Sunday, July 8, 2007

Ancaman kepada Remaja Islam





CABARAN REMAJA ISLAM











perancangan komunis

Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
Menyebarkan fahaman teori Darwinisme – manusia berasal dari beruk
Menyebarkan fahaman teori Frued – tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
Agama candu masyarakat
China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan
Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh






Perancangan salibiah
(gerakan hancurkan islam)

Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
Gladstone, “Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya.”
Pemerintah Perancis di Algeria, “Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya.”
Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), “Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka.”
Lowrence Brown (paderi), “Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah.”
Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), “Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang.”



Perancangan yahudi





Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion – mungkin secara bulanan )
Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan sebagainya
Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
Suburkan pergaulan bebas – awalnya ‘Rakan Study’, akhirnya …
Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan ‘BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN’ (Skin-Head dan sebagainya)
Serang budaya Islam dengan budaya Barat

AYUH!! SEDAR DIRI!!!...




Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah enta? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:

“Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka.”

Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.


Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri. Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca. Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:

Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)
Bina kekuatan fikir dengan membaca
Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)
Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
Kembali cintakan ibadah
Dampingi golongan alim
Sentiasa mendirikan solat jama`ah
Jernihkan aqidah dari perkara khurafat

Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.

HONESTLY FROM:
MUHAMMAD FAKHRUDDIN AR-RAZI BNU MISNI
SPECIAL DEDICATE TO ALL YOUTH OF ISLAM

Tuesday, July 3, 2007

Perjalanan



Pusing...


Haru Biru...


Badai bergelodak..


apakah itu sanubariku berbicara?




Telus d hati yang alpa...


Aku perlukan ketenangan..


Senak perutku menahan buak kejahatan dalam diri..


Sayu...


Penuh dengan jeritan syaitan mahu bebas..


Adakah ini lumrah?




Tekun..


Teliti panduan hidup..


mencari ketenangan ...ombak melingkari persembahanku..


Penuh sudah coretan di dada..


Bila lagi kian insaf?




Ku telusuri jalan yang lurus,


yang ku tempuh selama ini berlorong dua..


Ku harapkan tercapai matlamatku..


Lorong yang cerah..


sebelum ini..


Hanyalah perjalanan yang gelap gelita..


penuh onak dan duri..


Menyakitkan..


Melukakan..


Inikah yang aku mahu?




Ku melangkah dengan tawakal..


ku serahkan pada Ma'rifahNya..


Moga dpt ku temui..erti kehidupan..


erti sebuah perjalanan..


yang pastinya..punya tujuan..


Matlamat..




Selama ini hanyalah pudar..


Yang ku inginkan..


Perjalanan yang jelas..


Ke arah mardhotillah..MU..


