Wednesday, January 16, 2008

Lambaian kenangan lampau



Hidup ini kadang-kadang memerlukan sesuatu untuk mengindahkannya. Kenangan itu merupakan satu detik yang bisa menggapai inspirasi dan nohtah kemajuan dalam diri. Itu berlaku jika kenangan yang lalu diambil sebagai pengajaran dan 'history' perlu dikaji dan diselidik.

Sejarah- antara subjek-subjek yang tidak diminati oleh pelajar-pelajar menengah atas.Entah kenapa? Sedangkan jika kita membalikkan kembali apa yang dibuat pelajar-pelajar ,mereka lebih suka bercerita tentang sejarah sendiri. (masa kecil) Bukankah itupun pelajaran sejarah?
Kenapa harus kita kembalikan memori yang lalu? Kenapa? Bukankah saidina ali pernah menyatakan " sesungguhnya Yang paling jauh itu adalah kenangan, dan yang paling dekat itu adalah mati" . Sebenarnya, hakikat ini adalah sama dan tak ada bezanya. Kenangan perlu diimbau kembali dan segala yang telah berlalu perlu disemak kembali sebagai pengajaran dan persediaan untuk kita berhadapan dengan mati. Agar mati kita kelak adalah mati dalam redhaNYA.

Sebenarnya, kenangan yang lampau itu adalah perkara asas dalam kehidupan kita. Untuk menjadi seorang yang berjaya, perlu memerhati apa yang telah dilakukannya pada masa yang lampau, agar mudah untuknya mempelajari perkara yang perlu diperbaiki.
Unkapan "TO SOLVE THE PROBLEM,IS TO BACK TO BASIC", sentiasa bermain di minda ini. Kerana ungkapan ini selalu dimainkan oleh Allahyarham pakcik kesayangan saya ketika beliau mengajar saya matematik tambah. Benarlah kata-katanya itu, kerana basic itu adalah penyelesaiannya.

Mudah, itulah persoalan kenapa kenangan lampau perlu dirujuk kembali. Ini juga relevannya dengan kejayaan Ummah sekarang. Kenapa tidak menjadikan sejarah para sahabat itu sebagai asas kejayaan? Sirah-sirah Nabi itu sebagai asas-asas? Asas-asas dalam strategi pencaturan perjuangan Solidatory of Islam? Asas-asas kisah-kisah perang-perang zaman sahabat yang boleh dijadikan tauladan? Ingat! Allah tidak akan menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya. Kisah-kisah semua ini adalah hikmah yang datang turun untuk menjadi ummah akan datang lebih kukuh dan mantap!...kerana benda yang kukuh adalah diperbuatkan dari asas-asas yang teguh!

Jangan malas untuk mengkaji balik sejarah hidup kita sendiri, sejarah dunia, sejarah perjuangan Rasulallah S.A.W dan semuanya. InsyaALLAH, kita akan ketemui sesuatu yang sangat mahal nilainya.

...."Maha Suci Allah daripada menciptakan sesuatu dengan sia-sia."



Tuesday, January 1, 2008

Islamic Summer Camp



Islamic Summer Camp, satu realiti atau fantasi? Ini satu titik tolak dalam kita menuju satu pembangunan Insani dan pembangunan Islam dalam Diri. Tahniah diucapkan kepada persatuan Siswazah Sabah yang telah menganjur satu program yang sangat idealisme dan kreatif versi modern. ISLAMIC SUMMER CAMP 14/12 - 16/12/2007.


Tahniah diucapkan kepada para peserta dan para ajk Pelaksana program kerana telah bekerjasama menjayakan program tersebut. Selalunya kita mendengar di Sabah mahpun Sarawak, program2 perkhemahan khasnya musim panas, jarang sekali ada program perkemahan versi Islamic. Inilah adalah satu pendekatan dakwah yang baik dan sangat kreatif. Sungguh sebenarnya, program sebegini telahpun dianjur dahulu lagi oleh gerakan kristiniti khasnya di Sabah dan Sarawak. Ini telah diakui oleh Pakcik saya sendiri yang merupakan seorang Badan Penasihat gerakan Kristian Youth Community (SIB). Pakcik saya kebetulan juga merupakan seorang mubaligh kristian yang aktif lagi tinggi pengorbanannya terhadap agamanya. Ketika di Miri, beliau membeli rumah 3 tingkat, tingkat teratas di rumahnya telah dijadikan gereja kecil untuk beliau memberi dakyahnya. beliau juga merupakan seorang Brother dalam SIB.
Walaubagaimanapun, kita sebagai seorang Muslim mestilah lebih berkorban lebih daripada itu. Kerana Nabi Muhammad S.A.W telah menunjukkan satu sifat inquiry atau sifat Berkorban lebih tinggi dari itu dalam berjuang dan menyebarkan ISLAM.

