Monday, January 5, 2009

Hai ANAK Watan SARAWAK!

Bumi Sarawak.. Kelihatan melaimbai-lambai..kehijauan menyubur, mencerahkan seisian alam. Jauh di hutan, kedengaran burung berkicau-kicauan, udara yang segar menguasai ALAM. Indah, Permai, tenang..dan bersahaja jiwa dengan keindahan ciptaan ALLAH yang esa. Jauh di angkasa, berkepul-kepul awan-awanan bergumpal menghasilkan hujan. Rintisan air itu tidak terhenti-henti, menjadikan alam kembali lembap. Untuk mekar di esok hari.

Itu kisah alam. Ini pula kisah dakwah. Di sebalik tabir sejarah Sarawak. Bumi yang kehausan da'ei. Datang seorang pejuang, membawa risalah an biya'. Lalu disebarkan ke sepelosok alam. Untuk mengagungkan pencipta keajaiban ALAM. Sorotan sejarah ini, telah disaksikan sendiri. Hingga adanya benih-benih panji, sang mekar pengutus cinta Ilahi. Jauh dari dini, terlakar sebuah kisah, seorang anak watan menjadi tuan besar mengajar di Mekah Mukaramah. Syeikh Uthman As Sarawaki. Tapi itu cerita duhulu. Ini cerita sekarang. Bak alam yang dirintis hujan, mana perginya kesuburan tanah Sarawak?

Benar, Sarawak bumi yang subur. Inilah medan yang sebenar dan mencabar. Kompilasi dakwah perlu disemaikan, agar strategi dan penggalasan idea mencurah terbenam di hati. Bukan kritisan yang dicari, tapi tenaga dan kerahan yang ditagih. Banyak sudah dilalui, rungutan dan kejian sahaja didengari. Apa sudah jadi? Kerana leka dengan kesuburan ALAM? Kerana leka dengan kemewahan ALAM? Hingga lupa Pencipta kesuburan dan kemewahan? Hingga lupa pada pengutus cinta abadi?

Jangan hingga nanti, Sarawaklah bumi padang jarak padang terkukur."Na'uzubillah"... Lihat sahaja sorotan sejarah, Bumi Kosovo, bumi Ambon, bumi Chehnya, Bumi Bosnia, Bumi algeria, bumi Kashmir, bumi Iraq....dan yang terbaru ini BUMI PALESTINE! Telah dirobos dan dirogol segala kemegahannya. Hingga kini, tercalar buminya. Sedangkan, bumi itu tadi adalah BUMI yang mekar dan indah. Bumi yang kaya raya.

Jangan terngadah baru terhantuk!
Jangan ditumbuk baru menggalas!

Jangan...biar hidup ini penuh dengan nadi-nadi bunyi yang berbeza. Gunalah warkah minda itulah untuk menjadi pengatur menjadi ia tersusun rapi. "PREVENTION better than Cure".
Sedang barah-barah telah tersusuk di sanubari. Ter ukir satu nama...yang membuahkan kefasikan dan kejahilan. Iaitu " keRosak Aqidah!"
"Tidak akan redho Yahudi dan Nasara, melainkan kamu mengikut jejak langkah mereka ...." (ayat ke 120 Al Baqarah)

Apa sahaja laungannya, lihat sahaja tata cara hidup di Sarawak. Belum pernah dilihat Muslim berpakaian seelok-eloknya. Seolah menafikan diri itu Muslim. Atau sekdar pada namanya. Bukan pada praktikalnya. APa yang mereka percaya? APa benar mereka lupa Neraka dan Syurga itu ada? Apa mereka lupa Dunia ini milik ALLAH? Atau sengaja membuta tuli telinga? Atau sengaja menjaja muka tak seberapa?

Hari-hari alam berbicara, mengkhabarkan betapa benarnya firman ALLAH. " Setiap yang hidup pasti akan merasa mati!" (ayat 185 surah Ali 'Imran)
"Maha suci ALLAH yang memiliki segala sesuatu, dan kepadaNYA jua kita akan dikembalikan" (ayat ke 83 surah Yassin)

Khabar-khabar itu bukan khabar biasaa, itulah sapaan alam menyatakan dunia ini MilikNYA.
Jangan..jangan sampai waktu itu, jiwa dan raga telah dibeli janji syaitan yang dilaknat. Jangan sampai waktu itu, jiwa dan raga terikat dengan Dunia yang fana.

