tuan Muhtar Suhaili, ditemani oleh Tuan Ali Murad pakar ekonomi Yayasan Amal Cawangan Sarawak. Inilah kali pertama syukrani memulakan destinasi "JELAJAH ULU KOTA" di Sarawak. Malam itu, kami bertiga bergilir-gilir memandu ke Sarikei dengan Mobil Pacuan 4 roda (Hilux Berwarna hitam)-milik Tuan Pengerusi. Perjalanan Malam itu adalah satu kenangan manis buat syukrani kerana itulah kali pertama syukrani memandu kereta 4WD.

Sepanjangan perjalanan ke Ulu Kota, banyak perkara kami biacarakan. Semuanya penuh dengan ilmiah dan intipati. Kami jua dihibuarkan dengan nasyid dari Kumpulan Raihan dan Rabbani. Terkenang dengan Ustaz Asri(Rabbani). Lunak suaranya menyemarakkan lagi perjalanan kami menuju ke Sarikai. Kami tiba di Sarikei pada pukul 4.05 pagi. Kami terus menuju ke masjid. Alhamdulillah, Masjid buka dan diamarahkan beberapa orang ahli Qariah yang komited dengan amalan qiamulail (amalan yang sewajarnya dilakukan oleh semua umat Islam) <- untuk muhasabah kita bersama. Selesai solat subuh, kami berehat-rehat sebentar sementara menunggu ketibaan Tuan Nuzul yang datangnya dari Kuching.Kami kemudiannya berjumpa di Kings inn(tempat penginapan beliau). Sejurus kemudian, Ketua(Tuai) kampung saudara baru pun tiba, ABang Azhar bersama dengan 2 orang anak muda yang juga dari Ulu Kota. 2 orang anak muda ini diletakkan harapan yang tinggioleh semua penghuni Kampung Saudara Baru Al Azhar ini, kerana mereka ini bakal melanjutkan pengajian di Darul Thaqaffa, Bangi. Mereka inilah yang bakal menjadi tunjuk ajar masyarakat Iban di Ulu kota.InshaALLAH, kita sama-sama doakan mereka. Kemudian, kira-kira pukul 8, kami mengorak perjalanan ke Ulu Kota dari Sarikei. Perjalanan memakan masa 3 jam kerana Jalan digunakan adalah jalan yang baru ditembok oleh Kontraktor Balak agak jauh dan panjang serta licin. Namun, cabaran ini tidak sehebat cabaran yang seterusnya.Kami sekali lagi dicabar apabila 4WD Saudara Muhtar tersentak di tengah-tengah perjalanan di Bukit Ulum akibat salut yang becak. Hampir-hampir sahaja kami terpelosok ke dalam parit tepi jalan. Kami terpaksa meninggalkan kenderaan dan berjalan kaki ke kampung saudara baru. Hampir 1 jam setengah. Namun, syukrani bersyukur kerana mendapat peluang ini. Bila lagi mahu berhadapan dengan cabaran seperti ini? Sambil-sambil mendaki bukit Ulum, syukrani sempat menikmati pemandangan yang indah di Ulu Kota. Sambil-sambil mendaki, mata sejuk memandang kehijauan bumi ciptaan Ilahi. SubhaNallah. Setelah tiba di Ulu Kota, kami berkesempatan berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Syukrani sempat bermain dengan monyet peliharaan abang Azhar. Yang agak "playful dan Friendly". Itu serba sedikit cerita Ekspedisi ke Ulu Kota. Boleh sahaja layari kisahnya di link bawah yang ditulis Tuan Ali Murad aka Sheikh Sambal Tumis: http://barukabordal.blogspot.com/2010/07/expidisi-ulu-kota-siri-7-mencari-redha.html Namun, ingin syukrani nyatakan beberapa perkara yang seharus diambil pengajaran yang diambil dari Ekspedisi Ulu Kota ini. 1- Bertaqwalah kepada ALLAH Atas kerana nilai Taqwalah, kita akan sentiasa berasa kuat dan cergas untuk menyebarkan Sinar Islam 2- Bersungguh-sungguhlah bekerja kerana ALLAH Kerana tiap-tiap kesungguhan itu pasti dinilai oleh ALLAH, nilai kesungguhan itu ALLAH berikan kemenangan 3- Sentiasa bersabar kerana dalam kesabaran itu adalah kenikmatan yang dirasai orang yang bersyukur, hujungnya pasti diberikan kemenangan 4- Kuasai ilmu Kerana ilmu itu penyuluh dan pemudah jalan dan bicara 5- Bermuafakat Kerana atas muafakat itu inshaALLAH membawa berkat. Moga-moga atas inisiatif musafir ke ulu Kota ini, akan membuka lagi ruang dan peluang untuk syukrani meningkatkan potensi diri serta mengoptimakan lagi kredibiliti syukrani selaku seorang Muslim, tidak jua dilupa buat para pembaca. Moga-moga di antara kita boleh menjadi Pendakwah yang Highly Capability!

