Sunday, August 30, 2009

Balik kampung

"oooOOooo Balik kampung...OooooOOoo...Balik kampung..." kedengaran pekikan seorang siswa dari luar bilik. Suaranya garau-garau basah. Lagu itu cukup popular dan didendangkan oleh Allahyarham Sudirman. Pekikan itu membuak nostalgia di kalbu lalu melirik kerinduan pada kampung halaman.Kelihatan TIKET Keretapi tergantung di papan tanda.Tertera detailnya dengan ringkas

Destinasi: Kuala Lumpur Tarikh: 18 september 2009 Masa: 5.15 petang Harga: RM21.00

Tiket itu baru sahaja dibeli seorang sahabat, Brother ALLAN, seorang keturunan Kelabit Cina, memeluk Islam ketika di sekolah menengah.
"Brother, By the time you pick your wife,Can you please help me to buy Tiket to KL by date of 18 september 2009 at 5.15 pm? " ringkas SMS(Short massange service) dihantar kepada no Brother ALLAN. Atas teknolgi yang canggih dan serba moden ini, semua perkara jadi mudah. Alhamdulillah.

Waktu Ramadhan inilah, buat yang menjadi perantau di negeri lain mahupun negara lain, pasti kerinduan itu mencanai-canai dihati. Terkenang pada yang di kampung halaman, pada yang telah pergi dahulu meninggalkan alam. Pasti sedikit sebanyak mencoret kesenakan dihati....Bias-bias sedih dan gembira menuntun emosi. Riak-riak wajah yang telah pergi menyusul di bayangan. Seolah-olah bangkit menyeru semangat kasih. Itulah buah penangan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma.

Namun, bayangan itu tak pernah sesekali kita fikirkan tapi ia datang bersahaja. Ada yang cukup rindu dengan kampung halaman. Hingga sanggup bertungkus lumus, berebut sakan membeli tiket. Kadang-kadang ada yang terlepas. Kadang-kadang ada yang tertipu. Hakikat dunia, tidak selamanya indah. Namun, kenapa jarang-jarang antara kita rindu akan mati?

Sebut soal "MATI". Ramai gerun. Ramai takut. Ramai gelisah. Hingga ada yang sanggup berbelanja berjuta-juta untuk mengelak dari mati.

Balik kampung sempena Raya yang bakal menjelma, ramai yang mempersiapkan diri. Ramai yang bersedia, bershopping sakan, mengalahkan Tauke Kedai Borong. Kenapa tidak persediaan untuk "MATI" itu juga dibuat sedemikian?

MATI itu adalah PASTI!
MATI itu adalah matlamat hidup!
Untungnya Raya dan tarikh balik kampung kita tahu bila waktunya.
Namun, MATI itu tak pernah sesekalipun dicatat dan diiklankan bila.
Malah, mungkin boleh jadi selepas ini?

APakah persiapan kita menjelang kematian?
Sudahkah kita bersiap untuk mati?
Masa semakin singkat.....
detik semakin berjalan...
Waktu terlalu dekat....
untuk tanah menunggu penghuninya..




Bercerita tentang mati...

Sini saya lengkapkan penutup entry kali ini dengan kisah Berpisahnya roh dari jasad..semoga menjadi Pedoman buat kita bersama...

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."


Wednesday, August 26, 2009

Polariti Pemikiran


"Kenapa kamu beli buku begini?"getus seorang kawan. Kebetulan di UTP ada PESTA Buku, ( http://utpbookfair.wordpress.com ) .. " Dia ni bukan pejuang ISLAM!" kata seorang kawan apabila melihat gambar CHE GUEVARA dengan sinisnya. "Siapa dia CHE GUEVARA?" "Kenapa Ramai anak-anak muda yang memakai baju bergambarkan potrait CHE GUEVARA?" Di ruang lintup buku itu tertera nama CHE GUEVARA. Bila saya menelaah buku itu...ia menceritakan bahawa nama sebenar pemilik pontrait itu adalah Ernesto "Che" Guevara de la sern, beliau lahir di Rosario, Argentina pada tarikh 14 June 1928. Beliau merupakan salah seorang orang kanan kepada Fidel Castro Presiden CUBA. Kenapa CHE GUEVARA ni sangat terkenal? APakah sumbangan beliau? Bagaimana beliau boleh mencetuskan satu pengaruh yang besar? Belekan demi belekan...akhirnya saya jumpa apa yang saya hendak....