Monday, July 2, 2007

Khutbah JumaatPengusahaan Teknologi


Sidang Jumaat yang berbahagia,Pada kesempatan yang penuh dengan keberkatan ini, marilah kita sama-sama bersyukur dan bertakwa kepada allah s.w.t, mudah-mudahan dengan segala kurniaan nikmat dari allah akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepadanya, serta menjadikan kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Hadirin sidang jumaat yang dirahmati Allah, Al-quran diturunkan sebagai petunjuk dan hadiah kepada manusia serta membawa rahmat bagi seluruh alam. Allah s.w.t menjadikan langit,bumi dan diantara keduanya untuk kemudahan manusia menjalani kehidupan disamping untuk beribadat kepadanya. Firman allah dalam surah Ibrahim ayat 32: Maksudnya :" Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu, dan ia memberi kemudahan bagi kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar dilautan dengan perintahnya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)".Dalam masa yang sama juga, allah s.w.t menyeru agar manusia mengkaji, meneroka dan menyelidik rahsia alam ciptaannya secara sistematik.Sebagaimana firmannya dalam surah Al-Ghaasyiyah ayat 17-20:Maksudnya : "Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan?. Dan keadaan langit, bagaimana ia ditinggikan binaannya?. Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?. Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?."Berdasarkan ayat tersebut sememangnya menjadi tugas dan tanggungjawab manusia mengkaji rahsia alam ciptaan Allah selaras dengan matlamatnya menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Allah s.w.t juga telah memuliakan golongan mukmin yang suka mengkaji ciptaannya dengan menggelarkan mereka sebagai Ulul Albab.Hadirin sidang Jumaat yang dimuliakan,Jika kita meneliti kandungan al-quran, kita dapati bilangan ayat-ayat yang membicarakan tentang sains dan teknologi melebihi 750 ayat, manakala ayat-ayat yang berkaitan hukum-hakam tidak melebihi 150 ayat. Tetapi alangkah ruginya umat islam diakhir zaman ini kerana mereka tidak lagi mengambil berat tentang kepentingan menguasai sains dan teknologi. Dimana silapnya?.Sedangkan para ulamak islam terawal mereka merupakan tokoh-tokoh terbilang dalam menguasai ilmu sains dan teknologi. Contohnya nama-nama seperti al-asma'i,al-jahid dan al-jawakili merupakan pakar dalam bidang zoologi dan biologi. Manakala dalam bidang botani pula dipelopori oleh al-nabati, seterusnya dalam bidang mineralogi tokohnya ialah muhamad zakaria al-rozi, bidang kimia pula tokohnya kholid ibnu yazid dan jabar ibnu khayan serta dalam bidang kejuruteraan dan teknologi tokohnya seperti ibnu musa, ibnu ar-rozaz al-jazari,taqiyuddin dan lain-lain.Tetapi malangnya, apa yang berlaku kepada umat islam masa kini mereka ketinggalan jauh dalam semua bidang keilmuan, tidak berkemampuan dalam penguasaan kepakaran teknologi, sebaliknya umat islam dijajah,ditindas,dihina malah dilabel sebagai pengganas dan pelbagai tohmahan negetif.Justeru, selaku sebuah negara merdeka marilah kita mendidik serta melatih generasi muda agar menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuklah kepakaran dalam bidang sains dan teknologi kerana kita tidak mahu semata-mata bergantung kepada kuasa asing yang sudah tentu mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri seperti menjajah pemikiran umat islam dan lain-lain. Hal ini sesuai dengan kata-kata pujangga muslim:Maksudnya: "Kebijaksanaan (Hikmah) itu, adalah barang kehilangan kaum muslim. Justeru dimana sahaja kamu berusahalah mengambilnya kembali".Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia,Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita melihat al-quran dari sudut ilmu sains iaitu satu bidang ilmu yang sangat penting untuk kejayaan manusia didunia dan diakhirat. Perlu diingatkan disini negara-negara maju seperti Jerman,Perancis,Amerika,Jepun,Rusia dan sebagainya, mempunyai saintis yang ramai.Mereka ini berperanan membuat pelbagai kajian dan penyelidikan-penyelidikan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat umum.Justeru, sekiranya kita mahu masyarakat khususnya umat islam menjadi maju, maka kita perlulah melipat gandakan usaha untuk menambahkan lagi bilangan para saintis dinegara ini. Oleh itu, mimbar jumaat menyeru kaum muslimin khususnya ibu bapa mengambil berat dengan memberi kefahaman dan memupuk minat anak-anak mempelajari ilmu sains dan teknologi kerana mereka adalah aset negara dimasa hadapan. Ini adalah selaras dengan gesaan allah s.w.t, dalam surah al-ankabut ayat 20:Maksudnya : "Katakanlah : Mengembaralah kamu dimuka bumi, serta lihatlah bagaimana allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya, kemudian allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam kejadian yang baru. Sesungguhnya allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu".Sidang Jumaat yang berbahagia,Pada masa ini kerajaan amat menekankan soal pembangunan modal insan supaya rakyat negara kita memiliki minda kelas pertama berdaya saing diperingkat global. Ini bertepatan dengan prinsip ke-4 islam Hadhori iaitu penguasaan ilmu pengetahuan. Merialisasikan hasrat kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan prasarana pendidikan berupa universiti-universiti dan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta mengadakan kempen-kempen kearah memupuk minat generasi muda mencintai sains dan teknologi.Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan kemudahan dan peluang keemasan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi amat diperlukan untuk maju dalam kehidupan pada masa kini dan akan datang. Bangsa melayu khususnya umat islam perlu mengubah cara berfikir terhadap konsep ilmu sains dan teknologi kerana ia adalah salah satu cabang ilmu dalam islam. Menguasainya merupakan satu kefardhuan kerana ia dilihat berfungsi sebagai alat yang mampu berperanan memelihara Maqhoshid syariat.Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,Menyedari kepentingan penguasaan sains dan teknologi dalam kehidupan masa kini, maka dapatlah kita rumuskan khutbah pada hari ini seperti berikut :1. Penguasaan terhadap ilmu sains dan teknologi adalah suatu kefardhuan bagi umat islam supaya umat islam menjadi umat contoh dan teladan serta pemimpin kepada umat lain didunia.2. Kita hendaklah menguasai ilmu sains dan teknologi kerana asalnya ia adalah harta intelek umat islam yang perlu dimiliki dan diambil kembali.3.Penguasaan terhadap ilmu sains dan teknologi akan menjadikan kita bangsa yang bermaruah,dihormati,mampu berdikari dan berdaya saing dalam semua bidang.5. Sains dan teknologi berperanan sebagai pemudah cara kepada sebarang aktiviti dan kegiatan hidup serta penyelesai kepada sebarang permasalahan dari semasa ke-semasa.Maksudnya: "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan kawasan rahmat allah) bagi orang-orang yang berakal". (Surah Ali-Imran ayat 190)