Jadi, Tahniah untuk Persatuan Siswazah Sabah atas keberanian dan kesungguhan dalam melaksanakan program tersebut. Malah, selepas ini, banyak lagi perlu dihadapi mana-mana NGO Islam khasnya di Malaysia, untuk lebih proaktif dalam medan Dakwah kerana kita yang meyakini Agama ALLAH itu adalah Agama yang hak lagi benar wajib berkorban bukan sekadar harta malah jiwa. Untuk Ummah yang memerlukan Islam! Kerana Islam itu adalah the best solution!

Pendekatan program itu memberi satu kesan positif untuk remaja khasnya daripada meluangkan masa untuk lepak di Shopping Complex atau sebagainya. Ini kerana program tersebut bukan sahaja mengajar untuk berdakwah dan membuka minda anak-anak muda betapa pentingnya hidup. Hidup ini bukanlah sesuatu yang internal malah ia adalah singkat. Masa hidup kita ini singkat..Dimulai dengan azan, lepas itu iqamat, selepas itu solat...

Pada bayi, kita diazan...Bila kita mati, kita disolat..sekejap sahaja hidup ini. Jadi, jangan dibiarkan hidup itu dibazir tanpa berbakti pada Agama. Sesungguhnya siapa yang tolong agama ALLAH, ALLAH akan tolong dia.

Hidup ini singkat...biarlah Hidup ini bermakna...Moga-moga, di hari akhirnya kelak, kita pasti mendapat buah hasilnya...kerana ALLAH sendiri menyatakannya. Dalam surah Yassin ayat 63

Maha Suci ALLAH yang memiliki segala sesuatu, kepadaNya juga kita akan kembali

============Ayuh Jangan leka,jangan alpa, kerana Ajal menunggu kita!====================


antara program2 yang dibuat semasa program..menarik..

Berkayak..
Rentas halangan... dan macam2 lagi..
Semoga Semua NGO ISLAM lebih proaktif dan lebih berani untuk menyebarkan ISLAM!

Saturday, December 29, 2007

Belajar memandu?

Lemas, Kesah, Bingung...geram, marah? Semasa memandu? Itu adalah satu perasaan yang menghambur dalam jiwa manusia. Diselaputi dengan hasutan syaitan, lunak keasyikan dalam kemarahan dan geram...

gambar Faizal memandu naik bukit Inobong yang tinggi untuk menawan puncak inobong!

Semua perasaan itu bukan kerana bila memandu...bukan..bukan...perasaan itu timbul bila instruktor yang mengajar saya memandu, mengajar sambil lewa, bersikap tidak professional dan endah tak endah dalam mengajar saya untuk memandu. Inilah akibatnya bila kita tidak mencari instuktor memandu tanpa selidik. Saya kesal dan geram memikirkannya.

Setiap hari hampir 2 jam saya menunggu instruktor tersebut untuk mengajar saya. Alasannya ada ada sahaja. Padahal, alasan itu tidak munasabah sekali. Alasan makan? Alasan hujan? Alasan datang lewat? adakah itu alasan untuk kita menghadapi pelanggan atau pelajar?

Ini adalah soal disiplin dan tolak ansur dalam perniagaan. Diakui bahawa kita sebagai tenaga pengajar harus memainkan peranan yang komitmennya jelas untuk mengajar seseorang. BUKAN HANYA KERANA DUIT! kalau kerana duit, pasti sudah saya mencari instruktor yang berlainan agama. Ini adalah soalan prinsipal kita sebagai seorang ISLAM sejati atau belum cukup ISLAM.

Saya teringat novel Bila cinta bertasbih, Watak utamanya Azzam berkata kepada dirinya ketika menghadapi masalah perniagaan, "Kalau mahu buat sesuatu itu, buatlah dengan bersungguh-sungguh! Barulah kita lelaki sejati(muslim sejati), jangan buat kerja sambil lewa, itu bermaksud kita orang yang lemah,lembik...bukan lelaki sejati."
Bukankah Rasul pernah berpesan dalam satu hadithnya yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah
Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, beribadahlah kamu seolah-olah esok kamu akan mati.
Inilah masalah dibelenggu oleh kaum masyarakat kita sekarang, terutama bila kita tidak betul-betul ikhlas dalam melakukan sesuatu. Lakulah sesuatu itu atas dasar kerana ALLAH. Dan bila melakukan sesuatu kerana ALLAH. Buatlah yang terbaik. Kerana sebagai seorang yang mencintai ALLAH, menganggap ALLAH itu kekasihnya. Pasti dia akan melakukan terbaik untuk memenangi cinta ALLAH. Bagaimana kita mahu memikat seseorang jika setakat buat kerja sambil lewa. Itu juga soal business dan akhlak kita. Kita mahu terbaik, tapi soal usaha. Kita tidak mahu berusaha, malah kita malas berikhtiar untuk mendapat terbaik. Sebab itulah, masyarakat kita ketinggalan. kenapa? Kerana kita sendiri tidak kesihan pada diri kita. Kita tidak kenal cinta kita pada ALLAH. Dan kita tidak tahu, bahawasanya, Dunia ini milik ALLAH dan rezeki itu adalah kurniaan ALLAH. Tapi hendaklah kita berusaha ke arahnya.
ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mahu mengubah dirinya sendiri.
Ayuh! Umat ISLAM! UMAT ISLAM UMAT TERBAIK! adalah kita sendiri mahu mengubahnya! adalah kita sendiri! KIta harus berubah lebih proffesional dan lebih gigih dalam menuju kejayaan dunia dan akhirat!
Buatlah terbaik...soal kalah atau menang, berjaya atau tidak...itu adalah kasih sayang dari ALLAH untuk kita semua...