Sebenarnya entry kali ini bukanlah untuk bercerita tentang CHE GUEVARA. Namun lebih kepada "Polariti Pemikiran". Apa yang dimaksudkan dengan "Polariti pemikiran"? Adakah "polariti Pemikiran" ini sangat penting untuk diketahui? Ya, sangat-sangat penting untuk diketahui. Ia adalah dasar pemikiran yang mempunyai satu radius yang berpolar. Yakni berputar-putar di sekitar polaritynya sahaja umpama theory Electromagnetic. Kita selalu mendengar ungkapan "Think out of your box!". Tapi, bagaimana hendak membentuk dasar pemikiran seperti itu? Kalau masih polariti pemikiran kita tidak berkembang...hanya berkisar di sekelilingan sahaja. Sebenarnya kadar itu boleh diubah dengan pencakupan ilmu yang meluas. Ramai di kalangan kita cukup berpandang serong pada buku-buku tulisan orang-orang barat. Malah, ada yang cukup alergik." Buku NOVEL ENGLISH...taknak belilah...mesti ada unsur-unsur KRISTIANITI dan yang sehala dengannya". Namun, inilah salah satu mindset yang perlu diubah. Bagaimana kita hendak mengetahui keadaan tempat itu, jika tempat itu tidak kita jelajahi? Bagaimana kita hendak mengenali seseorang itu, jika kita tidak memulakan perkenalanan?

Jadi, untuk mengembangkan polariti pemikiran saya, saya belek buku-buku tulisan orang-orang barat...bukanlah untuk saya mengembang ideologi kebaratan dalam diri saya. Namun, mencari-cari nilai-nilai estatika warisan Empayar Cordova yang masih terterap di dalam budaya orang barat. Yakni, budaya membaca. Ketahuilah, apabila kita berkenal-kenalan dengan buku-buku, di situlah kita berpeluang untuk berkenalan dengan cara pemikiran dan polarity pemikiran seseorang penulis. Di situ, kita akan membuat titik perbandingan dari minda kita yang sihat. Sebab itu, perlu juga dengan ada FUNDAMENTAL yang kukuh dalam diri kita. Kadang-kadang kita lebih suka membaca buku-buku yang kelihatan Islamik sahaja. Yalah, konon-kononnya kita akan menjadi lebih matang dan berwibawa dengan membaca buku-buku tersebut. Namun, bukanlah saya berkata sindir kepada orang yang membaca buku-buku Islamik. Malahan, saya anjurkan agar teruskan Istiqamah dengan bacaan tersebut, inshaALLAH akan lebih bermanfaat. Namun, perlu diingat, kadang-kadang kita hampir terlupa untuk mengenali ideologi-ideologi yang bercanggahan dengan Islam. Ambil mudah, seperti pengaruh "Che Guevara" di dalam gerakan mahasiswa yang radikal. Kenapa Mahasiswa Amerika Selatan mengambil "Che Guevara"sebagai icon pejuang muda? Apa hebatnya? Apa ideologinya? Dan apa diperjuangkan nya? Hingga mendapat tempat di hati mereka? Dari mana perlu kita ketahui segala maklumat itu, jika tidak dengan berkenal-kenalan dengan buku-buku yang menerangkan hal-hal yang berkaitan dengan beliau. Dan di situlah, peluang untuk kita counterback secara lebih ilmiah dengan golongan-golongan yang bertindak mengagung-agungkan beliau. Memang tidak diakui, CHE GUEVARA adalah seorang yang layak digelar icon. Kerana pejuangan tidak pernah luntur sehinggalah beliau mati dibunuh. Dan Ungkapan popularnya "Our sacrifice is a conscious one: it is in payment for the freedom we are building."

Rupanya ada jua nilai-nilai ISLAM yang menerjah dalam kehidupan CHE GUEVARA walaupun beliau tidak pernahpun menjadi seorang ISLAM. Dari seorang pelajar kepada seorang pemberontak lalu kepada seorang penggerak revolusi lalu kepada seorang yang diplomasi dan lalu menjadi penggerak Gerila di Bolivia....dan sekarang dikenang sebagai seorang Legenda of anak-anak muda pelampau(Radical Youth Movement).