Wednesday, June 30, 2010

Pengalaman dan Ilmu


Orang selalu berhujah atas pengalamannya. Di hujung pangkalnya, cuba membuktikan bahawa dirinya itu hebat dan berpengalaman. Benarkah itu?

Pernah seorang sahabat bercerita dengan saya, tentang kerasulan Nabi Muhammad S.A.W… kalaulah faktor usialah ditekankan, maka bukan Nabi Muhammadlah yang diangkat sebagai “Ketua Kota Madinah” . Itulah antara faktor kenapa pengalaman itu tidak begitu penting jika dibandingkan dengan ilmu.Kerana sedikit pengalaman tidak boleh disamakan dengan sedikit ilmu. Ilmu itu penerang jiwa. Maka pengalaman itu kisah yang lalu untuk dijadikan pengajaran di masa depan.

Kadang-kadang pengalaman seseorang itu hanyalah pengalaman biasa. Melainkan orang itu pernah mencipta sejarah, atau telah melalui sesuatu itu dengan penuh perit hingga ia menjadi peransang kepada pejuang-pejuang yang lain. Maka itu boleh dijadikan sebagai “perkongsian pengalaman”. Namun, perlu diingat, pengalaman itu bukan hujah. Pengalaman itu hanya boleh digunakan untuk perkongsian.

Kenapa Hujah tidak boleh didasari dengan Pengalaman? Pengalaman kehidupan seseorang itu hanya boleh dijadikan pedoman. Bukanlah hujah untuk menentukan sesuatu hukum atau perlaksanaan tugas sebagai seorang Da’ei. Namun, coraknya..pengalaman hanya boleh dijadikan “titik tolak” perlaksanaan. Namun sejauh mana, relevensi pengalaman seseorang itu? Sedangkan pengalaman nya hanyalah pengalaman biasa. Bukanlah pengalaman yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Pernahkah dia Berjaya mencipta sejarah? Pernahkah dia Berjaya melaksanakan sesuatu atas dasar pengalamannya? Sebab itu apa-apa pun, pengalaman seseorang, perlulah kita selidik kebenarannya. Kadang-kadang hanyalah buah-buah kata untuk membuktikan dirinya “HEBAT”.

Sewajarnya sebagai seorang bergelar Mahasiswa, perlu mengetahui titik tolak sesuatu andaian. Mahasiswa dapat menilai dahulu setiap perbuatan sebelum melakukannya. Jadilah Mahasiswa yang matang di dalam beragama. Pastikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan agar hidup kita tidak terjerumus ke dalam perkara yang dimurkai Allah.

Islam membentuk minda yang kritis untuk menilai. Maka setiap penilaian perlu didasari dengan Al Quran dan AS Sunnah. Bukanlah pengalaman. Dan setiap sesuatu itu perlu didasari dengan ilmu. Bukan ilmu yang diceduk begitu sahaja, ia perlu diselangi dengan penyelidikan dan pembacaan yang luas.