Maka sama-sama kita nilai dimana tahap kita.
Cinta kita pada ALLAH...

ISLAM THE BEST SOLUTION!

Friday, December 21, 2007

Bersama ustaz Nik Abduh

Warkah ini bukan warkah memuja mahu memuji..tapi luahan isi hati

Terus terang, aku sangat minat pada AYAHnya...menyanjungnya..malah kagum dengan pembawaannya. Ayahnya merupakan salah satu pemimpin pembangkah yang dikagumi ramai. Antara tokoh politik yang sangat digeruni di nusantara ini. Dikenali di serata Malaysia. Siapa tidak kenal..TOk Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat? Yah!


Jadi, peluang yang ada, apabila Ustaz Nik Abduh melawat kota kinabalu, kebetulan masa itu adalah asar, beliau memberi sedikit pengisian di Masjid. Syahdu..aku dapat solat di belakangnya. Terasa solat di belakang tok guru pulak. Memang mukanya ada iras-iras tok Guru. Syukur pada ALLAH. Sukar dpt peluang bersama mereka ini.

Sebenarnya, entry kali ini bukanlah bercerita mengenai pengalaman bersama mereka. Kerana ia tidak memberi apa erti yang banyak jika dibandingkan dengan apa yang disampaikan mereka. Jadi intipati entry saya kali ini adalah berkait dengan tazkirah yang disampaikan ustaz Nik Abdu iaitu "ISLAM,IMAN dan IHSAN".


ISLAM

Apa ertinya ISLAM? ISLAM bermaksud sejahtera dalam bahasa ARABnya. Tapi ISLAM dalam pengertian agama adalah kehidupan."Sesungguhuya agama di sisi Allah adalah Islam...(QS. Al-Imran 3:19). Seseorang itu ditetapkan ISLAM setelah ia mengucap dua kalimah syahadah iaitu " AKu naik saksi, tiada tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh(utusan) ALLAH" . Seseorang itu akan menjadi Muslim setelah ia mengaku tiada tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH. Tidak bermaksud ia adalah sempurna untuk masuk ke syurga. Kerana ia belum mencukupi. Dalam lafaz itu ada 2 pengertian iaitu dari mulut(Lafzi) dan dari hati( Qalbi). Maka ia berkait rapat dengan Iman. Secara teorinya, Setiap lafaz itu mesti diletakkan kepercayaan yang mendalam melaluinya. Iaitu, dengan lafaz tadi, orang itu hendaklah percaya dengan apa dikatakanya. Ia tidak boleh umpama Burung kakak tua yang bisa mengungkap kata-kata "SELAMAT PAGI" tapi tidak mengerti maksudnya dan tidak percaya apa dikatanya. Sebab itulah, dalam Surah AS SHAF ayat ke 4 ALLAH Taala menyata " Amat besar kebencian di sisi ALLAH, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuatkan"


Hari ini, banyak kita mengaku kita adalah Islam, dalam satu masa, bila ada pihak mendakwa kita adalah kafir ,kita marah dan memukul dia. Tapi dalam satu masa, kita tidak mengamal ISLAM secara kaffah(menyeluruh). Sedangkan ALLAH nyatakan dalam surah Al Baqarah ayat 208 "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh. Janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. kerana syaitan musuh kamu yang nyata." Sebenarnya, hakikatnya kita tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh. Maka secara ertinya, kita belum cukup Muslim. Belum Cukup Islam. Atau bukan muslim sejati. Dan relevannya di sini, pengakuan kita pada ALLAH tadi belum cukup bermakna. Tiada ertinya, kenapa? kerana kita sendiri mengaku tiada ALLAH dan Rasul itu pesuruhnya. tapi menafikan dalam hati dengan mengikut hawa nafsu, jejak langkah orang-orang yang derhaka kepadaNya. Antaranya, mengikut peredaran barat yang bertunjangkan pemikiran manusia semata-mata bukan berlandaskan Hukum ALLAH dan Sunnah Rasulallah S.A.W. Bukankah pengucapan tadi itu sia-sia belaka? Karut dan menipu? sebab itu bila dikaitkan dengan Iman. Iaitu Percaya pada ALLAH, Percaya pada malaikat, Percaya pada Kitab, Percaya pada Rasul, Percaya pada hari akhirat dan percaya pada Qada dan Qadar itu tunjang pada Islam juga. Berkait rapat. Kita hendaklah beriman kepada 6 elemen rukun iman ini, percaya sepenuhnya dengan erti kata, menjaga apa yang dipercaya dengan sebaik-baiknya. Contohnya, kita percaya pada Rasul, maka ikutilah sunnahnya. Tiada keraguan! Tapi kadang-kadang, kita manusia ini, penuh ragu dan panca roba...eksyen lebih. Cakap tak serupa bikin? betulkan? maka sama-sama kita renung semua ini. Kerana pastinya belum tentu kita ini muslim sejati. kerana iman kia senipis bawah merah....iye ke? Iman ini adalah terletak pada keyakinan kita pada benda semua ini.Iman itu berkait rapat dengan tauhid. (Tauhid Uluhiyyah) dan (Tauhid Rabbubiyyah) dan Ihsan adalah segala kita perbuatkan dengan erti kata kehidupan kita. Islam dizahirkan dengan ihsan. Rasulallah S.A.W menzahirkan kebenaran ISLAM itu dengan amalan,perbuatan itulah dinamakan Ihsan. Kebaikan. Iaitu perhubungan antara ALLAH (Hablulminallah) Perhubungan antara manusia (Hablulminnas) dan perhubungan antara alam (Hablulminalalam).