Polariti pemikiran bukan sekadar perlu dikembang-kembangkan dengan dasar pemahaman corak pemikiran penulis. Malahan perlu jua ada pengambil titik-titik persamaan dengan ajaran ISLAM. Contohnya, dari sudut pengurusan. Dalam Islam, ada diajarkan cara pengurusan Islam, namun, banyak nilai-nilainya tersembunyi akibat arus pergolakan tamadun. Di mana risalah-risalah alam banyak dibakar dan terlupus akibat peperangan dan perubahan iklim. Maka, kita cuba kutipkan kembali dan dijadikan muhasabah.


Antara buku yang saya beli adalah "You call the shots" kisah mengenai seorang anak muda yang berjaya dalam 12 Business yang diusahakannya sebelum mencapai usia 21 tahun. Apa rahsianya? Apa strateginya?


Maka, saya sarankan pada anak-anak muda mahupun yang terlibat dalam pengurusan syarikat atau organisasi-organisasi, di kampus mahupun di peringkat negeri, banyakkan memperdalami ilmu-ilmu pengurusan dan strategi. Bukan sekadar strategi pemasaran, namun strategi pengurusan yang lebih effisien dan terapi. Agar di hujungnya nanti dapat menghasilkan satu output yang dikehendaki malahan berlipat ganda dengan apa yang dijangka. Sebab itulah, kita tidak seharusnya membelek-belek buku-buku yang kita rasa "ILMU", dan buku lain pula bukan buku "ILMU"... inshaALLAH dengan pembukaan minda..boleh dikatakan LIBERALISME THINKING. Kita akan lebih mudah meluaskan Polariti Pemikiran kita. Tapi ingat.......FUNDAMENTAL itu perlu KUKUH!


Dan...jangan lupa juga...buku-buku seperti ini, perlu seiringan sekali. Kalau tidak...Polariti pemikiran itu tidak akan ke mana-mana. Mahupun lebih tepat..membuah BINASA minda. Na'uzubilllah.....

Syukrani
syukrans@gmail.com
0138832372





Wednesday, August 12, 2009

USRAH ONLINE

Assalamualaikum wrh bkth,
Alhamdulillah, bersama-sama kita merafa'kan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat kehidupan dan kekuatan dalam kita meneruskan hidup yang penuh dengan cabaran dan tribulasi ini.

Sama-sama kita berselawat ke atas junjungan yang Mulia Nabi Muhammad S.A.W, doa buat para keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabi'in dan para Syuhada' yang telah bergelumang dengan perit dalam meniti
perjuangan menegakkan kalimah Agung milik ALLAH.
Syukur Alhamdulillah, kerana kita diberikan peluang untuk bersama meniti beberapa elemen dan penghayatan kepada Islam.

Saya kira ini adalah Usrah online yang ke2. Yang inshaALLAH diberi tajuk : "Ibadah dalam diari kehidupan Pejuang" yang disusunkan oleh Al Fadil Ustaz Hafeez Abdillah(http://ghulamassarawaki.blogspot.com/)
Apa itu Ibadah?

"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. " (Adz-Dzaariyaat : 56)

Di dalam Surah Dzaariyat menerangkan bahawa, ALLAH menciptakan kita dan Jin ini tidak lain tidak bukan hanyalah beribadah kepadaku. Namun, itu tafsiran secara ringkas. Ibadah yang digariskan oleh Para Fuqaha' adalah Taat dan Patuh. Namun, pengertian Ibnu Qayyim pula cukup berbeza yakni Ibadah itu adalah cinta. Kenapa dikatakan cinta? Adakah kerana berkasih-kasih sayang dengan ALLAH? Sedikit perumpamaan:
Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.

Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.

Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta. Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.

Sebagai Seorang Pejuang Islam, seharusnya kita harus mempunyai dua elemen yang penting mengenai Ibadah. Yakni Taat Patuh dan Cinta

Di Sisi pandang,pengertian Ibadah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain. Menurut istilah syarak: taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt - mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt.

Asas-asas ibadah

1. Ketundukan - menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah yang
disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.

2. Kecintaan - kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah.

"Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi danmengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Ali Imran : 31

"Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah." Al-Baqarah : 165

Ciri-ciri ibadah

1. Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus - tidak memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran Kristian. Allah sahaja hukum, tempat mengadu dan meminta ampun.

2. Peribadatan tidak terkongkong di tempat-tempat tertentu.

3. Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas - meliputi setiap aktiviti
kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah sekiranya
cukup syarat.

Syarat-syarat ibadah

1. Amalan yang dilakukan hendaklah diakui Islam dan bersesuaian dengan hukum syarak.
2. Amalan hendaklah dikerjakan dengan niat yang baik - bagi memelihara
kehormatan diri, menyenangkan keluarga, memanfaatkan ummat dan
mamakmurkan bumi Allah.
3. Amalan hendaklah dibuat dengan seeloknya.
"Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya." (Riwayat Ibnu Majah)

4. Ketika melakukan kerja hendaklah sentiasa mengikut hukum-hukum syariat
dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan
tidak menindas atau merampas hak orang lain.
5. Dalam mengerjakan sesuatu ibadah, tidak lalai dari ibadah yang wajib. Peranan ibadah yang khusus Ibadah yang khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah untuk mempersiapkan individu menghadapi ibadah yang umum yang mesti dilakukan di sepanjang kehidupan. Solat mengingatkan kita lima kali sehari bahawa sesungguhnya kita adalah hamba Allah dan hanya kepadaNya tempat pengabdian kita untuk mengeratkan hubungan kita dengan Allah. Puasa menimbulkan perasaan taqwa kepada Allah sehinggakan kita tidak membatalkannya walaupun bersendirian. Zakat mengingatkan kita bahawa harta yang kita perolehi adalah amanah dari Allah. Di dalam harta kita ada hak-hak orang lain yang mesti ditunaikan. Haji menimbulkan perasaan cinta dan kasih kepada Allah di dalam hati dan kesediaan untuk berkorban keranaNya. Matlamat dan tujuan ibadah Kenapakah kita beribadah menyembah Allah SWT? Kenapakah Allah mewajibkan kita beribadah dan mentaatiNya? Adakah sebarang faedah diperolehiNya daripada perasaan khusyuk dan ikhlas kita yang patuh kepada perintah dan meninggalkan laranganNya? Kiranya ada manfaat maka apakah hakikatnya manfaat itu? Adakah sasaranya semata-mata perintah Allah yang kita mesti melaksanakannya?

"Aku tidak berhajatkan rezeki sedikitpun dari mereka itu dan aku tidak menghendaki mereka memberi Aku makan." Adz-Dzaariyaat : 57

"Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji." Faathir : 15

"Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri." Fussilat :46

"Dan barangsiapa yang mensucikan diri mereka, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan diri sendiri." Faathir : 18
"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya untuk dirinya sendiri." Al-Ankabut : 6

Penutup

Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa. Tidak cukup bagi kita dengan hanya mengerjakan ibadah khusus semata-mata dan meninggalkan ibadah yang lebih umum. Pun begitu tidak harus ibadah umum melalaikan kita dari ibadah khusus. Keimanan menuntut kita merealisasikannya di dalam kehidupan:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : `Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): `Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan olah Allah kepadamu." Fussilat : 30

Sebagai seorang Pejuang, perlu ada ilmu yang jelas mengenai Ibadah. Perlu punyai Ilmu mengenai Ibadah. Bukan sekadar mengikut secukup rasa tanpa pengertian Ilmu yang jelas. Jika tidak, pastinya tergolong dari golongan yang bertaqlid. Walhal, Islam melarang dari bertaqlid.

Firman ALLAH :

"mengapa tidak ada sekelompokpun dari setiap golongan mereka itu yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama" At Taubah: 12

Maka, di sini, saya bukakan untuk diulaskan atau penambahan dari sahabat-sahabat, sahabiah –sahabiah ataupun tuan-tuan dan puan-puan , ustaz-ustazah yang lebih mahir dari saya yang daif ini.

Wallahualam

Mohamad Syukrani
http://mohd- syukrani. blogspot. com

Rujukan:
1)Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani

2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .

3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .

4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.

5)Khusyuk dalam Solat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

6)Pesan-pesan terbesar Al Quran oleh Proffesor Dr Fazlur Rahman

Sunday, August 9, 2009

Jawatan Segera!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saudara Muhtar Suhaili,

Sukacita dimaklumkan PTS Islamika yang merupakan anak syarikat Kumpulan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. akan menjalankan usaha menerbitkan al-Quran dan Terjemahan di dalam Bahasa Iban dan Kandazan. Projek ini adalah hasil sumbangan individu yang memikirkan kepentingan Terjemahan al-Quran dalam Bahasa Iban dan Kandazan yang sukar didapati.

Sehubungan itu, kami memohon jasa baik tuan bagi mewar-warkan jawatan kosong seperti berikut:

Jawatan: Editor/ Penterjemah
Kekosongan: Empat (4). 2 dalam Bahasa Iban dan 2 dalam Bahasa Kandazan.
Taraf Jawatan: Kontrak 2 tahun.
Kelayakan: Mereka yang mempunyai ijazah, diploma atau sijil dalam Pengajian Islam diutamakan.
Skop Tugas: Menterjemah dan mengedit terjemahan al-Quran ke dalam Bahasa Iban dan Kandazan.

Semoga usaha ini mendapat keredaan Allah.

Sekian, terima kasih.


IMRAN AZMI,
Editor Perolehan,

PTS ISLAMIKA SDN. BHD (847946-W)
9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-41427416/13 Faks: 03-4142 7415 Mobile: 016-661 1540

Laman Web: http://www.pts.com.my
Blog: http://www.ptsislamika.blogspot.com
Universiti Terbuka PTS: http://www.universitipts.com



sumber: http://www.muhtarsuhaili.com

Thursday, August 6, 2009

Persepsi individu terhadap entiti "1 Malaysia"

Baju tergantung di dinding. Berwarna kelabu. Berbau harum. Usai sahaja dicuci lantas dijemur di sidaian. Namun, itulah baju seorang insan yang masih bergelar "si BUJANG". Namun, baju bukanlah ukuran sebenar. Kerana baju cuma baju. Yang paling penting adalah si pemakai. si Pemakai Baju NEGARA MALAYSIA yang baru kali ini adalah Dato' Seri Najib. Dengan slogannya "1 Malaysia". Di mana-mana sahaja, promosinya agak gempak dan "attractive". Di Akhbar pasti tak lari dan pasti dibingkaikan di satu muka surat yang lengkap. Di iklan-iklan kementerian mahupun seangkatan pasti terpampang "1 Malaysia". Malahan kalau ada NGO yang sedia ada mahu menjalin kerjasama dengan kerajaan, pasti "1 Malaysia" slogan yang diutama. PROMOSI nya agak baik.Malahan, di KL Sentral itupun disentap dengan Pameran 1 Malaysia. Agak Ironi dan agak menarik. Malahan sesiapa melihat pasti terasa mahu melangkah bersama. Benarkah kata-kata itu?


Tun Mahathir dengan Slogan beliau"Malaysia menuju wawasan 2020"
Tun Abdullah dengan Slogan beliau "Islam Hadhari menjana kemajuan Ummah"
Kali ini, Dato' Seri Najib dengan slogan beliau " 1 Malaysia"



Namun, kiraan saya, "1 Malaysia" ini agak mirip-mirip Khalifah Umar Abdul Aziz. Cumanya implementasi agak berbeza. Cuma pada slogan nya lebih kurang. Bercerita tentang Umar Abdul Aziz R.A, apabila beliau dilantik sebagai diumumkan mengganti khalifah selepasnya. Umar Abdul Aziz terus menanggalkan pakaian mewahnya, mendermakan segala kekayaannya kepada Baitulmal. Dan, apatah lagi, ketika lawatan seorang saudaranya di pejabat khalifah, baginda berkata kepada saudaranya,"adakah lawatan ini peribadi atau tentang masalah negara?" Jawab Saudaranya, " lawatan peribadi". Serta merta baginda padamkan lilin itu dan berkata "ini adalah harta rakyat, maka jika soal peribadi tidak layaklah dipergunakan untuk peribadi". Itulah Slogan yang Mahal dari Khalifah Umar Abdul Aziz. Percaya atau tidak...di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, rakyatnya tidak ada yang miskin. Hendak dicari si pengemis pun tidak ada. Malahan Baitulmal sudah mampu menjana keuntungan. Itu hasil dari 2 setengah tahun Khalifah Umar Abdul Aziz mentadbir negara. Apatah lagi, kisah serigala dan kambing biri-biri. Ketika hidupnya Khalifah Umar Abdul Aziz, si serigala yang bersebelahan dengan kambing biri-biri tidak beranipun membaham kambing biri-biri. Setelah kewafatan Khalifah Umar Abdul Aziz, serigala yang bersebelahan Biri-biri ini membaham biri biri ini. Ini bukan cerita dongeng semata-mata. Inilah fakta sejarah.
1 Malaysia
Rakyat didahulukan..
Pembangunan negara diutamakan...
Slogan yang amat menarik...


Daripada: MirianBlog: 1Malaysia Subur di SarawakDato' Sri, We are a living example of your 1Malaysia concept and had been practiced it since our forefathers, however how we wish this can be translated into a 1 development concept. In terms of infrastructure facilities we are way far off than west m'sia. Our basic infrastructure like road system are in very bad condition with potholes and bumps all over the place. this shouldn't happen after we have attained 50 years joining the federation. We should be at par in deveopment with west m'sia to realise we are 1 malaysia..tq.(Dato' Sri, kami i
alah contoh sebenar konsep 1Malaysia anda dan telah mengamalkannya sejak zaman nenek moyang kami, namun kami inginkan konsep ini diterjemahkan kepada 1 konsep pembangunan. Dari segi kemudahan infrastruktur, kami jauh ketinggalan berbanding Malaysia Barat. Infrastruktur asas kami berada dalam keadaan yang teruk dengan lopak dan lubang, serta bonggol di sana sini di jalan raya kami. Ini tidak seharusnya berlaku setelah 50 tahun kami menyertai Malaysia. Kami seharusnya setanding dari segi pembangunan dengan Malaysia Barat untuk menjadikan 1Malaysia satu kenyataan)

antara Quote yang sempat saya ambil dari blog http://www.1malaysia.com.my/ , apa-apapun, perihal 1 Malaysia agak menarik. Mungkin antara-antara langkah yang perlu diambil Dato' Seri yang saya syorkan adalah yang pertamanya, memecat Anggota-anggota Parlimen yang Corrupted, para penjawat Kerajaan yang Corrupted(termasuklah Badan-badan Pertahanan seperti POLIS, ASKAR, BPR atau seangkatan dengan nya) seperti yang dilaksana oleh Khalifah Abdul Aziz R.A, meminta para ahli Parlimen dan pihak-pihak yang berkaitan untuk melunaskan zakat. Dan mempertingkatkan keberkesanan sistem Waqaf dan Majlis baitulmal. Institusi-institusi kebajikan. Diperkemaskan dan dinaik taraf mutunya. Memberi dana yang kepada NGO-NGO yang bergait aktif dalam kemasyarakat dan sebagainya.
Mungkin boleh jadi slogan "1 Malaysia" ini menjadi lebih benar kata-kata nya, apabila Dato' Seri meninggalkan kediaman mewah dan mendermakannya lalu dijadikan rumah anak-anak yatim? Atau terus mewaqafkan kepada baitulmal?
mungkin boleh jadi slogan "1 Malaysia" ini menjadi lebih benar kata-katanya, apabila Dato' seri mengisytiharkan kekayaan yang sedia ada, lalu mendermakan separuhnya atau 20% kepada baitulmal untuk diuruskan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, atau sebagainya?
Boleh jadi lebih kompromi?
Sebenarnya slogan "1 Malaysia" ini mirip-mirip slogan ISLAMdi Dalam Islam sendiri, telah lama mengumumkan tiada barrier antara manusia. Yang hitam mahu yang putih. Yang tinggi mahu yang pendek, yang tua atau yang muda, yang kaya atau yang miskin. Tetap tidak diperbeza-bezakan. Malahan, kesemuanya berhak memiliki apa yang berhak dimiliki. Yang kaya menolong yang miskin. Yang Gelap bermain bersama yang putih. Ardikaryanya…semuanya tidak ada beza

surah Al Hujurat: (ayat 12)"Hai manusia, sesungguhnya
Kami
menciptakan kamu dari seseorang laki-laki dan seorang perempuan dan
menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
mengenal. Sesungguhnya
ALLAH maha MENGETAHUI lagi Maha
MENGENAL."