Sesungguhnya Perintah Menjauhi Taqlid amat jelas disebut oleh Allah swt dalam Al-Quran (Surah Al-Isra : 36).



"وَلاَ تَقْفُ مَا لَيسَ لَكَ بِهِ عِلْمُ إِنَّ السَّمْعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسئُولاً" (لأسرا: 36)


"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan."

(Surah Al-A'raf:3)

" اِتَّبِعُوْا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُم مِن َّربِكُم " (الأعراف: 3)


" Dan ikutlah apa yang diturunkan oleh tuhan kamu (Allah)"

Sangatlah buruk perbuatan mereka dan sebahagian besar masyarakat yang masih berpegang kepada sangkaan dan keyakinan mereka bahawa mereka benar tanpa penyelidikan, penelitian dan pengkajian bagi mensabitkan apakah selama ini mereka berada dalam kebenaran atau selama ini mereka berada dalam penipuan, kesesatan dan kesilapan. Sesungguhnya sangka-sangka mereka sangatlah tidak bermanfaat dan tidak menyelamatkan mereka sedikitpun.

Benarlah kalam Allah swt :

"إِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الحَّقِِ شَيئًا (يونس :36)"

" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36).

Konklusinya di sini, perluaskan pembacaan kita dengan bergurukan guru yang mursyid. Banyakkan bermuzakarah dengan yang berilmu, malah rapatkanlah silaturahim dengan yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh. Berpegang teguhlah kita pada tali ALLAH. Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi.

Hamba ALLAH.

Friday, June 11, 2010

“there are so many colour in the rainbow…”


“there are so many colour in the rainbow…” nasyid zain bikha yang bertajuk flowers are red dialunkan. Aku cuba menghayatinya. Indah kalimat itu bagaikan melihat mentari terbenam di ufuk. Namun tak ramai menghayatinya dengan kesungguhan. Namun aku cuba mencari makna inti tersurat dari kalimat-kalimat itu agar aku menjadi seorang yang yang berfikir . Seperti mana firman ALLAH dalam Surah Al Baqarah ayat ke 219

“ Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”

Kalimat “there are so many colour in the rainbow…” membuat aku mengimbau kembali peristiwa yang lalu dan sekarang. Aku adalah anak peranakan cina, melayu dan keturunan asia tengah. Namun, aku hidup sebati dengan budaya Melayu. Lahir di kampung Melayu, membesar di kampung Melayu. Makan makanan Melayu…membuat aku hidup sebati seperti orang Melayu. Namun, aku cukup hairan, di kalangan warga cina di sekelilingku. Mungkin kerana faktor budaya dan masyarakat yang kurang berinteraksi secara ligat,ada di antara kita gagal menilai entiti bangsa dan agama. Maksud aku, bangsa adalah bangsa. Bangsa tidak mewakili agama. Manakala Agama adalah untuk semua. Ada persepsi masyarakat yang aku rasa kurang enak adalah, asal cina, pasti ditakrifkan sebagai “kafir” yakni bukan beragama Islam. Padahal, bangsa cina lebih banyak keislamannya berbanding melayu di bumi Malaysia. Seperti mana firman ALLAH dalam surah Al Hujaraat Ayat ke 13:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”


Alunan nasyid terus bermundang di laptopku….“there are so many colour in the rainbow,so many colour in the morning sun, so many colour in the morning sun and I see everyone” …suara seorang budak kecil itu cukup enak didengar ia memperingatkan pada kita bahawa kita wajar bersatu biar berlainan rupa, bangsa, ciri-ciri dan pelbagai bahasa. Ia tetap menjadi satu adalah satu pandangan anak kecil.
Sebenarnya alunan nasyid ini berkisarkan kisah seorang budak lelaki yang berpindah-pindah sekolah, ketika itu dia mewarna bunga dan segala-galanya pelbagai warna. Namun cikgunya tak bersetuju. Tapi anak kecil bijak ini menyatakan….
“ Flowers are red, Green Leaves are green”…they are only one way to see flower that is they are always been seen…but
“there are colour in the rainbow, so many colour in morning sun, so many colour in the flower and I see everyone”