Bangkitlah anak watan Sarawak
Sayangilah Bumi Sarawak
Mekarkanlah ia dengan kalimah Agung itu
Nun di sana, pasti terbina satu empayar
Kemurnian dan Kesejahteraan.

Yang bidadari menanti
Membicarakan keindahannya
Yang tersergam untuk kepuasan manusia
Empayar Islami

Friday, January 2, 2009

JANGAN!

"Happy new year!" bicara seorang wanita berhijab kepadaku sambil tersenyum. Sebelum dia beredar, aku sempat tersenyum dan membalas kepadanya " Selamat menyambut Maal Hijrah 1430 Hijrah!" Dia tersenyum dan beredar. Kemudian, pakciku membentak, " Rupanya kita masih dijajah!" sambil tersenyum kepadaku. Mana tidak, kenapa harus diucap Happy New Year dan kenapa tidak diucap Selamat Menyambut Maal Hijrah?

Anak-anak muda telah dicucuk jarum ideologi barat yang membinasakan. Diselit-selitkan jarum-jarum hedonisma yang melalaikan. Pelahan-lahan ia menjadi barah dalam masyarakat. Hingga yang sewajarnya disambut di anaktirikan. Lihatlah sepanjang ramadhan. Ramadhan sebulan itu dilalui bagaikan melalui kesengsaraan. Itu pemikiran mereka yang telah diselit jarum-jarum iblis. Dan hari Raya pula disambut bagaikan NAK RAK. Padahal Ramadhan itulah bulan kemuliaan yang telah dijanjikan ALLAH pada kita. Merenung pada Hadiht Riwayat Muslim " Sebaik-baik bulan, adalah bulan Ramadhan.." (Sahih) Tapi yang direnung mereka, hanyalah sambutan semata-mata. Itulah yang terjadi pada anak muda zaman sekarang. Sambutan yang sewajarnya terus lesu, sambutan yang tak semena-mena terus menerus diraikan. Dan apa yang terjadi, mereka alpa dan lalai dengan perkara yang keji dan mungkar. Zina, dadah menjadi titik tolak dalam perayaan ini. Berlakulah bermacam-macam aksi yang memualkan. Hingga mereka lupa, bahawa Dunia ini MILIK ALLAH. Bukan milik mereka.

Kenapa semua ini terjadi. Semuanya adalah globalisasi Media Massa yang tidak dikawal oleh Pihak berkuasa. Di dalam media itulah, jarum-jarum syaitan menusuk ke kalbu anak muda. Dan terus menerus mereka terasa asyik dengan semuanya. Tidak perlu dilihat jauh. Lihat sahaja ASTRO Kirana, Cerita indonesia. Anak-anak kecil berlakon cinta. Apa maknanya semua ini? Salah satu propaganda supaya anak muda kecil-kecil berpacaran? Menggalakkan anak-anak kecil untuk mengamalkan budaya couple? Begitu juga dengan cerita orang-orang barat, pasti tidak hilangnya cerita krismas atau diselitkan dengan cerita krismasnya. Atau tidaknya, salib-salibnya. APa semua ini? Tidak lain tidak bukan, hanyalah kristinisasi. Kenapa semua ini berlaku? Ini adalah mainan minda Zionis. Mereka mahu menguasai pemikiran anak-anak muda Islam. Dan lihatlah mana-mana cerita Hollywood, pasti adanya bendera amerika. Apa semua ini? Nak membuktikan AMerica negara Polis berjaya??? atau tidak...hanyalah khalayan semata-mata. Ghauzul Fiqr rencana jahat si durjana syaitan. Membawa panji-panji kegelapan. Merekalah Hizbuz Syaitan. Dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Pasti mereka tidak mahu melepaskannya. Dijadikan semua itu peluang untuk membinasakan anak bangsa mahupun agama. Lihat sahaja Palestine. Di mana perginya persatuan Liga Arab? Di mana perginya OIC? Cukup sahaja kecaman dan bantuan makanan? Sedangkan Israel si Yahudi Laknatullah itu mendapat bantuan senjata dari Amerika. Siapa berani berbicara? Atau Sengaja membisu? Apa yang hendak ditakut si manusia yang tidak tahu erti KEMANUSIAAN sebenar itu?

ANak Muda Islam bangkitlah!