"Kami beriman kepada Kitab Suci yang diturunkankepada kami dan kepada yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Maha Esa, dan kita semua pasrahkepada-Nya (muslimun) (Q.S. al-'Ankabut 29:46).


Semua perbuatan kita lunaskan tersebut yakni Rukun Islam 5 perkara, RUkun Iman 6 perkara...tapi belum cukup sempurna ISLAMnya, kerana ISLAM ini umpama RUmah dan tiangnya tadi adalah Tauhid(kepercayaan kita) dan dibina oleh ISLAM lalu disempurnai oleh IHSAN..

IHSAN ini adalah perbuatan yang ikhlas. Contohnya, makan dengan cara Islam, tidur cara ISLAM. Malah belum lengkap semuanya jika kita tinggalkan dakwah dan jihad, kerana ia juga sebahagian dari ISLAM.

Justeru penting disini apa yang saya perluaskan lagi, setiap apa kita kerjakan hendaklah berlunaskan Al Quran dan As Sunnah. Jangan kita mengaku diri kita ISLAM dalam satu masa melanggar ajaran ISLAM dan berpura-pura dalam ISLAM. Ia adalah satu pekerjaan orang Munafiq!


apa yang kurang tolang tambahkan...ini yang saya ingat sedikit apa yang ditazkirahkan..banyak lagi kurang, kerana nota kakinya hilang entah dimana saya letak...jadi,masih banyak kurang...harap maaf

Thursday, December 20, 2007

Mencari tukang kasut..



"Alhamdulillah" desisku di dalam hati..sudah sejam lebih aku terpingar di tengah-tengah ibu kota Sabah ini untuk mencari tukang kasut, baru kali ini bersua.Itupun dia yang menyapaku.."Bang, jahit kasut?" ..aku melihat sekeliling kota kinabalu yang pesat lagi membangun, tapi roh Islamicnya kurang menyerlah..sinar mentari sahaja menyinari ibu kota ini, nun hadapan, ada iklan TIGER ,kalau iklan biskut tiger tak adala masalah, tapi ini iklan..tiger beer...masyaALLAH

Sejam lebih aku mengeliling ibu kota, mencari tukang kasut untuk membaiki kasut peninggalan arwah pakciku, yang kemalangan jalan raya awal januari tahun ini, baru berusia 27 tahun dan baru sahaja bertunang..Benarlah firman ALLAH " Setiap yang hidup itu pasti merasa mati" Biar ia berada di benteng yang tinggipun, biar ia berada di dalam keadaan paling selamat pun jika tiba masa Ajal ini, ia tetap ajal.. AL Fatihah buat pakcikku yang tersayang..semoga ia di dalam kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa..

Berbalik kepada tukang kasut, aku pun merungut kesah kepadanya..."Susah betul cari tukang kasut ya Pakcik...dekat sejam lebih saya pusing kk ni baru jumpa"

Jawapnya ringkas..."DBKK" Sebenarnya, point yang saya igin bawakan bukanlah berkait rapat dengan DBKK ataupun tukang kasut, tapi inti pati pengajaran yang ALLAH turunkan dalam kisah kehidupan dalam kita, sebenarnya apa yang terjadi itu ada hikmahnya, bagi mereka yang berakal, mereka akan mengetahui apa sebenarnya berlaku.

Sebagai mana firman ALLAH dalam Surah AL Hujuraat ayat 8 "Sebagai kurnia dan nikmat daripada ALLAH dan ALLAH Maha mengetahui lagi Maha bijaksana"


Sebenarnya, saya hampir berputus asa mencari tukang kasut, tapi berbekalkan satu kenyataan Jangan cepat putus asa, saya terus mencarinya."Dan Allah bersama orang-orang yang bersabar" (QS. Al-Baqarah : 249) ".Bersabarlah, dan istiqamahlah kita.Jangan takut kerana disebalik kesulitan itu akan ada kemudahan. Ia sesuai sekali dengan ajaran Islam yang dipetik dalam AL Quran "Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan dan sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan" (QS. Asy-Syarhu : 5-6) Segala kesulitan dalam mencari tukang kasut itu ada hasilnya, iaitu kasut Arwah pakcik saya dapat dibaiki malah lebih baik dari itu, saya boleh memakainya dengan selesa.