*apa-apa yang diamalkan dalam budaya melayu, tidak semestinya ajaran Islam, apa-apa yang diamalkan dalam budaya cina tidak semestinya bukan ajaran Islam. Ini bukan bermaksud pluralism, tapi Islam mengajar ke arah kebaikan seperti mana dalam budaya cina yang sentiasa menekankan penghormatan kepada orang biar tua mahupun muda, biar miskin ataupun kaya - itu adalah di antara ajaran Islam yang syumul. Namun, ada di antara yang mengaku Da’ei gagal menerap nilai menghormati orang lain. Lebih gah, ia melihat dirinya mulia dari orang lain, sehingga sanggup melakukan penghinaan dan merendah-rendahkan kreadibiliti dan kemampuan orang lain. Adakah ini ciri Da’ei yang ditarbiyyah secara professional? Kita berbeza, namun kita perlu membina sifat “penghormatan” di antara satu sama lain.
Saya syorkan kepada adik-adik di Kampus, janganlah memanggil yang lebih tua usianya dengan panggilan nama,ia menunjukkan ketidaksopanan. Apatah lagi “membelek-belek” nametag orang yang lebih tua, seperti memperanjingkan, sebab nametag tergantung itu ada tali. Hati-hati dengan sikap yang nampak tak “sengaja”. Sesungguhnya orang-orang beriman ini berhati-hati dalam tingkah lakunya.

Sunday, June 6, 2010

Keluhan Isian hati

Keluhan isian hati , adalah sajak pertama saya nukilkan untuk majalah sekolah(the Queen). Namun, ada kisah di sebalik karya saya ini. Ada yang tidak percaya ia adalah karya saya, seolah-olah saya meniru..sedih, namun itu saya tidak akan terhenti begitu sahaja. Saya kongsikan dengan anda...terimalah:



Keluhan isian hati
Penuh duka melandai jiwa rohani
Meneroka segentian kandungan isi hati
Penuh sengsara menahan muatan yang terperap di dalam
Dikeluh satu persatu
Nasi habis menjadi basi
Mengelamun memikirkan keperitan naluri jiwa
Yang sengsara
Ditimpa oleh suara dari segilintir mulut yang membusukkan.

Kata-kata kesat melobori seisian ruang halaman
Sarat dengan kekotoran dunia yang menjijikan
Memualkan fikiran yang dilema kekeliruan
Menyebabkan sekumpulan lalat hinggap
Lalu melayang nyawa mereka
Inikan kuman sekecil habuk
Batapa kejinya anjing pelopor di pentas dunia

Detik demi detik
Kian menghantui seisian jantung
Yang bertahtakan duka dan kecewa
Mengakhiri segala kata-kata kesenian
Pengakhir zaman kegemilangan sulat melaka yang penuh
syahdu
Lalu mengekstrakkan seisian muntah
Yang keluar dari rahang mulut si pengkhianat
Meloyakan satu dunia seni manusia
Yang berjiwakan mahkota naluri hati

Sejenak
Keperitan mula melandai arus gelombang
Menyeksakan hati yang lembut,ikhlas,harmoni
Hinggakan tiada apa apa yang mampu meringankan
Inikan mengakhirkannya.