Jangan di biar kita diselubungi minda yang tidak sihat,fikrah yang tidak jelas. Maka binasalah anak anak Muda Islam, hilanglah ketamadunan Islam itu. Jika terus menerus, kita mengikuti tarbiyyah Syaitan itu. Hilanglah kelancangan dan keberanian Anak Muda Islam kerana disuapkan racun racun minda. Anak Muda itu tonggak masyarakat. Jika anak Muda Lembap, lembaplah masyarakat. Jangan dibiar terus menerus minda dijajah. Jangan dibiar sahaja, kita bagaikan zombi. Jasad ber rohkan minda yang binasa. JANGAN!

Tuesday, December 30, 2008

Hey pengecut!

"Booommm....!!!!!!" Dentuman deras menggegar seluruh kota yang ketandusan. Hampir genap 50 tahun sudah lamanya kota itu ketandusan kegembiran. Hanya sahaja dipenuhi tangisan dan sumpah saranah. Malah yang mengaibkan, kota itu dihiasi Mayat-mayat bergelimpangan. Darah-darah suci tercalit di permukaan jalan dan bangunan. Seolah-olah itulah warna cat yang layak menghiasi kota itu. Merah....agak kelam kota itu. Orang-orangnya kelihatan tandus. Tapi di jiwa mereka berteriak semangat kobar. Mahukan kemerdekaan. Mahukan keamanan. Mahukan kemenangan. Ya...KEMENANGAN itu yang mereka mahukan. Tetapi, mereka berhadapan dengan musuh yang serba serbi dilengkapi Senjata canggih. Sedang mereka hanyalah batu-batu kerikil. Yang ada pada diri mereka adalah semangat kental yang tak terhingga. Dan Visi dan Misi mereka, menyanggah mereka untuk mundur dan putus asa. Mereka adalah bangsa yang MEGAH dan Agung. Mereka adalah bangsa yang mulia. Bangsa yang tidak takut pada mati. Bangsa yang BERANI! Bangsa yang Kental! Bangsa yang tidak mudah berputus asa. Cumanya, mereka tidak cukup kemudahan untuk menghadapi musuh yang keji dan hina itu. Bagaikan batu kerikil berjumpa dengan dinding keras. Dihentam batu kerikil ke dinding keras itu, cumanya habuk sekecil atom sahaja tertepis ke udara. Sedang pertarungan itu telah menjerumus mereka kepada kedaifan dan kemelaratan. Tapi mereka tetap berdiri tegak dan terus mara. Bukan kerana cintakan tanah air. Tapi atas nama mulia. Yakni Maruah Agama. Maruah diri. Kerana berbekalkan kejituan itulah mereka kekal sampai hari ini. Cumanya, mereka tidak dihirau saudara-saudara mereka di sekeliling. Mereka yang di sekeliling hanya sekadar menjenguk-jenguk. Padahal kepayahan ini turut dirasai. Apakah makna semua ini? Hanya kerana musuh si keparat itu yang pengecut kah kalian berdiam diri?


Hey pengecut!

Musuh Yang keji lagi hina. Sampai bila lagi kau bertempur dengan sifat kebacolanmu! Sampai bila???? Kau megah dengan senjata canggihmu! Kau bangga keturunanmu keturunan yang diangkat ALLAH sebagai para nabi-nabil...tapi sifatmu bagaikan Barua syaitan yang hina lagi keji. Yang tidak mengira umur dan waktu. Kau bantai habis-habisan manusia yang kehausan dan kelaparan. Kau bantai anak-anak kecil dan wanita-wanita yang lemah. Apa jenis bangsakah kau? Atau kau itu hanyalah pondan-pondan yang tidak mengerti erti sebenar keberanian???? Kau katakan kau benar tapi kau penipu. Kau katakan pada semua, kau bangsa terpilih, tapi sifatmu itu menyatakan kau itu hina dan keji. Kau perkosa kata-katamu sendiri. Kau katakan kau mahukan kedamaian dan demokrasi. Tapi kau cabuli semua itu. Bila HAMAS menang pilihan raya, kau katakan HAMAS itu pengganas. Walhal KAULAH Sebenarnya Pengganas!


Hey Zionis Laknatullah!