Berbalik mengenai soal sabah dan Sarawak. Realistiknya, kemewahan Sabah dan Sarawak ini banyak menyumbang ke tanah Semenanjung. Saya amat percaya, jika 100% hasil negeri Sabah dan Sarawak jika diberikan pada Sabah dan Sarawak, pastinya Bumi Bawah bayu dan Bumi Kenyalang ini lebih kaya raya dan moden. Saya pasti, Bukan sekadar litar Sepang wujud di negeri itu, Bukan sekadar UMS dan UNIMAS sahaja berdiri megah. Malahan setiap daerah barang kali berdirinya UNIVERSITI sendiri. Malahan, pasti dan pastinya inshaALLAH, dengan itu juga, Sabah dan Sarawak akan menjadi tonggak Asia Tenggara dan Malaysia. Kerana dua Negeri ini adalah Negeri yang kaya raya dengan bahan mentah dan hasil pendapatnya.Dan saya percaya, selepas itu pasti tidak ada wujud perkataan “orang borneo tinggal atas pokok atau duduk di gua”.
1 Malaysia……(lebih realistik…jika Islam diketengahkan)
Kerana ISLAM itulah yang lebih adil dan saksama. Slogan yang dibawa oleh Khalifah-khalifah agung di zaman dahulu. Membawa kepada kejayaan Ummah yang mencetus “TAMADUN ISLAM” yang menjadi rujukan para Ahli teknologis dan Ahli Sains.

Orang Borneo

Tuesday, August 4, 2009

Hujan turun di petang hari

"Tip!"...."Tip!" Hujan menitis membasahi alam. Bunyi rintisan air dari langit kedengaran di jendela. Nun jauh dari langit, setitis air jernih menerjah alam. Serangkaian dan berkumpulan. Jatuh berderai. Sama-sama membasahi alam. Ada yang mendahulu, ada yang datang kemudian. Namun, titisannya agak ramai. Kerana ramai itulah, bumi menjadi basah. Lama-kelamaan terus ia tenggelam dek hujan. Kadang-kadang renyai, kadang-kadang lebat, kadang-kadang titisan sahaja.


Firman ALLAH dalam Surah ke 30, Ar Rum, ayat 24 yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya. "

Itulah hujan yang ALLAH kurniakan kepada ALAM. Seantero Alam menikmati habuan yang terhingga nikmatnya. Dari setitis air jernih di angkasa itu terbitnya bermacam-macam produk-produk serta aktiviti-aktiviti yang tak terlintas di minda kecil. Jus jus buah-buahan atas hasil titisan air jernih langit, sungai-sungai dan lautan yang tempat kehidupan air. Aktiviti-aktiviti berkayak dan berenang hasil dari air jernih di langit ini.
Firman ALLAH dalam surah 23, Al Mukminun ayat ke 18


" Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. "


Betapa megahnya ALAM atas kurniaan ILAHI. Karya dari setitis air jernih di langit membuak pelbagai nostalgia. bermulanya kembara alam. Namun, pernahkah kita terfikir? Sebalik kisah setitis air hujan dari langit ini? Perihal orang yang berfikir seperti difirmankan oleh ALLAH pada surah Ar Rum ayat ke 24 "...Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya. "



Titisan Hujan itu yang membasahi alam adalah perihal pengajaran tentang "UKHUWAH". Dari alam itu, ALLAH sentiasa memperingatkan kita betapa ALAM yang diperintah ALLAH itu sentiasa menjaga Ukhuwah yang terbina. Malahan, tidak kira yang dahulu mahupun kemudian. Seperti mana titisan hujan dari langit, yang dahulu dan yang kemudiannya, ia tetap jatuh ke alam. Mementeraikan Alam dengan janji yang satu, yakni patuhi seruan ALLAH. Biar ia jatuh ke bumi india atau bumi Malaysia, atau Bumi Amerika. Tetap titisan air ini saling melengkapi antara satu sama lain. Satu simbol kehebatan kuasa ILAHI. Namun pernahkah kita berfikir?
Monolog
air jernih pertama yang dahulu:" Ya Akhi, aku telah diutuskan oleh ALLAH dahuluan darimu, namun kita tetap di jalan yang satu, selamat kita bertemu di bumi"
air jernih kedua yang kemudian:" Ya Akhi, persilakan untuk ke bumi, bersama kita laksanakan tugas kita dengan penuh taat"


Betapa sejuknya jiwa melihat mereka saling bekerja sama, tanpa iri mahupun dengki...menerusi perjalanan tanpa jemu dengan izinNYA ALLAH yang MAHA BERKUASA.

"Kadang-kadang, kerana hikmah hujan, bagi orang yang berakal, pasti membuah kenikmatan IMAN"
Hujan turun di petang hari
Syukrani