Denyutan kian ketara
Mendatarkan segenap jiwa
Kata-kata mahupun bisikan
Kian kedengaran di merata-rata
Yang bisa lagi pedih rasanya
Melaratkan sebuah hidup yang penuh berirama

Sedegup impian kian berkecai
Mengakhiri hidupan yang kian meliar
Tiada penghujung di akhir kata
tiada semangat kental yang mampu menentang
Hanya mampu membuka mata

lihatlah betapa besarnya komplot ini
Seinci ruang pun tiada diberi
Bahkan semuanya terisi
SEgala kejian dan hinaan
Kesat sungguh rancangan ini
Keji betul pengotor pentas agung ini
Hinggakan menjadi semangat luntur begitu sahaja

Sejenak isian hati pun mulai runtuh
Satu persatu
Perlahan-perlahan
Lama-kelamaan tiada lagi harapan
Maka punahlah impian
Dan akhirlah zaman
Pelopor pentas dunia
Kiamatlah hidup
Si Duka Sengsara


_____________________________________________________________________________________
karya 2002

Thursday, June 3, 2010

Perjalanan..


Lepas Ujian sahaja, sahabatku hafizul ajak keluar makan...aku pun jalan terus ambil kesempatan untuk beli tiket BUS..rm20.80 *tronoh-kl

tadi dalam bus, sempat aku menitip sedikit Nota untuk "entry" baru..moga2 aku terus istiqamah dalam dunia Blogging.

Hari tu, aku berkesempatan duduk dalam seminar "muzakarah ulamak dan cendiakawan"..Topik banyak berkisar tentang dunia Maya yang tanpa sempadana. Banyak intipati nak dikongsikan. InshaALLAH ada peluang, akan ditulis jua, untuk dikongsi bersama. Moga-moga aku terus "ikhlas" bersama dunia Blog.

Sama-sama kita berdoa moga-moga ALLAH menisbatkan kita di kalangan yang bertaqwa dan beriman kepadaNYA.

-KL SENTRAL-

Sunday, May 30, 2010

NOTIS AMARAN!


Cuaca di bumi tidak lagi sestabil dahulu. Para pengkaji cuaca pasti ramainya kehilangan kerja, kerana ramalan yang dibuat tidak tepat.Itu adalah satu kisah Dunia yang tersembunyi dan tak pernah dirungkai. Namun, yang hendak diceritakan di sini, adalah sebuah KISAH BENAR tentang DUNIA.

Dunia semakin Bercelaru!
Saya pasti semua setuju dengan kenyataan saya ini. Kecelaruan di dunia ini, bukanlah akibat cuacan yang tak stabil, atau kerana Alam yang berubah wajah. Namun atas kelakuan,tindakan dan respons manusia terhadap alam. Kerana itu, alam pun berbicara dengan manusia. Sedikit demi sedikit "kenyataan alam" dikiaskan dalam bentuk "bahasa yang halus". Namun, masih ramai yang tak mengerti. Sehinggalah satu ketika, alam sudah BOSAN dengan bahasa sopan itu. MAKA DATANGLAH Kemarahan ALAM DENGAN BENCANA yang lebih DASYAT. Ditafsirkan sesetengah Pengkarya, itulah Bicara TUHAN. Namun, pada pandangan diri ini, TUHAN telahpun berbicara lama...melalui UtusanNYA, diberikan peringatan sentiasa melalui alam. Setiap masa...Hikmah dan peringatan ini berterusan. Hanya orang mampu berfikir sahaja mampu memahami nya.

Al A'raaf ayat ke 54:

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy[1]. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam."


Perlukah lagi keterangan lain untuk kita dengar? Sedangkan Kita sudah tahu, bahawa ALAM itu milik ALLAH, ia ciptaan ALLAH, dan ALAM telahpun menunjuk KEHEBATAN KUASA PENCIPTAAN. Namun, begitu ramai lagi BERANI MEMBANGKANGI KUASA ALLAH.

Surah Al Hasyr ayat ke16

"(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) shaitan ketika dia berkata kepada manusia: "Kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, karena sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta Alam."




Ada yang Sanggup Meninggalkan SOLAT, atas alasan "KERJA", padahal "MALAS".
Ada yang sanggup menjadi MURTAD, atas alasan "CINTA", padahal "HAWA NAFSU".
Ada yang sanggup menjadi LIBERAL, atas alasan "kesarataan", padahal "TAKUT DIKRITIK".
Ada yang sanggup menjadi PENJAHAT, atas alasan "TIDAK ADIL", padahal "HATI MEREKA ZALIM".


Surah Fushshilat ayat ke9:
" Katakanlah: "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam."



Al Jaatsiyah ayat ke 18:
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. "


ketahuilah,

Betapa ramai manusia yang perit lagi derita hidupnya kerana hendak Mengamalkan ISLAM, lebih peritnya mereka, ada yang dibunuh, dikelar, didera, diseksa...
Sedangkan yang ramai di antara kamu yang mahu MURTAD itu adalah hanya KERANA "HAWA NAFSU" yang mengjahanamkan DIRI.

Maka bersedialah di Hari Akhirat...BErSEDIALAH DENGAN API NERAKA yang LAGI DASYAT DARI API DUNIA..............
BERSEDIAKAH KAMU?

Surah Al Hajj ayat ke 19.
"Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka. "



Al Mu'minuun ayat ke104:
" Muka mereka dibakar api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat. "


Surah Al Qamar ayat ke 48:
"(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka. (Dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah sentuhan api neraka!"





[1]-Bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dsan kesucian-Nya.

Saturday, May 22, 2010

Sebalik cahaya neon

Terang lampu neon itu, berpinar jua mata jika ditenung lama. Namun, disebalik cahaya neon yang terang itu, terdapat satu daya yang hebat yang menyebabkan mentol berisi neon itu menyala. Itulah ia yang dinamakan daya gerak elektrik,yang menghasilkan komposisi yang kuat itu, dan hasil dari ransangan itulah gas neon yang terisi dalam corong kaca menyala. Namun, persoalan di sini, bukanlah mengenai pencahayaan Lampu Neon.Tetapi adalah, bercerita tentang "hidden energy"....

Saya adalah manusia biasa seperti kalian. Hidup yang saya harungi, penuh duka dan manis. Saya percaya, tiap-tiap kita punya keperitan dalam hidup, begitu juga dengan manisnya. Namun, hidup ini tidaklah seperti alam fantasi yang sentiasa di pertontonkan di kaca tv. Indah sentiasa, menang sentiasa, gembira sentiasa. There are no such things so called "HAPPY ENDING".

Kerana Hidup akan tetap tamat. Tamat dengan keadaan Kiamat, atau MATI!

Surah Al 'Ankabuut, ayat ke 59 marhumnya:
'Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. '

Walaubagaimanapun, hidup tetap perlu diteruskan. Kerana hidup itu adalah satu cabaran untuk menjadikan kita sebagai golongan yang terbaik.

Dalam Surah Al Kahfi,ayat ke 7, ALLAH menyebut, marhumnya:
" Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya"

Tiap-tiap kita punya "hidden Power" yang perlu diterokai. Paksinya mudah sahaja, jika kita berpegang pada ajaran Al Quran dan AS Sunnah. Ini adalah tipsnya:
  1. Mempunyai aqidah yang sejahtera.
  2. Beribadah dengan ibadah yang sahih.
  3. Mempunyai akhlak yang mantap.
  4. Sentiasa bermujahadah lawan nafsu.
  5. Mampu berdikari.
  6. Kuat tubuh badan.
  7. Sangat menjaga waktunya.
  8. Sentiasa teratur urusannya.
  9. Luas ilmu pengetahuannya.
  10. Bermanfaat kepada orang lain.
InshaALLAH, jika kita berpegang penuh pada 10 tips ini, inshaALLAH, kita akan ketemui "hidden POWER" yang bisa memperkukuhkan kedudukan kita sebagai UMAT YANG BERJAYA.

Selamat berjaya!