Monday, June 18, 2007

Dunia ini Milik ALLAH: Harun Din Menumpas Mubaligh Yang Angkuh

Dunia ini Milik ALLAH: Harun Din Menumpas Mubaligh Yang Angkuh
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=9

Harun Din Menumpas Mubaligh Yang Angkuh



Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.
Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 . Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.
Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.
Sedang asyik mengikuti perbincang­an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?
Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber­jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.
Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.
Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.
Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.
Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.
Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.
Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.
Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; “Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
“Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.
Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.
Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.
Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”
“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.
“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau,” jelasnya.
Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.
“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab­kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.
“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.
“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.
Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.
Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.
“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.
“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,” ujarnya bersungguh­sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu. (Oleh: Hafiz Hamzah. E­mel: Hafiz_mastika@yahoo.com

Sunday, June 17, 2007

Ke mana kita selepas ini?


"Innalillahi...."

Perit untuk kita dengar tentang kisah kematian,tapi itu adalah lumrah kehidupan skarang,tiap tiap hari pasti ada khabar kematian,di akhbar,di mulut2,di mana2 sahaja..kerana kematian itu adalah lumrah kehidupan..

Ali Imran surah 3 yang bermaksud :

"145. dan (tiap-tiap) makhluk Yang bernyawa tidak akan mati melainkan Dengan izin Allah, Iaitu ketetapan (ajal) Yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). dan (dengan Yang demikian) sesiapa Yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa Yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur."

Gusar hati mengenangkan mati,kerana mati itu adalah pasti..tidak kira apa2 sekali,yakni malaikat,manusia,haiwan..dan apa2 benda yang hidup pastikan merasa mati..semuanya dengan kehendak ALLAH.


dalam Surah An-Biyaa' ayat ke 35 yang bermaksud :

"tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."


kita sekian lama hidup tidak mengenang sekalipun asal usul kematian...kematian itu adalah pasti,kerana itulah ALLAH mengirimkan kita khabar2 kematian hari2 bagi supaya kita bersiap siaga untuk berhadapan dengan NYa.


kerana ALLAH telah berfirman dalam surah Yassin ayat ke 83 yang bermaksud :

"oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."


dan Jika kita tidak percaya sekalipun terhadap kematian yang bakal menjemput kita,cukuplah kita duduk di hospital sepanjang hari,boleh dikira hari2 kita berjumpa insiden atau mana2 manusia yang dijemput untuk mengadap Ilahi...


dan ingatlah ketika itu kita akan dihitung,dihadapkan ke arah neraka bagi yang menderhaka,dan bagi yang taat insyaALLAH syurgalah tempatnya..


firman ALLAH dalam surah Yassin ayat ke 63 yang bermaksud :

""Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, Yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah)."


jadi sebagai insan,kita wajid diingatkan terhadap mati,kerana itu kita kena bersiap siaga menghadap mati,biarpun bukan kita,mungkin esok harinya adalah kita?kita tidak tahu ajal kita...kerana mengenai ajal maut hanyalah ALLAH.


Mari kita renungi diri kita, adakah cukup amal kita untuk berhadapan dengan ALLAH.

kerana janji janji kita sebelum kita dijadikan manusiapada ketika alam ruh lagi kepada ALLAH telahpun dirakam di dalam Al Quran dalam surah al A'raaf ayat 172 yang bermaksud :

"dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".


itulah selalunya diperingatkan kita pada notis2 di masjid-masjid,di surau-surau..


"Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan"


sebelum kaki berhenti melangkah,tangan terputus nikmat,lidah menjadi kelu,mata menjadi buta,jantung berhenti berdegup,badan menjadi kaku...ada baiknya kita bermusahabah diri....merenung siapa sebenarnya diri kita...apa tujuan hidup kita...kenapa kita diciptakan di dunia ini..kenapa harus kita bersembahyang...cukupkah masa untuk kita bertaubat dan beramal..sebelum kita terlambat..


marilah..pintu rahmat ALLAH itu sentiasa terbuka..

