Sunday, July 26, 2009

Nak pa klakar kitak ya?

Apa kata kitak?

Selalunya, anak muda Saghawak(Sarawak) adalah anak muda yang diklasifikasikan sebagai orang mudah menerima idea atau lebih senang dikenali sebagai OPEN MINDED. Tapi benarkah semua ini? Hakikatnya lihatlah penerimaan anak-anak muda Islam Sarawak terhadap fenomena “Shuffle” , couple, underground, HIP HOP(ketika dulu) , PUNK, SKIN HEAD dan sebagainya. Ya, benarlah, anak-anak muda Sarawak adalah anak-anak yang senang menerima PERKARA-PERKARA yang menjadi alternatif pada dirinya. Yang membolehkan dirinya meraih popularity di kalangan anak-anak muda. Atas sebab apa? Baagaimana fenomena ini menular? Adakah kerana anak-anak muda Sarawak ini berketurunan para Pahlawan-pahlawan seperti Rentap? Syarif Mashahor? Ataupun Rosli Dobi pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah air Sarawak?
Hakikatnya, ramai di antara anak-anak muda Sarawak ini kurang menghayati erti PERJUANGAN akibat terleka dengan anasir-anasir luar yang tidak sihat. Adakah ini kerana anak-anak muda Sarawak telah kehilangan SEMANGAT KESARAWAKAN?
Penerimaan secara “OPEN MINDED”:
1- OPEN MINDED adalah salah satu ideologi yang diterapkan oleh LIBERALISME. Yakni meraikan segala pemikiran kerana beranggapan tiada beza antara semua. Semua adalah sama dan benar.
2- OPEN MINDED berkisarkan anasir-anasir “LUCAH” sahaja.
Pernah tak kita terfikir? Bahawa OPEN MINDED sebenarnya adalah berfikiran terbuka malahan mampu menggarap yang baik. Anak-anak MUDA Sarawak selalu mengutuk kawan-kawan mereka yang tidak mahu mendengar celoteh “lucah” dan dilabelnya kawan-kawan mereka itu sebagai OTAK SEMPIT. Walhal hakikatnya, mereka inilah OTAK SEMPIT. Ini kerana, apabila diceritakan tentang kisah-kisah ISLAM, tentang Akhlak, tentang Fiqah dan sebagainya yang kea rah positif. Mereka terus menerus cuba menutup ruang padahal sebagai seorang yang OPEN MIND yang mereka klasifikasi seharusnya mendengar dan cuba menggarap apa yang terbaik pada diri mereka. Dan ini yang sebenarnya harus mereka lakukan jika benar-benar mereka ini golongan yang OPEN MIND.
Sangat diakui, budaya di Eropah dan US adalah budaya OPEN MIND. Tapi, ketahui, OPEN MIND mereka ini tidak menyempitkan mereka untuk berbincang tentang soal AGAMA, soal POLITIK, soal PELAJARAN ataupun sebagainya. Malahan, di kalangan mereka, setelah perbincangan turut membuat kajian yang khusus mengenai perbincangan yang sedia ada. Namun, budaya ini jarang ditanamkan pada dada anak muda.
Seharusnya budaya OPEN MIND itu diklasifikasi sebagai MINDA yang terbuka kepada semua perkara dan menggarap perkara-perkara yan baik untuk dianalisa dan diperhati serta dikaji. BUKAN NYA MENYEMPITKAN MINDA yang terus tersepit untuk mahu maju!
Kenapa harus ditutup MINDA untuk agama?
Adakah AGAMA itu satu ancaman kepada Kemajuan?
Adakah AGAMA itu kolot?
Adakah AGAMA itu ketinggalan?
Adakah AGAMA itu menyempitkan?
Sebenarnya, cara kita berfikir TIDAK MEMBUKA MINDA(OPEN MINDED) itulah menyebabkan fikiran kita kolot. Tak Maju. Lupa Tuhan. Lupa Daratan. Lupa Jati Diri.