Yang kedua dalam kisah tukang kasut ini juga, saya boleh petikkan mengenai keadilan yang dibuat DBKK terhadap tukang kasut ini. Tukang kasut ini berkerja untuk menampung makan hidupnya, ia bekerja dengan halal, ia sesuai dengan kehidupan masyarakat KK memerlukan khidmat jahit kasut(tidak melakukan pembaziran). Tapi DBKK mengetatkan undang-undang yang ketat hingga susah mereka mencari rezeki. Sedangkan Kelab malam, pub...penjualan arak tidak pulak diharamkan? Petikan dalam Al Quran menyatakan Mereka bertanya kepadamu tentang khamar(arak) dan judi, Katakanlah : "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah : "Yang lebih dari keperluan" Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir. Al Baqarah (2:219) Jelas sekali pengharamannya di dalam Al Quran kenapa dibiarkan? Malah ia juga diharamkan dalam bible juga! Alcohol not holy: num 6:3, judg 13:4-7, ephes 5:15-18, hosea 4:11, 7:5, isaiah 19:14, 28:7-8, proverbs 23:29-35


"maka haruslah ia menjauhkan dirinya dari anggur dan minuman yang memabukkan, jangan meminum cuka anggur atau cuka minuman yang memabukkan dan jangan meminum sesuatu minuman yang dibuat dari buah anggur, dan jangan memakan buah anggur, baik yang segar maupun yang kering." Bilangan 6:3

"Oleh sebab itu, peliharalah dirimu, jangan minum anggur atau minuman yang memabukkan dan jangan makan sesuatu yang haram. Sebab engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki; kepalanya takkan kena pisau cukur, sebab sejak dari kandungan ibunya anak itu akan menjadi seorang nazir Allah dan dengan dia akan mulai penyelamatan orang Israel dari tangan orang Filistin." Kemudian perempuan itu datang kepada suaminya dan berkata:

"Telah datang kepadaku seorang abdi Allah, yang rupanya sebagai rupa malaikat Allah, amat menakutkan. Tidak kutanyakan dari mana datangnya, dan tidak juga diberitahukannya namanya kepadaku. Tetapi ia berkata kepadaku: Engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki; oleh sebab itu janganlah minum anggur atau minuman yang memabukkan dan janganlah makan sesuatu yang haram, sebab sejak dari kandungan ibunya sampai pada hari matinya, anak itu akan menjadi seorang nazir Allah."" Hakim-Hakim 13:4-7

"Karena itu, perhatikanlah dengan saksama, bagaimana kamu hidup, janganlah seperti orang bebal, tetapi seperti orang arif, dan pergunakanlah waktu yang ada, karena hari-hari ini adalah jahat. Sebab itu janganlah kamu bodoh, tetapi usahakanlah supaya kamu mengerti kehendak Tuhan.Dan janganlah kamu mabuk oleh anggur, karena anggur menimbulkan hawa nafsu, tetapi hendaklah kamu penuh dengan Roh," Efesus 5:15-18

"Anggur dan air anggur menghilangkan daya pikir." Hosea 4:11

"Pada pesta raja kita mereka membuat sakit para pemuka dengan anggur yang menghangatkan; ia bersekutu dengan para pencemooh." Hosea 7:5

"TUHAN telah mencurahkan di antara mereka suatu roh kekacauan, dan mereka memusingkan Mesir dalam segala usahanya, sehingga seperti seorang mabuk yang pusing waktu muntah-muntah. " Yesaya 19:14

"Tetapi orang-orang di sinipun pening karena anggur dan pusing karena arak. Baik imam maupun nabi pening karena arak, kacau oleh anggur; mereka pusing oleh arak, pening pada waktu melihat penglihatan, goyang pada waktu memberikeputusan. Sungguh, segala meja penuh dengan muntah, kotoran, sehingga tidak ada tempat yang bersih lagi. " Yesaya 28:7-8

"Siapa mengaduh? Siapa mengeluh? Siapa bertengkar? Siapa berkeluh kesah? Siapa mendapat cidera tanpa sebab? Siapa merah matanya? Yakni mereka yang duduk dengan anggur sampai jauh malam, mereka yang datang mengecap anggur campuran. Jangan melihat kepada anggur, kalau merah menarik warnanya, dan mengilau dalam cawan, yang mengalir masuk dengan nikmat, tetapi kemudian memagut seperti ular, dan menyemburkan bisa seperti beludak. Lalu matamu akan melihat hal-hal yang aneh, dan hatimu mengucapkan kata-kata yang kacau.Engkau seperti orang di tengah ombak laut, seperti orang di atas tiang kapal. Engkau akan berkata: "Orang memukul aku, tetapi aku tidak merasa sakit. Orang memalu aku, tetapi tidak kurasa. Bilakah aku siuman? Aku akan mencari anggur lagi."" Amsal 23:29-35

Adakah ini dinamakan adil? Mengharamkan suatu pekerjaan yang halal, dan menghalalkan sesuatu pekerjaan yang haram? Di mana kita meletakkan agama kita? Adakah agama itu hanya sekadar solat? Puasa? Zakat?


Firman ALLAH dalam surah Al Baqarah ayat 208

Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam (perdamaian) seluruhnya, dan janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan, Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.


Peristiwa mencari tukang kasut ini memberi saya pengajaran 2 perkara ini, walaupun sebenarnya, terdapat banyak lagi hikmah di sebaliknya, justeru itu, sebagai panduan diri kita, jangan kita lupa, barangkali inilah kerana lemahnya kita, tidak mahu turuti Al Quran. Tidak memperhambakan diri pada ALLAH, malah meletakkan nafsu sebagai penguasa di Alam ini. Sebagai natijahnya, kita mengundang kebinasaan masyarakat, bukanya ke arah muafakat! Bukannya ke arah kemakmuran...tapi...kebinasaan tamadun Manusia!


Kalimah-kalimah cinta kita luahkan kepada tuhan, kalau tidak diperhaluskan dalam jiwa dan perilaku kita, makna cinta itu kelu dan basa basi...tiada erti.. Sama-sama kita renung diri, di kala mencari cinta Agung ini, untuk bekalan kita di penghujung nanti. Mari perhalusi diri dengan sebenar-benar ajaran cinta ini. Ajaran Islam ini. Jangan di biar fahaman sekular menular membusuki jiwa yang tandus cinta ini. Nanti serakah nafsu cinta fana menusuk ke jiwa..pasti berkelana sahaja....


Sayu sepi..gelonjak?

Jangan..kita ada tanggungjawab untuk mengubah persepsi masyarakat! ADA AGENDA YANG BESAR UNTUK DIBAWA! Iaitu, sebagai khalifah ALLAH yang dilantik! maka jangan leka!

Dilihat peritnya tukang kasut itu, hanya sedikit..kerana keperitan dia hanya seorang, belum lagi dilihat pada yang lain-lainnya.Semua ini akibat, ketidak adilan manusia yang hilang jati diri sebagai hamba kepada Maha Penguasa! Maka jangan kita takut dalam menghadapi cabaran ini, seperi yang dinyatakan tadi, setiap keperitan pasti ada kemudahan..dalam kita memperjuangkan Islam, biarpun terasa perit, sebenarnya ia kemudahan buat kita menuju ke arah keredhaanNYA. Ayuh! sama-sama kita meng intimakan diri, mengembalikan keadilan yang telah lama hilang ini. Dengan menyemaikan cinta-cinta sejati(ISLAM THE WAY OF LIFE!) Jangan khuatir! Jangan RAGU! kerana JANJI ALLAH ITU PASTI!

Mari bersama-sama memurnikan masyarakat dengan ISLAM! Siapa lagi kalau bukan kita? Bila lagi kalau bukan sekarang?


ISLAM IS THE BEST SOLUTION!


Thursday, October 11, 2007

Mari periksa Aqidah kita







Sesuatu selalu bermain di pemikiran saya..iaitu, apakah aku ini sudah cukup baik menjadi hambaNYA? sudah sepenuhnya aku menyerahkan dan berkorban untukNYA.


Sebenarnya ini adalah satu lumrah dalam diri kita. Kadang-kadang, kita lupa bahawa Tuhan sentiasa ada bersama kita,lantas kita leka, terus diacap kelalaian, justeru itu, aqidah kita masih tidak sempurna.
Sebagai warkah pembina, kita kena tauladani inspirasi wanita contoh, Robiatul Adawiyah, Wali ALLAH dalam mencintai Tuhan.


Bagaimana Robiatul Adawiyah bercinta dengan ALLAH? adalah seikhlas-ikhlas hati kepadaNYA.


Justeru itu, kita perlu jatuhcinta dulu baru bercinta bukan begitu? Bagaimana hendak jatuh cinta? Kena kenali diriNYa dahulu..





Justeru itu, dalam kenali diriNYA, saya teringat peristiwa ketika dalam Kembara Pulang Kampung, masa dalam boarding room, saya dimaklumkan oleh Ayahda tercinta, bawaha ada Abangnya akan bersama saya nanti, dia akan menetap dirumah kami untuk seketika sebelum balik ke Scotland..Sebelum itu, pakcik saya ini bukanlah seaqidah, beliau adalah seorang kristian. Jadi sepanjangan perjalanan ini, kami berdiskusi mengenai agama. Dan ini adalah pengalaman pertama saya berdiskusi soal agama dengan penganut agama lain. Sebelum lebih lanjutnya, kami berbincang apakah itu trinity. What is trinity? itu soalan yang selalu menjadi buah mulut seorang muallaf yang saya kenali ketika di labuan dahulu. Kerana fahaman itu juga beliau, keluar dari agama kristian dan memeluk agama Islam. Kerana jelas itu adalah aqidah yang tidak benar.





Apa yang dikatakan konsep trinity ini adalah seperti ini=


Jesus adalah ALLAH, Manakala Allah adalah Jesus, Jesus adalah Roh Kudus, Roh Kudus adalah Jesus, Roh Kudus adalah ALLAH, ALLAH adalah ROh kudus..





Saya menjadi putar dan bingung dengan pemahaman ini.


Bila diminta penerangan. Pakcik saya pun menjawab.


Begini..


ALLAH, Jesus dan ROh Kudus adalah 1. Cuma begini, ketika di Atas Adalah ALLAH, kemudian, bila di Bumi, Dia menjadi Jesus, kemudian bila naik, dia akan meninggalkan roh kudus.





Argh?bingung saya memikirnya.





Dalam konsep aqidah Islam adalah termudah. ALLAH adalah ALLAH, dimana sahaja, ALLAH tetap ALLAH. Dan ALLAH tidak perlu berada di mana-mana, kerana dalam pendapat Ulama, ALLAH mustahil pertempat, mustahil pada Aqal tapi benar pada Dalil. Ini kerana ALLAH adalah pencipta tempat, Maha Suci ALLAH hendak dibandingkan dengan makhluk. Sedangkan Mahluk itu punya cacat cela. Sedangkan ALLAH itu Maha Sempurna.





Baiklah. MAri kita telusuri teori pengukuran.(Engineer and Science Method)


Secara am dan mudahnya, setiap alat pengukuran itu tidak jitu dan persis, cuma ia dicipta untuk menjadi lebih jitu dan persis. Malah alat pengukuran ini kadang-kadang tidak mampu mengukur satu skala yang lebih luas dan melebihi limit. Dengan kata lain, ia tidak mampu dengan melebihi kemampuannya. Ambil kata contoh ringkas (* Satu pembaris berukuran 30 cm tidak mampu menyukat panjang sebuah jalan sepanjang 1000km*). (* Sebuah kalkulator tidak mampu mengira jumlah angkat infiniti*).


Baiklah, jika dikaitkan dengan otak manusia, minda dan akal manusia. Manusia tidak mampu berfikir atau membayangkan sesuatu melebih had limitnya. Jadi, sebagai seorang manusia secara amnya, pemikiranya adalah terhad dan tidak merangkumi semua.


Baiklah, Tuhan adalah pencipta dunia. Dan dia adalah yang Maha Unggul lagi Maha Perkasa, segala kekuasaan adalah milikNYA. Secara logiklah, adakah akal kita mampu mengukur kekuasaan Tuhan?Mestilah tidak mampu, kerana pada akal kita adalah terhad dan ada limitnya. Ini pula jika mahu membayangkan rupa bentuk serta anggotanya? Maha Suci ALLAH yang tidak mempunyai sesuatu seumpama binatang. Kerana binatang itu adalah Makhluk dan ia punya cacat cela. Sedangkan ALLAH itu Maha Suci.


Jadi, jika kita membayangkan Jesus itu Tuhan. Laksana kita membayangkan TUhan ini binatang? Astarfirullah al azim. Ketahuilah, orang yang berfikiran begitu, adalah akalnya itu rosak..terlampau membayang-bayangkan sesuatu tidak munasabah,lantas terus jammed dan corrupted lantas, memberi jawapan yang error..


Belum lagi dicampur dengan ralat..





Mari kita fikir-fikirkan kelogikal ini. Kerana sebagai seorang yang berakal, adalah orang berfikir.





Baiklah, kembali kepada yang tidak percaya pada tuhan pula..


Cukuplah kita tengok balik kejadian kita ini. Sebelum kita ada ibu, sebelum ibu ada nenek..dan sebelum2nya? adalah manusia ini hidup tiba? tidak ada pencipta? baiklah...yang mengawal tangan itu pasti kita tahu siapa bukan?kita sendiri? jadi bila yang tangan nya tidak mampu berfungsi? siapa yang jadikan itu? takkan kemalangan? fikirkanlah..Yang memberi cahaya pada matahari itu siapa? mesti ada orang nyalakan bukan? takkan tetiba ia bernyala sendiri. Ambil contoh...ada tv, siapa pencipta tv? takkan tv boleh tiba-tiba wujud? ada kerusi, takkan kerusi boleh ada tiba-tiba? mesti ada pembuatnya. bukan? ok..apa pula ada manusia? mesti ada pencipta nya juga? bukan? So, ambillah mudah, pencipta manusia ini mestilah pencipta Alam nya juga. Kerana Pencipta itu sahaja tahu, apa yang sesuai untuk manusia. Kenapa ada satu sahaja bukan dua? pernahkah di negara ini ada 2 ketua dalam 1 masa? mesti ada..tapi negara tidak aman.Bumi ini pernah berlaku, orbit bergegar, kerana masing-masing mahu perjalanan alam berbeza?Nescaya jika begitu, pasti berlaku perlanggaran dunia.

Tidak semestinya yang tidak nampak itu tidak ada.


Ambil contoh, kita tidak nampak otak kita. Adakah bermaksud kita tidak ada otak?


Ha...sememang, jika kita tidak mahu berfikir...



Itu barulah sedikit perkenalan kita kepada ALLAH, kita belum lagi berkenalan dengan sifat-sifatnya. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tepat. Yang Maha Suci lagi Maha Sempurna...dan sebagainya. Justeru, jika kita lebih kenal pada Tuhan, maka kita akan lebih sempurna cinta kita kepadaNYA. Bila cinta kita ini berseri-seri melebihi segala-galanya, ikhlas kepadaNYA, insyaALLAH, Aqidah kita ini sudah murni dan bersih serta lurus.

Ya ALLAH, tunjukkanlah Ibu Bapaku, aku dan Keluargaku, adik beradikku, saudara maraku, kawan-kawan, dan seluruh umat Islam di Muka Bumi ini serta manusia-manusia lain Jalan Yang Lurus, Yang di Redhai MU.



Mari sama-sama kita periksa Aqidah kita.





Maaf- tanpa dalil..tapi insyaALLAH, jika ada silap, tolong tegur dan betulkan..


Wallahualam...

Monday, October 8, 2007

Kembara Balik kampung..

Awal pagi, Saya sudah sedia berangkat k Terminal 2..
Bersedia untuk terbang ke Miri.. Kembara balik kampung..ekspidisi yang pastinya tidak mencabar, tapi mengundah fikiran dan leka masa...
Saya teringat satu cerpen karangan seorang sahabat..tajuk nya berbunyi begini
Apa yang anda pelajari kaitlah dengan Kebesaran ALLAH, disitu barulah bergelar pelajar Cemerlang Dunia dan AKhirat..

InsyaALLAH, kembara Balik kampung ini bakal menceritakan tentang perjalanan kita menuju ke ALAM Baqa dan ALam AKhirat, hari penghisaban kelak...

Sepanjang penantian saya di airport, duduk menanti untuk check in, saya memandang ke arah satu papan notis, yang menggerunkan jiwa saya..





Gambaran di fikiran saya sebenarnya, sudah bersediakah saya untuk berlepas ke alam Baqa?

Pendaftaran ke alam Baqa ini bukanlah seperti di lapangan terbang..Semuanya telah didaftarkan awal-awal lagi, kata orang..sudah dibook tiket Kematian itu, tarikh dan waktunya. Tidak ada lambat seminit, no delay-delay...mahupun sesaat. Kadang-kadang kita lupa, kudrat kira ini hanyalah Pinjaman semata-mata, pastinya keberangkatan kita ke alam Barzakh itu, tidak ada informasi massage seperti yang dibuat Air Asia. Hanya ALLAH berikan tanda-tanda sedikit buat yang Masih hidup...moga-moga kita sentiasa sedar, bahawa kita pasti kembali kepadaNYA.


Firman ALLAH dalam Surah Yasin Marhumnya

* Maka Maha suci ALLAH yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada Nya lah kamu dikembalikan*






Mungkin sesetengah kita ini lupa, kita kembali adakah dengan tangan kosong mahupun tangan penuh?Manusia tetap lupa, ALLAH sentiasa memperingatkan kita bagi orang yang berakal. Di kaca mata, terang bederang, berita kematian. Memperingatkan pada kita, bahawa setiap yang hidup pasti merasa mati.





Jadi bila saya melihat bagasi saya..






Sekali lagi merasa gerun di hati, yang bermain di fikiran,
agak-agaknya...apakah bekalan ku di alam Baqa nanti ya? Adakah aku berbekalkan Pahala?
Atau Dosa? Banyak atau sikit? Kudratku ini tidak mampu menampung balasan di dunia inikan pula di neraka yang tidak terperi Sakitnya..

Firman ALLAH dalam surah Ar-Ra d (surah ke 13) ayat 18
Yang Marhumnya
*Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhan-nya, (disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah)sebanyak isi bumi ini lagi besertanya, niscaya mereka akan menembus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.*

Ayat ke 19
* Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhan-mu itu benar sama dengan orang yang buta?Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran*

Ayat ke 20
*(yaitu)orang-orang yang memenuhi janji ALLAH dan tidak merosakkan perjanjian*

Bila terkenangkan apalah nasib kita di dunia ini, nanti di akhirat pasti kudrat ini tidak mampu menahan segala azab yang tidak terhingga sakitnya.. Nauzubillah..
Janji kita pada ALLAH itu pasti. Dan peganglah janji itu, kerana orang yang mengaku cinta pada ALLAH tidak sentiasa pegang pada janji.
Janji kita pada ALLAH
*Sesungguhnya solatku,hidupku,ibadahku,matiku semuanya kerana ALLAH*

Mari telusuri hidup ini dengan tarbiyyah dari ALLAH, the best guideline towards the excellent UMMAH!

ALLAHUAKHBAR!