ALLAH itu maha pengampun lagi maha pemurah..

insyaALLAH..

sekadar titipan buah bicara pada hari ini..

sekadar renungan buat penulis yang daif lagi lemah..

yang punya banyak cacat cela..


Mohon pembetulan jika ada kesilapan..

Saturday, June 9, 2007

Jiwa yang tenang



JIWA yang sihat dan tenteram memiliki beberapa tanda, sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab ‘Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan’. Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita. Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya.
Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Selain itu, jiwa yang sihat memiliki sifat sebagaimana berikut :
Matlamatnya Akhirat
Jiwa yang sihat bergerak dari dunia menuju ke akhirat dan seakan-akan telah sampai di sana. Sehingga dia merasa seperti telah menjadi penghuni akhirat dan putera-puteri akhirat. Dia datang dan berada di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing, yang mengambil sekadar keperluannya, untuk segera kembali ke negeri asalnya. Nabi s.a.w bersabda,
“Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau (musafir) yang melalui suatu jalan.” (HR. al-Bukhari)
Bila jiwa seseorang itu sihat, dia akan mengembara menuju akhirat dan menghampirinya, sehingga seakan-akan dia telah menjadi penghuninya. Sedangkan bila jiwa tersebut sakit, maka dia akan terlena dengan dunia dan menganggapnya sebagai negerinya yang kekal, sehingga jadilah dia hamba kepadanya.
Keinginan Menuju Allah s.w.t.
Di antara tanda tenteramnya jiwa ialah selalu mendorong seseorang untuk kembali kepada Allah s.w.t. dan tunduk kepada-Nya. Dia bergantung hanya kepada Allah, mencintai-Nya sebagaimana seseorang mencintai kekasihnya. Tidak ada kehidupan, kebahagiaan, kenikmatan, kesenangan kecuali hanya dengan ridha Allah, merasa dekat dan rasa jinak terhadap-Nya. Merasa tenang dan tenteram dengan Allah, berlindung kepada-Nya, bahagia bersama-Nya, bertawakkal hanya kepada-Nya, yakin, berharap dan takut hanya kepada Allah.
Maka jiwa tersebut akan selalu mengajak dan mendorong pemiliknya untuk mecari ketenangan dan ketenteraman bersama Ilah sembahannya. Tatkala itulah ruh benar-benar merasa kehidupan dan kenikmatan dan menjadikan hidupnya lain daripada yang lain, bukan kehidupan yang penuh dengan kelalaian dan berpaling dari tujuan penciptaan manusia. Untuk tujuan menghamba kepada Allah s.w.t inilah syurga dan neraka diciptakan, para rasul diutus dan kitab-kitab diturunkan.
Abul Husain al-Warraq berkata, “Hidupnya jiwa adalah dengan mengingat Zat Yang Maha Hidup dan Tidak Pernah Mati, dan kehidupan yang nikmat adalah kehidupan bersama Allah, bukan selain-Nya.”
Oleh kerana itu terputusnya hubungan seseorang dengan Allah s.w.t. adalah lebih dahsyat kepada orang-orang arif yang mengenal Allah daripada kematian, kerana terputus dari Allah adalah terputus dari al-Haq, sedang kematian adalah terputus dari sesama manusia.
Tidak Bosan Berzikir
Di antara tanda sihatnya jiwa adalah tidak pernah bosan untuk berzikir mengingat Allah s.w.t. Tidak pernah merasa jemu untuk mengabdi kepada-Nya, tidak terlena dan asyik dengan selain dari Nya, kecuali kepada orang yang menunjukkan jalan kepada Nya, orang yang mengingatkan dia kepada Allah s.w.t. atau saling mengingatkan dalam kerangka berzikir kepada-Nya.
Menyesal jika Tertinggal dari Berzikir
Jiwa yang sihat akan rasa menyesal, merasa sedih dan sakit melebihi sedihnya seorang bakhil yang kehilangan hartanya jika tertinggal atau terlupa berzikir.
Rindu Untuk Beribadah
Jiwa yang sihat selalu rindu untuk menghamba dan mengabdi kepada Allah s.w.t. , sebagaimana rindunya seorang yang lapar terhadap makanan dan minuman.
Khusyu’ Dalam Solat