Di Dunia ini hanyalah sementara, keasyikanmu yang dibuai nafsu serakahmu. Satu hari nanti, di akhirat, kau akan terlentang azab neraka bersamamu. Kau gula-gulakan anak-anak muda ISLAM dengan virus-virus hedonisme. Kau gula-gulakan mereka dengan pesta SEKSmu, kau hulurkan tanganmu mengatakan kau cintakan kedamaian, tapi kau sebenarnya merosakkan mereka dan membinasakan mereka. Hingganya kau lahirkan pemikiran sekularisme dalam diri mereka. Layakkah kau digelar bangsa pilihan???? Bukankah bangsa pilihan itu bangsa yang mengagungkan tuhan??? Bukankah Bangsa pilihan itu bangsa yang tunduk atas suruhan Tuhan? Walhal, kau menyuruh kepada mungkar dan membinasakan yang ma'ruf. Kau hidupkan dongenganmu, dongengan syaitan yang telah bersumpah atas nama Tuhan untuk menyesatkan manusia. Kau bersekongkol dengan syaitan yang telah terang-terangan menentang ALLAH Azza Wa Jalla. Kau suruh anak-anak muda itu puas bersama kencing-kencingan syaitan. Kau suruh anak anak muda itu puas dengan hiburan yang melupakan tuhan. Untuk itu juga, supaya setiap waktu itu, mereka lupa pada anak-anak palestin yang mati dibunuh, walhal mereka itu bersaudara! Mereka itu Adik beradik!


Hai orang-orang Mukmin!

Bangsaku yang Gagah dan Megah!

Hari ini sang pengecut itu bercakap besar lagi!

Dia mengucapkan salam yang keji!

Ayuh punahkan mereka atas kelancangan yang bacol itu!

Kita bersama berdiri di Saff Hadapan!


Hai orang-orang Sedunia!

Di kala mata kalian terpandang tirai hitam!

Jangan kalian katakan ia adalah tirau Merah!

Kerana itu kalian akan terpesong ke Barat!

Di Timur itulah kisahnya yang sebenar!


Hai anak-anak Palestin!

Di kala dagingmu diratah hidup hidup!

Kau jangan kaku lagi pilu!

Kau bersamaku!

Aku bersamamu!

Hari itu pastikan tiba!


Tika mereka berteriakkan disebalik batu!

Hanya ALLAH yang maha Mengetahui!

Dan pada hari itu!

Dunia kan mengerti
Rupanya PALESTIN ITU MILIKMU!


Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.Note: sumber : http://www.imemc.org
Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787
Bacaan Lanjutan lain yang amat bermanfaat:

1. Laman Yahudi Pro Palestin: http://ifamericansknew.org/
2. Laman Info Palestinkini: http://palestinkini.info/
3. Laman Aman Palestin: http://amanpalestin.com/
4. Ucapan Dr. Khalil al Haya: Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
5. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin: Antara Ilusi dan Realiti
6. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin Dan Orientalisma
7. Motivasi Mutiara Dr. Danial Zainal ‘Abidin: Untukmu Palestin
8- MuhtarSuhaili : http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/05/18/zionis-semakin-mengganas-umat-semakin-lemas/

Saturday, December 27, 2008

Sang penambang dan misinya


" Dik, nait perauk penambang kitak?" sapa seorang pakcik ketika menunggu di Jeti penambang..

"Auk, nak nait pergi seberang nun..." Jawab saya.

"Jum, nait la..." katanya...yang merupakan seorang Pengendali Perahu Penambang. Tambangnya cuma 30 sen sahaja.


Sang Penambang memulakan misinya, ulang alik dari seberang kota ke seberang kampung. Untuk mengangkut penumpang yang setia bersamanya. Kemudahan yang boleh dikira klasik. Digunakan hingga kini. Ia tidak jemu dengan kerjanya. Ulang Alik bersama perahunya. Kerana ia adalah misinya. Hasilnya, ia mengutip 30 sen dari setiap penumpang. Tetap dia bersyukur dengan hasilnya. Laksana itu, dia sentiasa istiqamah mengangkut penumpangnya. Kerana ia tahu ia tetap mendapat hasilnya. Kadang-kadang ia mendapat rezeki lebih, kadang-kadang kurang. Tapi, ia tahu ia tetap mendapat hasil. Dan dia gembira dengan kerjanya itu.
Begitu juga dengan dakwah, kadang-kadang yang didakwah kita, berjaya mendapat hasilnya. Kadang-kadang ia tidak menampakkan hasil. Tapi semuanya bukan urusan kita. Urusan kita hanyalah berdakwah. Hasilnya juga perlu difikirkan. Dan strateginya juga perlu dipermantapkan. Ia berkaitan dengan perniagaan. Dakwah ini umpama perniagaan. Cumanya, kita berurusan dengan satu client atau BOSS besar. Tapi yang ini BOSS besar pun kalah. Ini adalah urusan kita dengan Maha RAJA segala MahaRaja. Dialah yang akan menampakkan hasilnya. Tapi, yang dimahunya adalah Keikhlasan kita dalam segala perkara.

Tanpa sang penambang, pasti penumpang tadi mengguna jalan yang jauh untuk ke kota. Dan belum tentu jalan yang dilalunya boleh dilalui. Mungkin sahaja di depan itu ada Jammed? Atau Jalan tutup dan sebagainya. Misi Sang Penambang untuk mempermudahkan sang penumpang untuk sampai ke kota dengan masa yang singkat dan selamat. Pasti sang penumpang tadi sangat berterima kasih dengan sang Penambang.
Antara sifat-sifat sang penambang yang wajar diikuti:
1- Tawadhu'
2- Istiqamah
3- Berusaha tanpa jemu
4- Kesetiaan
Wahai Pendakwah, ketahuilah, kita juga diibarat seperti sang penambang, Misi kita mendekatkan masyarakat untuk mengenali ALLAH. Tanpa Pendakwah, pasti perjalanan mereka masyarakat akan lebih jauh dan banyak rintangan. Lagi-lagi yang sudah berpuaka hatinya. Pasti mereka yang dapat mengenali ALLAH itu berterima kasih pada kalian. Maka jangan kita memandang remeh dan enteng terhadap hal dakwah. Bukan bermaksud mahu diterima kasih. Tapi misinya tadi. Mempermudahkan segala urusan. Destinasi yang ditujui adalah jalan menuju ALLAH. Jangan difikirkan ganjaran ya...tapi fikirkan misi kita. Kita ibarat sang penambang dan misinya. Tugas kita di dunia.
Mudah bukan?
Pada teorinya, pada praktikalnya? Siapa yang mahu?
Tepuk dada tanya iman....jangan pula nanti bertanya sang penambang...ye..
1.20 am
Miri

Tuesday, December 23, 2008

Kenapa aku tidak seperti itu???

Kadang-kadang bila melihat orang lain, mahu sahaja ditiru personaliti orang itu. Itu bicara hati. Kadang-kadang bila melihat orang lain, terasa lemah jiwa, menyatakan "kenapa aku tidak seperti itu?" . Itulah bicara dan kata-kata orang yang rasa merendah diri. Hilang perspektif yang positif pada diri. Kenapa ini boleh terjadi?

Bila kita melihat orang lain, kita merasakan kita tidak punya kelebihan tersendiri, maksudnya kita hilang keyakinan pada diri. Sungguh, di dalam ajaran Islam, kita diajar untuk yakin pada diri. Dinyatakan pada kita, Kita adalah manusia sebaik-baik ciptaan, yang membezakan antara kita dan yang lain adalah sifat ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bukannya kelebihan harta, pangkat, rupa dan sebagainya. Itu bukan yang dilihat oleh ALLAH. Sungguh iman dan taqwa itu adalah nilai yang tinggi di sisi ALLAH. Bila iman dan taqwa itu digadai, maka nescaya, nilai diri itu tidak lagi berharga dan tidak dilihat oleh ALLAH.

Ketahuilah, dalam diri kita, kita punya potensi dan keunikan masing-masing. TIPULAH orang itu jika ia menyatakan dialah yang paling hebat. Dialah yang paling popular, dialah yang paling kreatif dan sebagainya. Kerana di akhirnya, dia juga memerlukan orang lain untuk pertolongan. Percaya atau tidak, itu adalah realitinya. Sebab itu, di dalam ajaran Islam, kita tidak dinilai dari sudut itu, tapi di nilai dengan keimanan dan ketaqwaan yang hanya layak dinilai oleh ALLAH yang ESA.

Sebenar-benarnya, realiti kehidupan, HIDUP kita ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk ALLAH. Maka ia bertepatan dengan Ayat Al QUran, " Sesungguhnya hidupku, solatku, ibadahku, dan matiku hanya kepada ALLAH". Sungguh langkah kita menujunya itu tidaklah semudah yang di sangka, Jalan kita menuju ke syurga itu penuh dengan onak dan duri. Maka hadapi dengan tenang dan tabah. Telusuri dengan tarbiyyah ALLAH. Pelajari dengan penuh iltizam. Agar jiwa menjadi tenang.

Jangan berasa rendah diri. Jangan berasa mahu menjadi orang lain. Yakinlah pada diri. ALLAH telah mencipta dirimu dengan sebaik-baik ciptaan. Yang membezakan, hanyalah iman dan taqwa.

Hayati syair buat kalian

Hai rupa,
di cermin lantunan,
mengorak seribu persoalan
Yang mana satu indah?
Kalbu membuak menjodoh perasa..

Hai hati..
Sebalik selindungan pawana
secerah mata menjerumus ke angkasa..
Onak dan duri tercucuk terasa
Menggambar keasyikan
Syahdu bunyi..
Kecewa

Bersyukurlah atas nikmat
Tak terperi merasa
Anugerah yang Esa
Belum sahaja terasa
Zatnya yang Maha Karya
Padu dan jitu
untuk dirimu...
dan diriku...

Wallahualam-
MIRI, 1.17 am 24 Dec 2008

Friday, December 19, 2008

Pekida menyatukan umat Melayu?


Petang panas yang terit,Ketika itu aku menulis di meja belajar, datang seorang kawan mengetuk pintu bilik. Membawa sebuah cerita yang "Hangat". Tidak ada yang menghangatkan melainkan isu "PEKIDA" . Si anu tu budak pekida.. si anu sana tu budak pekida gak...seram..seram..


"Kenapa seram?" ...Pekida..selendang merah..Three red line..bla..bla..bla...


Itulah kali terakhir aku mendengar cerita mengenai pekida. Dan di salah sebuah motorsikal kawanku ada sticker logo PEKIDA. keris dengan 3 warna yang berbeza..hijau merah dan kuning. Ku tanya padanya..."ini logo PEKIDA ka?" Dia senyum-senyum kambing...alahai...


Selesai semester pertama, aku balik ke rumah. Untuk menunaikan misi berjasa pada keluarga. Kesempatan yang ada, aku gunakan bertemu dengan sahabat handai yang lama tak bersua. Bila bersua, isu PEKIDA mula bertandang. Dia menyatakan PEKIDA sudah menular di MIRI. "Apa guna PEKIDA?"kataku...Jawabnya " Untuk menyatukan kaum Melayu". Aku tersenyum. Ya memang, aku akui. Melayu di Miri telah berpecah dan bersikap Assobiyyah. Kampung hidupnya dengan kampung itu. Kampung ini dengan kampung ini. Assobiyyah! Dan datangnya PEKIDA untuk menyatukan mereka. Katanya..


AKu tersenyum... Mungkin benar mungkin tidak. Tapi di sebalik cerita..aku dengar.. Kisah PEKIDA. Satu hari, seorang lelaki cina mengundur keretanya ke belakang dan terkena kereta seorang pemuda melayu. Dengan marahnya pemuda cina itu memaki pemuda melayu walaupun pemuda melayu tadi meminta maaf. Akibat ditumbuk, pemuda melayu menelefon PEKIDA, kerana pemuda itu juga PEKIDA. Dan akhirnya pemuda cina itu dibalas. kerana PEKIDA tidak mahu pemuda Melayu tadi dibuli.


Itu ceritanya PEKIDA. Yang dilaungnya "KESATUAN" dan "KEPADUAN"

Omong-omongan mereka, disebaliknya adalah menaruh kepada backup power yang sebenarnya. Banyak ku lihat, anak-anak muda bernaung di bawah PEKIDA hanya untuk mendapat pengaruh kekuatan. Kerana anak-anak muda ini mungkin selalu melakukan kejahatan. Kenapa perlu menaruh kekuasaan begitu? Apa kalian lupa, kalian perlu menaruh sepenuh jiwa dan tenaga kalian untuk ISLAM? ISLAM lah menyatukan umat, Islamlah yang memberi keizzahan UMMAH ISLAM.
Pertubuhan PEKIDA yang kalian nyatakan itu bukan ISLAM ka?
Ya Islam, tapi ku lihat ahli-ahlinya bukan di kalangan ahli ibadat. Ada juga yang ahli maksiat. Tapi apa erti laungan "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ITU?Rupanya ada udang di sebalik batu. Di sebalik penyertaan adalah untuk meraih pengaruh kuasa dan kekuatan.

Jelas ini bercanggah dengan apa yang aku iktikad selama ini.

CUKUPLAH ISLAM untuk MENYATUKAN KITA! CUKUPLAH ALLAH untuk mendapat kekuasaan sebagai Khalifah yang dilantik.

Firman ALLAH dalam Al QUran

" Sesungguhnya seluruh Umat Islam itu adalah bersaudara".


Ya, memang di akui, tujuan PEKIDA ditubuhkan adalah kepada AMAR MA'RUF dan NAHI MUNGKAR. Tapi jika kerana hanya untuk meraih pengaruh dan kuasa. Maka disitulah silapnya. Maka Bersedialah menghadapi pertanyaan ALLAH di akhirat kelak. Bersedialah...


"Aku beriktikad segala kekuataan adalah Milik ALLAH AZZA WA JALLA, aku serahkan DIA sebagai penjagaku...sesungguhnya DIALAH SEBAIK-BAIK Penjaga. DIALAH YANG MAHA AMANAH LAGI MAHA MENGUASAI"
"Aku beriktikad ISLAM lah segala penyelesaian Masalah untuk manusia. Maka aku bersaksi dengan nama TUHANKU yang mana pemurah lagi maha penyayang. ISLAM adalah agamaku!"


isu pekida ini boleh di click di bawah:

Sunday, December 14, 2008

Bila semboyan telah berbunyi

Duduk di bangku di pagi hari, berbicara dengan pemuda yang kacak berkopiah putih, dia tersenyum..."Apa perlu aku melakukannya?"katanya dengan nadanya yang lemah. Jawabku.."YA! Kau perlu melakukannya!Kerana kau telah meniup semboyan itu!"

Apa semboyan itu?


Semboyan itu adalah syahadah Tainmu..9 kali sehari kau meniup semboyan...bila semboyan telah berbunyi, maka bersedialah kamu di medan peperangan!


"Ash hadu..."

Aku bersaksi tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi Muhammad itu Utusan ALLAH


"Ash Hadu"

Aku naik saksi tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku naik saksi Muhammad itu Utusan ALLAH!


Kita di dunia peperangan minda. (Ghawzul fiqr). Maka tiada alasan untuk kita mempertahankan aqidah perjuangan kita. Jangan kita menafikan dan jangan kita menyatakan alasan bahawa kita belum bersedia. Bahawasanya sesungguhnya, jiwa dan raga kita telah kita serahkan pada ALLAH. Matlamat kita dan masa depan kita kita serahkan pada ALLAH. Bila mana semboyan tadi dibunyikan. (dengan penuh keyakinan dan kesungguhnya kita melafazkan saksi kita Syahadah Tain). Maka disitu kita telah berikrar sepenuh jiwa dan raga untuk berjuang menegak Kalimah Cinta Agung..Kalimah Maha Karya...yang melimpah ruah segenap pelosok dunia..mewah raya Dunia dengan kalimat itu. Syahdu hati...Berjuang di sebalik tembok penghalang yakni TAKUT DAN MALAS! Maka dengan sesungguhnya jiwa dan raga itu yang tiada kalimat berputus asa, bermalas-malas dan bersahaja.

AYuh....semboyan telah berbunyi..

Jangan sampai ketinggalan..

Jangan sampai kita dikira malas..

Jangan sampai air mata berdarah mengalir..

Jangan sampai hati busuk menular ke jiwa..

Jangan...

Jangan...

Jangan...


AYuh! SEMBOYAN TELAH BERBUNYI


Pemuda bersyahadah...Pemudi Bersyahadah...bila mana dia betul betul memperakui KEESAAN ALLAH YANG MAHA PERKASA...betul betul memperakui KEBENARAN RASULNYA NABI MUHAMMAD S.A.W...maka dia memang betul-betul telah bersedia mengharungi perjalanan yang berduri itu. Biar lautan api...biar ombak menggila...Dihamburnya semua...UNTUK membuktikan SEMBOYAN YANG TELAH BERBUNYI itu benar-benar berbunyi.


Jiwa yang mekar

Syukrani