Jika benarlah ISLAM itu satu sekatan kepada kemajuan......
Tolong buktikan. Jika tidak…saya percaya, kalian sudah menampakkan pelbagai BUKTI yang jelas bahawa ISLAM itulah punca yang menjadikan adanya teknologi-teknologi yang tidak mampu difikirkan otak manusia yang terhad. Kajian-kajian para Ulamak(Ibnu Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Kathir dan sebagainya) telah menyumbang kepada TSUNAMI Tamadun di Eropah setelah mengalami perubahan setelah berkurun lama BERGELAPAN dengan sistem Feudal. Zaman kegelapan Eropah. Sebab apa sidak ya berjaya? Adalah kerana, sidak nampak "ISLAM" membawa rahmat kepada Alam. Namun, sidak sisihkan banyak nilai-nilai yang murni dalam ISLAM, sebab ya tamadun sidak ya sik SEHEBAT ne pun jika dibanding peradaban ISLAM yang banyak dicatatkan sebagai asas kajian-kajian ilmuan.

Anak-anak Sarawak. Kalaulah kita nak maju, perlu kita buka minda kita (open minded) kepada agama ISLAM. Percayak atau sik….terpulang pada OPEN MINDED sik cara kita berfikir?Kadang-kadang kita padah kita tok OPEN MINDED. Tapi, bila orang klakar pasal agama, lalu kita lari, yalah tek OPEN MINDED?
Ne gaya?
Jum...kempen OPEN MINDED towards ISLAM
Syukrani
Hutan Simpan Niah
Open Mind Training Centre

Wednesday, July 22, 2009

Ajaib?


Maha Suci ALLAH, langit itu dilakarnya lukisan yang karya MAHA AGUNG....cincin berlian di angkasa.

Friday, July 17, 2009

Pergi nya Permata Sarawak

"tenggelam tenggelup" sinar Islam di Sarawak tapi ia tetap MEKAR. Warisan Islam kelihatan terpana di dada pemuda pemudi Sarawak, adalah hasil didikan orang tua-tua yang terdahulu. Kalau dulunya ada Syeikh Uthman As Sarawaki kelahiran Kuching Sarawak meninggalkan bumi kenyalang untuk bertemu "Kekasih Agung". Kini Alam Kenyalang berduka lagi. Beliau Bekas Presiden PMRAM di Cairo ketika dahulu. Sangat-sangat bersemangat orangnya. Merupakan Bekas Kadi Besar di Sarawak. Alam Sarawak perlu digemblengkan lagi tenaga untuk merangka anak-anak muda sepertinya.

Dukacita dimaklumkan, Ustaz Awang Pon bin Awang Sebon telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 25 Rejab 1431 Hijrah bersamaan 17 Julai 2009 di Shah Alam. Semoga ALLAH menempatkan beliau bersama para solihin. Al Fatihah.


Blog Allahyarham Ustaz Awang Pon Awang Sebon

Thursday, July 16, 2009

KONSERT AMAL MERDEKA 2009


Assalamualaikum wrh bkth!
Berita GEMBAQ! KONSERT AMAL MERDEKA 2009!
Caya beb! Ramli Sarip....Azhan Atan dan Akhwan Affandi datang!!!

RM25 sahaja
Sambil berhibur sambil beramal. Duit akan disumbang kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, OKU dan sebagainya. Apa lagi???
15 Ogos 2009
Stadium Tertutup, Miri
Dapatkan tiket2 dari:
Sdr Syukrani (Piasau: 013-8832372), Sdr Azwani (Senadin: 013-3603290), Ustaz Fauzi (Piasau: 016-8164466), Sdr Ali Murad (Pujut: 013-3640105), Sdr Idris (Taman Tunku: 019-8878414), Sdr Mizan (Senadin: 019-8297425), Sdr M Arifiriazul (Permyjaya: 013-8377505), Ustaz Arisan (013-8336027), Ustaz Muzaha (Luak: 013-8361203), Ustaz Borhan (Bakam: 019-8848154), Sdr Wan Syahiduddin (Lutong: 012-2070370), Sdr Muhammad (IKBN, 016-8703981), Sdr Saifuldin (ILP: 016-6127588), Sdr Islah (Curtin: 012-7786314), Sdr Dzaidin (PCSB: 012-4657256), Sdr Muhtar (SSB: 016-8909717)

Sdri Zaimah (Tudan: 019-5776559), Sdri Fatimah (Luak: 013-8130703), Sdri Bazilah (Permyjaya: 013-8399505), Ustazah Ainul (Piasau: 013-6526843), Sdri Wan Lydia (Pujut: 013-8200904), Sdri Hawa (Senadin: 017-2595032), Sdr Laila (Lutong: 012-4299533), Ustazah Hasnita (IKBN: 019-5566078).


Sekian. "Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber'amal Kerana ALLAH."

Sunday, July 12, 2009

Persoalaan di hati?

Tiap-tiap manusia punyai jiwa yang dikira unik. Kerana apa unik? Kerana ia mempunyai pelbagai persoalan yang berasingan. Ada yang berupa soalan senang. Ada berupa soalan susah. Ada yang sangat rumit dan ada yang cukup mudah. Namun, semuanya berpeleseran di sekitarnya sahaja. Yakni asas kepada persoalan:
1- Siapa?
2- Di mana?
3- Bagaimana?
4- Kenapa?
5- Bila?
6- Apa?
Namun, setiap persoalan ini tidak semudah dianggap. Sebab itu perlu adanya titik rumusan untuk setiap persoalan. Apabila titik rumusan ada, maka persoalan itu mudah untuk dicapai jawapannya. Saya percaya, ramai di antara kita mempunyai nada hati, yakni nada yang berbicara kepada sendiri(dinamakan monolog pada diri). Biasalah, orang selalu bermonolog pada diri dihujungnya, ia akan terus sesat di peleseran persoalan hatinya. Sebab apa? Sebab kerana ia soalan tadi tidak mendapat satu rumusan yang lebih terperinci. Sebab itulah, perlunya interaksi sosial dalam kehidupan ini. Jika tidak, pastinya seseorang itu dihantui persoalan di hati. Dan persoalan itu sentiasa berlegar dalam mindanya yang keseorangan. Itu kepastian yang berlaku. Namun, perlu diingat juga. Jika tidak wujudnya persoalan di hati. Interaksi pada diri yang sepatutnya berlaku tapi tidak berlaku membolehkan sebab perasaan seseorang itu menjadi pasif. Tidak mampu respond kepada sesuatu yang diperlukan oleh diri dan masyarakat. Ini boleh menyebabkan ketidak stabilan sistem SOSIAL pada diri. Dan boleh melumpuhkan kadar interaksi seharian seseorang. Sebab itulah, setiap perkara itu perlu wasatiah. Yakni bersederhana. Jangan berlebih-lebihan. Jika tidak, ia akan membawa kemudharatan. Namun, ia perkara ini perlu dilatih dengan perlahan-lahan. Dan ia perlu dibuat sejak mula lagi. Jika tidak, kepesatan minda berfikir akan menjadi tandus dan kurang efektif. Jadi, ubat bagi penyakit ini adalah "membaca". Sebab itulah wahyu pertama kepada Rasulallah S.A.W di Gua Hira' itu adalah "Bacalah dengan nama TuhanMu yang Maha Pemurah" (Surah Al A'laq, ayat 1-2).

Maka, jika ada persoalan yang timbul di hati, carilah Buku yang bermanfaat, yang boleh menjawab persoalan di hati. Namun, saranan saya, bacalah Al Quran. Inti patinya cukup-cukup dan sangat-sangat membina. Pasti persoalan itu terjawab. Dan hati akan menjadi tenang. "Hati akan menjadi tenang apabila mengingati Tuhan".
Percayalah, dari pembacaanlah "persoalan di hati itu" akan terjawab.Kerana ia adalah interaksi dua hala antara BICARA penulis yang berilmu yang dirakamkan dalam buku untuk dikhatamkan oleh pembaca. Sebagai satu perkongsian cara mengadaptasikan idea dan pengalaman yang pastinya melegakan kehausan minda dan jiwa para pembaca.
Tetapi, persoalan di hati juga perlu diperhalusi dengan berbicara dengan manusia. Akal keseorangan cukup terhad. Tapi jika digabungkan, inshaALLAH tak teramal nilai hasilnya.
Apa pun jua, berbaliklah pada asal. Tawakal pada ALLAH
Syukrani
Alam hati

Thursday, July 9, 2009

Surat Debat Tuan Guru yang ditujukan kepada PM

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab. Sarjana Perundangan Islam



http://www.blogtokguru.com/pages/posting/17/surat-debat-tok-guru-kepada-pm

TEMUDUGA TERBUKA KHAS UNTUK SEMUA!


TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda
Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di
dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut)
orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat
itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah
kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada
sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua
kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah
ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya
: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua
hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan
masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada
mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka
berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat)
tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang
seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu
ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah
pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga
kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat
insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya
itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di
dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya
seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini...!