Jiwa yang sihat akan meninggalkan segala keinginan dan sesuatu yang bersifat keduniaan ketika sedang menunaikan solat. Sangat berhati-hati dalam masalah solat dan bersegera melakukannya, serta memperolehi ketenangan dan kenikmatan di dalam solat tersebut. Baginya solat merupakan kebahagiaan dan penyejuk hati dan jiwa.
Keinginannya Hanya kepada Allah
Jiwa yang sihat, keinginannya hanya satu, iaitu kepada segala sesuatu yang diredhai Allah s.w.t..
Menjaga Waktu
Di antara tanda sihatnya jiwa adalah merasa sayang jika waktunya hilang dengan sia-sia, melebihi sayang seorang yang kikir terhadap hartanya.
Muhasabah dan Memperbaiki Diri
Jiwa yang sihat senantiasa memberi perhatian untuk terus memperbaiki amal, melebihi perhatian terhadap amal itu sendiri. Dia terus bersemangat untuk meningkatkan keikhlasan dalam beramal, mengharap nasihat, mutaba’ah dan ihsan (seakan-akan melihat Allah s.w.t. dalam beribadah, atau selalu merasa dilihat Allah). Di samping itu dia selalu memperhatikan pemberian dan nikmat dari Allah s.w.t. serta kekurangan dirinya di dalam memenuhi hak-hak-Nya.
Demikian di antara beberapa tanda yang menunjukkan sihatnya jiwa seseorang.
Dapat disimpulkan bahwa jiwa yang sihat dan tenteram adalah qalbu yang himmah (keinginannya) kepada sesuatu yang menuju Allah s.w.t. , mencintai-Nya dengan sepenuhnya, menjadikan-Nya sebagai matlamat. Jiwa raganya untuk Allah, amalan, tidur, bangun dan bicaranya hanyalah untuk-Nya. Dan ucapan tentang segala yang diredhai Allah lebih dia sukai daripada segala pembicaraan yang lain, fikirannya selalu tertuju kepada apa sahaja yang diredhai dan dicintai-Nya.
Berkhalwah (menyendiri) untuk mengingat Allah s.w.t lebih dia sukai daripada bergaul dengan orang, kecuali dalam pergaulan yang dicintai dan diredhai-Nya. Kebahagiaan dan ketenangannya adalah bersama Allah, dan ketika dia mendapati dirinya berpaling kepada selain Allah, maka dia segera mengingat firman-Nya,
”Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.¨ (QS. 89:27-28)
Dia selalu mengulang-ulang ayat tersebut, dengan harapan dia akan mendengarnya nanti pada hari Kiamat dari Rabbnya. Maka akhirnya jiwa tersebut di hadapan Ilah dan Sesembahannya yang Haq akan terwarna dengan sibghah (celupan) sifat kehambaan. Sehingga jadilah dia abdi sejati sebagai di segi sifat dan karakternya, ibadah adalah nikmat bukannya beban yang memberatkan. Dia melakukan ibadah dengan rasa gembira, cinta dan rasa dekat kepada Rabbnya.
Ketika diajukan kepadanya perintah atau larangan dari Rabbnya, maka hatinya berkata, “Aku sambut panggilan-Mu, aku penuhi dengan suka cita, sesungguhnya aku mendengar, taat dan akan melaksanakannya. Engkau berhak dan layak mendapat semua itu, dan segala puji kembali hanya kepada-Mu.¨
Apabila ada takdir menimpanya maka dia mengatakan, ” Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, miskin dan memerlukan-Mu, aku hamba-Mu yang fakir, lemah tidak berdaya. Engkau adalah Rabbku yang Maha Mulia dan Maha Penyayang. Aku tidak mampu untuk bersabar jika Engkau tidak menolongku untuk bersabar, tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak membantuku dan memberiku kekuatan. Tidak ada tempat bersandar bagiku kecuali hanya kepada-Mu, tidak ada yang dapat memberikan pertolongan kepadaku kecuali hanya Engkau. Tidak ada tempat berpaling bagiku dari pintu-Mu, dan tidak ada tempat untuk lari dari-Mu.¨
Dia mempersembahkan segalanya hanya untuk Allah s.w.t, dan dia hanya bersandar kepada-Nya. Apabila ditimpa sesuatu yang tidak disukai maka dia berkata, “Rahmat telah dihadiahkan untukku, ubat yang sangat bermanfaat dari Zat Pemberi Kesembuhan yang mengasihiku.” Jika dia kehilangan sesuatu yang dia sukai, maka dia berkata, “Telah disingkirkan keburukan dari sisiku.“
Semoga Allah s.w.t memperbaiki jiwa kita semua, dan menjaganya dari penyakit-penyakit yang merosak dan membinasakan, Amin.
Sumber Asal : Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan, penyusun Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi.